Pages

Thursday 29 May 2014

JUNDULLAH


 Rukun-rukun dalam perjuangan Islam ini bagai Tiang-tiang yang membina sebuah bangunan,dan tiang kepada satu jemaah ade sepuluh..Salah satu tiangnya adelah jihad.Jihad dengan makna Keupayaan .

Inilah yang disebut oleh Syeikh Islam Ibnu Taimiyah Jihad dengan makna segala amalan yang dilakukan untuk mendapat kasih sayang Allah dan Rasul dan mendapat pahala pada hari akhirat serta menentang segala perkara yang dimurkai oleh Allah dan Rasul.

Jihad memiliki kedudukan yang besar,yang menjadi tonggak dan kekuatan dan kemuliaan Ummah..Jihad adelah sinar Islam dan menjadi tonggak kepada Islam.Maka jihad mesti ada dalam diri setiap umat Islam khususnya petugas-petugas Harokah Islamiah,jamaah-jamaah Islam.

Jihad bukan saje dengan makna perang,tapi Jihad dengan makna yang menyeluruh,dengan makna yang umum yang merangkumi seluruh aspek...Jihad berhadapan dengan NAFSU,Jihad berhadapan dengan SYAITAN,Jihad berhadapan dengan ORANG MUNAFIK,Jihad berhadapan dengan PEMIMPIN ZALIM dan FASIK,Jihad berhadapan dengan pemimpin MUSYRIKIN YANG ZALIM,YANG MENCEROBOH dan MENCABULI ISLAM.

Jihad perlu diteruskan dan perlu dilakukan oleh Umat Islam khususnya dizaman yg penuh dengan FITNAH ini.Kerana itulah bile kita membaca hadis-hadis yang dikumpulkan oleh para ulama antaranya Imam At Tirmizi.Apebile beliau membawa hadis-hadis yang menceritakan fitnah yg berlaku diakhir zaman,fitnah yg menjadi salah satu tanda hampir kiamat ialah zohirnya fitnah.Samaada fitnah syahwat ataupun fitnah syubhat.

Maka dalam menghadapi fitnah inilah,Ustaz Syed Hawa mengarang satu kitab bertajuk TENTERA ALLAH PADA SUDUT KEILMUANNYA dan AKHLAK.Salah satu AKHLAK yg mesti ade pada pejuang islam ialah JIHAD pada jalan Allah dan salah satu jihad yang perlu dilakukan pada zaman yg penuh fitnah ini ialah Jihad PENDIDIKAN,Jihad PENULISAN,Jihad DAKWAH,Jihad SIASI,dan Jihad POLITIK .

Maka tiada lain dalam berhadapan dengan suasana ini,ROH Jihad,KEFAHAMAN Jihad dan TINDAKAN dalam berjihad perlu wujud didalam diri setiap Ummah. 

" SESUNGGUHNYA JIHAD YANG PALING BESAR IALAH SUARA BAGI MENEGAKKAN KEADILAN DISISI PEMERINTAH YANG ZALIM "

Maka mestilah kita menanam dalam diri kita semangat yang diyatakan oleh Allah.Jual beli yang dilakukan oleh Allah dengan orang-orang yang beriman ialah orang beriman menjual diri mereka dan harta mereka melalui roh jihad dan semangat jihad untuk mencapai syurga dari Allah.

Moga-moga Allah taala memberikan kekuatan kepada seluruh petugas islam dan pejuang-pejuang islam dengan semangat JIHAD dan pelajarilah kitab-kitab khususnya kitab yang terbaru yang dikarang oleh Al-Imam As-Syeikh Dr Yusog Al-Qardhawi,AL-Jihad,Fikhul Jihad berasaskan Quran dan Nabi SAW.





Sunday 4 May 2014

Imtihan Pertama


Walid memimpin TANGAN KANANKU dan Umi memimpin TANGAN KIRIKU..Selangkah..Dua langkah..Tiga langkah….Bile aku sudah Berjaya mendapat sedikit kestabilan,pada langkah ke empat  dan ke seterusnya tanpe aku sedari rupe-rupenye aku sudah berada di TANAH BERDEBU penuh SEJARAH ini..Aku sudah berjalan tanpa dipimpin Umi dan Walid…


Aku mule berjalan..Perlahan..Perlahan dan perlahan…Semakin laJu dan laju.Ku dengar jelas suara Umi dan Walid dibelakang yang terus menerus memberi SEMANGAT kepadaku.

JATUH dan BANGUNnya Hidup ni jika tanpa BERKAT , RESTU dan DOA Ibu Bapa dok akan mampu ke mana-mana.Biar setinggi mana kejayaan yang dikecapi,Jika DUA INSAN utama ini tidak merestui perjalanan kehidupan,Pasti ada KEPINCANGAN disana sini . . . .

Alhamdulillah…Hari ni selesai Ujian pertamaku di Maahad YAL…Buat sekian kalinye aku menjawab kertas IMTIHAN berbahasa Arab..Tak lah serumit yang aku sangkakan...I’Allah minggu depan aku akan terima Sijil pertamaku disini..Hanye satu yang aku mahu tunjuk pada semua..Aku DATANG dari keluarga biasa-biasa..Serba sederhana dan dok punya apa-apa..Tapi cite-cite aku,Ingin PULANG dengan apa yang orang lain tak ada….Ya Tuhan..Pinjamkan aku sedikit KEKUATAN!

Disini aku lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan keluarga di tanah air...Gambar ni diambil pada Hari Jumaat sehari sebelum IMTIHAN BERSAMA Ustaz Muhammad Altubaei  Di Bilik 
AT TARANJANI dirumah aku...




                                                         Nasi Minyak buatan Pok Jak

                                                     Bersama Ustaz Muhammad AlTubaei





4 APRIL 2014
SANA'A,YAMAN



" BI RUH...BI DAM "