Kementerian Luar Negara, Wisma Putra tidak akan membawa keluar baki pelajar yang masih tinggal di negara dilanda konflik Yaman, dalam keadaan yang dilihat bertambah buruk sekarang.
Wakil media KAMI Solahuddin al-Idrusi berkata, beliau telah dimaklumkan demikian oleh pihak Persatuan Pelajar Malaysia (Permaya) di Sana’a semalam, Ahad 19 April.
“sekarang ni keadaan Sana’a semakin teruk, saya baru bertemu dengan pihak Permaya (dimaklumkan) pihak Wisma Putera berkata tidak akan ada evakuasi seterusnya…..tidak aka nada,
“sebab peruntukan tidak ada,”ujar beliau yang menghubungi pihak kami, jam 3 pagi waktu tempatan hari ini Isnin 20 April.
Menurutnya masih terdapat seramai 10 orang pelajar di bandar Mukalla, 42 orang di Sana’a dan 150 orang di bandar Hadramaut.
Beliau berkata, keadaan di Hadramaut masih terkawal, namun semakin meruncing di Sana’a dan Mukalla.
“untuk makluman (pihak) universiti telah sebulan tutup (pengajian)…..dan (dijangka) akan berterusan (tidak pasti sehingga bila),
“(bekalan) elektrik seminggu lebih dah sudah tidak ada……..petrol….gas pun sama, barang-barang makanan dan bekalan makanan sekarang ni harga semakin mahal dan kemungkinan stok akan habis,”katanya.
(Gambar atas kanan – asap berkepulan ke udara apabila sebutir bom meledak di kawasan Tahrir kira-kira 4 kilometer dari Jalan 30, jam 4 petang waktu Malaysia di ibu negara Sana’a, Yaman)
Sehubungan itu, beliau berkata, pihak Permaya sedang membuat rayuan kepada Wisma Putera agar melakukan operasi pemindahan dengan segera.
Sebelum ini, beberapa orang pelajar menangguhkan hasarat mereka untuk pulang ke tanah air, kerana masih menunggu dan lihat keadaan konflik di negara itu.
Namun kini, mesyuarat Permaya semalam, kata beliau, memutuskan agar semua pelajar yang masih berbaki agar pulang, memandangkan keadaan yang diharapkan pulih, berlaku sebaliknya.
(Gambar kiri – sekitar pasar yang masih menjual makanan yang harganya semakin meningkat dan bekalan makanan dijangka terputus sekiranya konflik Yaman tidak reda).
Pihak Permaya dimaklumkan akan menghantar mesej memohon pertolongan dari Kedutaan Malaysia di Arab Saudi.
Sementara itu, kata Solahuddin, pihak Permaya telah mengambil usaha mengumpul semua nama dan paspot pelajar sebagai persiapan untuk evakuasi yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment