Miskin tetapi strategik penting, perebutan kuasa di Yaman mempunyai implikasi serius bagi rantau ini dan keselamatan Barat.

Dalam beberapa bulan kebelakangan Yaman telah berada dalam ‘kancah’ konflik antara beberapa kumpulan yang berbeza, negara itu yang sebelum ini berada ‘di pinggiran perang saudara’, sekarang sudah terjerumus ke dalamnya.
Persengketaan utama adalah antara pasukan yang setia kepada Presiden yang sedang berlindung diluar negara, Abdrabbuh Mansour Hadi, dengan orang-orang yang bersekutu dengan pemberontak syiah Zaidiyah dikenali sebagai Houthi, yang memaksa Hadi melarikan diri Sana’a ibu negara itu ke bandar pelabuhan Aden pada bulan Februari dan kini berlindung di negara Teluk.
Bahkan lebih teruk kini, Yaman menghadapi himpitan dari tentera Pakatan diketuai oleh Arab Saudi, yang mengebom kedudukan Houthi, tetapi rakyat awam turut terpalit.

Hadi disokong di kawasa selatan yang didominasi Sunni, juga dikenali dengan nama militianya sebagai Jawatankuasa Penentangan Popular dan Puak Tempatan (Popular Resistance Committees and local tribesmen).
Manakala Houthi berpangkalan di utara, disebalik sokongan dari dari Sunni Hadi juga menghadapi rintangan dari pecahan al-Qaeda di Semenanjung Arab (al-Qaeda in the Arabian Peninsula – AQAP) di Selatan.
Kedua-duanya Presiden Hadi dan puak Houthi menentang AQAP, yang telah mengadakan beberapa serangan maut dari benteng-benteng di selatan dan tenggara.
Gambaran krisis Yaman adalah lebih rumit, tidak hanya kerana perpecahan rakyat dari segi suku kaum dan sokongan politik kepada tokoh-tokoh bahkan turut dikesan kemunculan kumpulan yang mendakwa bergabung dengan ISIS pada akhir 2014.

Selepas pasukan pemberontak syiah Houthi tertumpu kepada kubu kuat Presiden Hadi di Aden pada akhir Mac, Pakatan Arab Saudi dan kuncu-kuncunya telah memberi respons kepada permintaan Hadi yang sudah goyang.
Campur tangan dan melancarkan serangan udara ke atas sasaran Houthi. Gabungan itu terdiri daripada negara-negara Teluk Arab Teluk termasuk Jordan, Mesir, Kuwait, Qatar, Bahrain dan UAE.
ia bertambah besar kini dengan sokongan Pakistan di sampan mendapat restu dan bantuan dari Turki dan Maghribi disamping negara-negara barat Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Belgium.
No comments:
Post a Comment