Selamat Datang & Terima Kasih atas kunjungan anda!

Pages

Saturday, 12 May 2012

Penat Mengejar

Sebenarnya aku cintakan kamu.

Tapi kamu selalu lari dari aku.

Jadi satu hari nanti, aku harap kamu eksiden dan patah kaki.

Tuesday, 28 February 2012

Kenapa Dipertikaikan Keinginan Untuk Berkahwin Muda?


Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan jika kita berkahwin di usia lebih muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.
Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetangah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin-kahwin muda tu, tandanya memang dah ‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam Islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.

Saturday, 11 February 2012

Peristiwa 12 Rabiul'awal 1433 di Florida USA


Peristiwa ini berlaku pada 5 Febuari 2012 bersamaan 12 Rabiul'awal 1433 hijrah. Ia suatu fenomena yang pelik bukan bagi kita di Malaysia sahajaa, bahkan orang Amerika yang berada di pantai Florida pada ketika itu turut merasa pelik.

Juruterbang helikopter Mike Schaeffer telah membuat lawatan udara apabila dia melihat fenomena cuaca yang luar biasa di sepanjang pantai Panama City Beach, Fl. pada hari Ahad 5hb Febuari 2012. Sebaik sahaja beliau mendarat, beliau memberi amaran kepada Panhandle Helikopter pemilik JR Hott "gelombang bentuk awan," dan bersama-sama mereka pergi untuk mendapatkan paparan yang lebih baik.

Kabus yang bergerak dengan cepat dalam keadaan cuaca yang sangat indah sebenarnya yang sedang berlaku. Manakala komuniti dalam talian telah menggelarkannya "tsunami awan," Hott tidak bersetuju dengan julukan ini.

Saya tidak akan memanggil "tsunami awan." Istilah tsunami membayangkan bencana alam. Suasana semasa kejadian membentuk dengan cepat, bergerak lembut dan perlahan-lahan memanjat bangunan dengan lembut. Ia bukan sesuatu yang berlaku dengan lebih daripada bayu yang lembut.



Wednesday, 1 February 2012

Pelajar Trefound Serbu Pejabat Pengarah Yayasan Terengganu


KUALA TERENGGANU– Lebih 20 orang pelajar Kolej Trefound, Trefound Educare Sdn. Bhd. (TE) telah menyerbu pejabat Pengarah Yayasan Terengganu bagi mendapatkan penjelasan janji yang belum ditunaikan.

Menurut sumber,para pelajar ditawarkan berkursus  di instutsi milik penuh Yayasan Terengganu itu telah dijanjikan sebuah Laptop percuma, pinjaman bagi pembiayaan pelajaran yang akan dibayar sebagai elaun sebanyak RM250 sebulan.

Namun, sehingga kini seramai 180 orang pelajar terbabit  tidak menerima pemberian laptop percuma dan tidak dibayar elaun bulanan sebanyak RM250 sejak pengambilan mereka pada bulan Februari, 2011.

Sumber tersebut berkata, mereka telah beberapa kali berusaha bertemu dengan pihak penguruan Yayasan Terengganu untuk menuntut  janji dan menyelesaikan pembayaran elaun yang tertunggak, namun, katanya, segala usaha mereka gagal.




Sunday, 22 January 2012

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL ???

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?


" . . ... LiFe WiTHOUT RuLeS is nOnSeNsE ... . . "