Hudaidah, YAMAN – Proses pemindahan (evakuasi) pelajar Malaysia di Yaman fasa pertama telah selamat sampai ke bandar Hudaidah yang terletak kira-kira 300 kilometer dari ibu negara, Sana’a.
Aktivis media Solahuddin al-Idrusi bersama rombongan tersebut melaporkan, mereka meninggal Sana’a kira-kira jam 8 pagi pagi waktu Yemen, Jumaat 3 April.

“Pelajar dari Asia yang terdiri dari Malaysia seramai 109 orang, Singapore 6, Thailand 2, Filipina 50 orang akan bertolak pada jam 5 pagi dari Sana’a ke Hudaidah dan di jangka sampai pd jam 10 pagi di Hudaidah,

Menurutnya, konvoi tersebut di iringi oleh 5 orang wakil kedutaan Malaysia di Yaman dan anggota polis.
Beliau memohon agar rakyat Malaysia mendoakan perjalanan mereka yang mengambil masa selama enam jam setengah, supaya selamat tanpa sebarang gangguan.
“Doakan perjalanan kami selamat tanpa diganggu oleh manusia-manusia (yang tidak diingin),”ujar beliau.

“semua warga Malaysia Alhamdulillah, bermalam di hotel sementara menunggu sebuah pesawat ‘persendirian’ yang didatangkan dari Kaherah,
“esok….In sha Allah, kapalterbang akan sampai dan mereka akan berlepas ke Dubai……sebelum pulang ke Malaysia,”ujarnya ketika menghubungi pihak kami, malam ini.
No comments:
Post a Comment