Pages

Sunday 29 March 2015

Rakyat Malaysia di Yaman akan dipindahkan melalui Saudi



Rakyat Malaysia di Yaman yang terlibat dengan serangan udara pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi di negara ini akan dipindahkan secepat mungkin.
Dalam satu kenyataan Kementerian Luar berkata kementerian itu, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan, bersama-sama dengan Kedutaan Malaysia di Sana’a bekerja rapat dalam menyelaraskan latihan, serta terus memantau keadaan di negara itu.
IMG-20150328-WA0132“Oleh kerana keadaan semasa di Yaman masih lagi bergolak, kementerian ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia untuk mengelakkan atau menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Yaman,” katanya, seperti yang dilaporkan oleh Bernama.
Rakyat Malaysia di Yemen adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Malaysia yang terletak di Iran Street, Hadda.
Orang ramai juga boleh menghubungi Wisma Putra di 03-88874300, 88874265 pada waktu pejabat dan di 03-88874570 untuk maklumat lanjut dan kemas kini yang berkaitan dengan keadaan di Yaman.
Media melaporkan bahawa gabungan yang diketuai oleh Arab Saudi telah melancarkan serangan udara terhadap pemberontak Houthi di ibu negara Yaman sebagai konflik awam di negara Teluk yang miskin lagi strategik mengancam untuk meningkat ke dalam perang serantau.
Sementara itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Perancangan sedang dibuat untuk membawa balik rakyat Malaysia yang terkandas dalam konflik yang berlaku di Yaman.
IMG-20150328-WA0133Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam dan kerajaan bersetuju bahawa persediaan untuk pemindahan yang akan dijalankan.
“Saya tidak tahu bila ia akan berlaku kerana itu adalah kepada kementerian berkenaan (Kementerian Luar Negeri).
“Tetapi kita tidak akan meninggalkan rakyat kita di kawasan-kawasan yang bermasalah dan akan melakukan apa yang kita boleh untuk mendapatkan mereka untuk keselamatan,” katanya selepas
Konflik di Yaman telah meningkat sejak pertempuran tercetus awal bulan ini, dengan 39 orang awam terbunuh dalam serangan udara sejak Rabu.
Sehubungan itu, aktivis media, Syed Solahuddin melaporkan, satu perjumpaan telah diadakan oleh pihak kedutaan Malaysia dengan rakyat Malaysia di Yaman, semalam Sabtu 28 Mac.
Menurutnya, Timbalan Dita Besar Malaysia ke Yaman, Mohammed Azmi Abdullah (Baju putih gambar kanan ) berkata, seramai hampir 1000 orang rakyat Malaysia yang berada di Yaman disarankan pulang ke tanah air.
IMG-20150328-WA0131“Rakyat Malaysia yang paling ramai kini berada di Hadaralmaut iaitu kira-kira 700 orang dan di susuli dengan Sana’a seramai 118 orang,
“Manakala di Mukalla seramai 13 orang dan di penempatan Aden dan Hudaidah hampir 150 orang,”lapor Syed Solah.
Dalam pertemuan tersebut, Mohamad Azmi berkata, pemindahan rakyat Malaysia itu akan dibuat melalui Arab Saudi kerana lapangan terbang kerana lapangan terbang antarabangsa di Sana’a telah ditutup.
“Dijangkakan perjalanan akan bermula daripada Dzammar seterusnya ke Hudaidah sehingga ke sempadan Arab Saudi seterusnya ke Jizan,
“daripada situ rakyat Malaysia akan menaiki pesawat tentera atau penerbangan komersial yang belum dipastikan, menuju ke destinasi terakhir iaitu Kuala lumpur,”lapor Syed Solah lagi
Dengan itu, kata beliau, pihak Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman akan mengusahakan agar para pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka walaupun telah pulang ke Malaysia.
IMG-20150328-WA0130“mereka yang belajar di Universiti Sains Dan Teknologi (ULUM) dan Universiti AZAL boleh meneruskan pelajaran di Malaysia melalui PJJ (Pengajian jarak jauh) dan tempat akan dimaklumkan kemudian,
“Ini adalah inisiatif PERMAYA untuk pelajar yang pulang untuk sambung pelajaran di Malaysia,”lapornya yang dihantar melalu teks pesanan ringkas kepada Buletinonline
Perjalanan darat dari Sana’a ke Jizan dijangka akan mengambil masa selama dua hari dan dalam pada itu, pihak keduataan meminta semua rakyat Malaysia di yaman mematuhi langkah-langkah keselamatan.
“langkah-langkah keselamatan tersemasuk tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing sehingga arahan dibuat untuk memulakan perjalanan,”tambahnya

Friday 27 March 2015

Warga Malaysia di Yaman Selamat


 OLEH: Solahuddin Al-Idrus  


SANA’A, Yaman – Saudi telah melancarkan melancarkan operasi ketenteraan ke negara jirannya termasuk serangan udara terhadap pemberontak syiah Houthi sejak Rabu malam.
Duta Besar Saudi di Washington Adel bin Ahmed Al-Jubeir berkata operasi itu adalah sebahagian daripada gabungan 10 negara anggota.
IMG-20150327-WA0045“Arab Saudi telah melancarkan operasi tentera di Yaman, sebagai sebahagian daripada sebuah gabungan terdiri daripada 10 buah negara.
“sebagai tindak balas kepada suatu permintaan langsung dari kerajaan yang sah Yaman,”katanya pada sidang akhbar di kedutaannya.
Serangan udara bermula pada 07:00 waktu Timur (GMT2300), menurut al-Jubeir bertujuan untuk melindungi penduduk Yaman dan kerajaan yang sah daripada pengambilalihan oleh Houthi.
Operasi itu adalah berikutan permintaan oleh Presiden Yaman Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Sehubungan itu, Pemangku Presiden Persatuan pelajar Malaysia di Yaman( PERMAYA), Imaduddin Jamaluddin [Gambar kanan]  berkata, sekitar lima buah pesawat milik pengkalan tentera yang ditawan oleh Houthi berjaya dimusnahkan.
Kejadian berlaku kira-Kira jam 1 pagi itu telah mengorbankan sejumlah pemimpin tentera Houthi.
Namun, beliau meminta agar ibu bapa pelajar Malaysia yang berada di Yaman tidak perlu bimbang kerana ia berlaku jauh daripada penempatan rakyat Malaysia.
IMG-20150326-WA0102 (3)“pangkalan tentera yang ditawan Houthi diserang dan dilaporkan lima pesawat tentera Yaman telah musnah, ibu bapa pelajar Malaysia tidak perlu bimbang,
“kejadian yang berlaku jauh dari kawasan pelajar-pelajar tinggal,”ujarnya ketika ditemui.
Sementara itu, rakyat Malaysia yang tinggal di negara tersebut dilaporkan selamat terutamanya di bandar Sana’a dan Aden ketika serangan berlaku.
Timbalan Dita Besar Malaysia ke Yaman, Mohammed Azmi Abdullah  [Gambar kiri]berkata serangan udara Saudi semalam, hanya menyasarkan kepentingan strategik Houthi di kedua-dua bandar .
Namun begitu, beliau menyeru semua rakyat Malaysia dinegara terlibat konflik itu agar mendaftarkan diri kepada pihak kedutaan.
“bagi rakyat Malaysia di Yaman, kuhususnya pelajar yang belum berdaftar diminta untuk segera mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia,
“atau mana-mana Cawangan PERMAYA terdekat agar pihak Kedutaan boleh memantau keselamatan dan kebajikan mereka,”ujarnya ketika dihubungi

Wednesday 25 March 2015

Yaman diserang

Arab saudi menghantar 100 jet pejuang ke Udara Yaman menyerang Militan Syiah Houthi..Pesawat dari Mesir, Maghribi, Jordan, Sudan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Bahrain juga mengambil bahagian dalam serangan darat itu....


Friday 20 March 2015

Politik Yaman Rumit,Sukar Dijangka

Sejak kebelakangan ini keadaan semasa di negara Yaman mendapat liputan luas dari berita-berita antarabangsa, bahkan turut mendapat perhatian dari media-media di Malaysia. Seringkali gambaran yang diberikan dalam laporan dan berita tersebut adalah terlalu negatif. Sehubungan dengan itu, mungkin Tuan boleh memberikan serba sedikit gambaran mengenai situasi sebenar yang berlaku kini di Yaman dari sudut pandangan Tuan?

Pada tahun 2011, negara Yaman turut berhadapan dengan kemelut politik yang melanda beberapa negara Timur Tengah pada masa itu dimana penganalisis-penganalisis politik bersependapat untuk memanggilnya sebagai “Arab Spring”. Tidak dapat dinafikan bahawa kemelut tersebut telah menjejaskan situasi politik dan keselamatan di Yaman.

Semenjak krisis 2011 tersebut, negara Yaman kini sedang dalam proses untuk membaikpulih dan membina semula sistem kerajaannya. Dibawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dipelopori oleh Duta Khas PBB Jamal Benomar, parti-parti politik di Yaman telah bersetuju untuk mengetepikan kepentingan dan pendirian politik masing-masing untuk bersama-sama duduk berbincang mengenai hala tuju dan masa depan negara tersebut. Ini merupakan satu pencapaian bagi masyarakat Yaman kerana ianya mengelakkan negara tersebut dari terjerumus ke dalam kancah perang saudara.

Berdasarkan kepada pelan peralihan yang dirangka oleh PBB dan Gulf Cooperation Council (GCC), parti-parti politik di Yaman pada bulan Februari tahun lepas telah mencapai kata sepakat semasa National Dialogue Conference (NDC) untuk menggubal dan merangka perlembagaan baru bagi negara Yaman. Draf perlembagaan tersebut akan disokong terlebih dahulu secara referendum oleh rakyat Yaman sebelum diwartakan secara rasmi sebagai perlembagaan baru. Dan kemudian yang terakhir sekali adalah untuk mengadakan pilihanraya bagi melantik Presiden dan Parlimen baru.

Walaubagaimanapun semasa proses merangka dan menyiapkan draf Perlembagaan tersebut, terdapat beberapa perselisihan pendapat di antara segelintir parti-parti politik yang terlibat yang membawa kepada berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini seperti yang dilaporkan baru-baru ini oleh berita-berita tempatan dan antarabangsa.

Pada pandangan Tuan, apakah situasi di Yaman akan menjadi lebih teruk?

Pada masa ini, amat sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku di Yaman memandangkan keadaan politiknya yang rumit. Situasi politik di Yaman tidak dapat digambarkan secara ringkas melalui hitam dan putih.


 Tetapi buat masa sekarang, kebanyakan parti politik masih komited untuk menyelesaikan perbezaan melalui meja rundingan yang dianjurkan oleh Duta Khas PBB Jamal Benomar. Kesanggupan sesetengah pihak untuk berunding dan menyelesaikan masalah berbanding perang senjata menunjukkan satu petanda positif mengenai perkembangan semasa di Yaman.

Namun pihak Kedutaan turut mengambil kira akan keadaan keselamatan di Yaman yang diketahui agak mencabar terutamanya apabila melibatkan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di negara ini.

Apakah nasihat Tuan kepada rakyat Malaysia yang berada di Yaman khususnya pelajar-pelajar kita?

Ekoran situasi di Yaman pada masa ini, pihak Kedutaan menasihati rakyat Malaysia yang berada di negara ini untuk mengambil langkah keselamatan termasuklah mengelakkan dari kawasan yang berisiko tinggi, tidak melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan atau protes awam, dan sentiasa peka dengan nasihat atau arahan dari pihak Kedutaan dan pihak berkuasa. Pelajar-pelajar Malaysia juga dinasihati untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang akan menjejaskan nama baik Malaysia.



Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang bercadang untuk melawat atau berhasrat untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi pengajian di negara Yaman?

Bagi rakyat Malaysia yang bercadang untuk melawat negara ini adalah dinasihati untuk menangguhkan perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan kembali pulih seperti biasa. Pihak Kedutaan juga tidak menggalakkan rakyat Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka di negara ini buat sementara waktu.  

Terima kasih di atas kesudian Tuan melapangkan masa untuk ditemubual. Sesungguhnya maklumat yang diberikan oleh Tuan dalam temubual ini amatlah berguna untuk lebih memahami keadaan sebenar yang berlaku di Yaman, terutamanya bagi pelajar-pelajar Malaysia di Yaman dan juga ibu bapa di Malaysia yang kadang kala risau mengenai keselamatan anak-anak mereka.

Sama-sama.


***Encik Muhammad Azmi Abdullah kini sedang berkhidmat sebagai Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Malaysia, Sana’a. Beliau telah tinggal dan bertugas di Sana’a selama hampir dua tahun yang mana antara tugasan beliau termasuklah memantau perkembangan politik semasa di Yaman. Sebelum berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a, beliau telah bertugas di Wisma Putra selama hampir lima tahun mengendalikan isu-isu pelbagai hala seperti keselamatan, perlucutan senjata dan senjata kimia.

Wednesday 11 March 2015

Bekas Presiden Sedang Menyiapkan Laluan Kepada Anaknya

Menteri-Menteri Luar Arab menolak rampasan kuasa yang telah dilakukakn oleh syiah Houthi di Yaman dan mengulangi sokongan mereka terhadap kesahihan Presiden Yaman Abd Rabbuh Mansour Hadi.
Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat mereka di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah pada hari Isnin, para menteri Arab berkata mereka komited kepada perpaduan dan kebebasan Yaman dan menolak sebarang campur tangan dalam hal-ehwalnya.
" BI RUH...BI DAM "