SANA’A, Yaman – Seramai 106 orang rakyat Malaysia yang berada di ibu negara Yaman dan 45 orang di bandar Hudaidah dijangka memulakan perjalanan balik ke tanah air, mengikut jalan darat.
Namun, menurut wakil KAMI dan aktivis media Syed Solahuddin al-Idrusi, ia bergantung kepada pihak Arab Saudi, selain dari saki baki kerajaan yang ada di Yaman.
“hasil perbincangan terakhir di sini, 106 orang akan balik dan 38 orang akan terus tinggal di Sana’a, manakala seramai 45 orang balik dari Hudaidah da nada beberapa orang yang akan terus tinggal,
“kemungkinan lepas subuh esok (hari Rabu di Yaman) akan bertolak (melalui jalan darat) itu pun bergantung kepada kebenaran ‘udara’ Arab Saudi (membenarkan pesawat Malaysia mendarat),”ujarnya ketika menghubungi pihak kami.
Persiapan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Yaman, khususnya di kalangan para pelajar telah ditegaskan oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman.
Pihak Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia masih berbincang dengan kerajaan Yaman untuk mencari pendekatan terbaik membawa rakyat Malaysia keluar dari negara yang sedang bergolak itu sama ada melalui udara ataupun darat.
“Setakat ini majoriti rakyat Malaysia (di Yaman) adalah pelajar dan berada di empat wilayah. Di Sana’a ada 159 orang, Al-Hudaydah (45) Aden (75) dan Hadhramaut (600). Semua mereka kami dapat hubungi dan mereka semua selamat.
“…usaha akan diteruskan secepat mungkin agar kami dapat membawa mereka keluar dari Yaman. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya (di Yaman). Jadi tumpuan kami ialah cara untuk membawa keluar rakyat Malaysia dengan selamat,” katanya semalam, Selasa 31 Mac.
Segala persiapan untuk para pelajar Malaysia pulang ke tanah air telah pun dibuat
Pihak Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman (Permaya) telah bekerjasama dengan pihak kedutaan menenyiapkan semua keperluan dokumen perjalanan.
Namun begitu, kata Syed Solah, ada dikalangan pelajar yang merasa sedih dan kecewa kerana terpaksa pulang dan menangguhkan pelajarannya buat kali kedua.
Seorang pelajar Noor Muhammad bin Karim, 23, berkata, perang yang berlaku sekarang lebih besar kerana melibatkan lebih spuluh buah negara Arab, berbanding dengan sebelum ini, hanya melibatkan rakyat Yaman sahaja.
“saya rasa sedikit kecewa kerana ini bukan kali pertama (terpaksa pulang)……….terpaksa tanggung kerugian (kos perjalanan) dan saya rasa,
“perang kali ini lebih ekstrem kerana melibatkan lebih sepuluh buah negara Arab,”ujarnya ketika ditemubual oleh Syed Solah.
Noor Muhammad yang berasal dari Sungai Petani, Kedah berkata, keluarganya mengetahui tentang perkembangan di negara tersebut dan mahu beliau pulang ke tanah air.
Beliau yang merasakan, setelah mengalami dua kali perang di Yaman, dan terpaksa pulang ke tanah air, beliau akan meneruskan pengajian di institusi pengajian dalam negeri sahaja.
“setelah berpengalaman sebanyak dua kali perang di Yaman, saya akan pulang ke tanah air dan meneruskan pengajian di institusi tempatan,”ujarnya.
Kebiasaanya serangan yang diketuai oleh Arab Saudi terhadap pemberontk Syiah Houthi akan bermula dari waktu Maghrib hingga subuh kerana, menurut Syed Solah, pada waktu itu langit gelap.
Saudi menggunakan pesawat perang dan akan mensasarkan lokasi yang menjadi tumpuan syiah Houthi dan kem-kem tentara milik kumpulan itu.
Manakala, di pihak syiah Houthi pula, mereka menjadikan bukit-bukau dan gunung-ganang sebagai pusat operasi bagi membalas serangan pihak musuhnya.
“Tetapi hari ini (semalam) dan semalam (kelmarin) pihak Saudi mula mensasarkan serangan pada waktu siang……….
“Tidak hanya dihadkan pada waktu malam sahaja……..,”tambah Syed Solah.
No comments:
Post a Comment