Pages

Friday 24 April 2015

Tiada Sebarang Perundingan Kecuali Houthi Menyerah

Pesawat perang tentara pakatan Arab dipimpin Saudi telah melancarkan serangan udara maut di Yemen walaupun pemberontak Houthi menyeru agar serangan dihentikan sebagai syarat untuk rundingan damai yang ditaja oleh PBB.
Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan Saudi memberitahu Al Jazeera pada hari Khamis bahawa 11 serangan udara melanda sasaran Houthi di wilayah Ibb, manakala empat lagi memukul Lahij, dan tiga melanda wilayah timur Marib.
air raid saudiEnam serangan turut melanda bandar ketiga terbesar Taiz dan beberapa pangkalan udara yang dikuasai pemberontak di barat bandar Hudayda.
Sekurang-kurangnya 23 Houthi dilaporkan terbunuh dalam serangan udara di bandar selatan al-Dali apabila serbuan gabungan tentera Arab itu terus mensasarkan kedudukan kumpulan pemberontak, mendobrak sekolah dan bangunan awam yang dikuasai oleh kumpulan syiah tersebut.
Di bandar Aden, di mana berlaku pertempuran sengit antara Houthi dan penduduk tempatan, seorang pegawai tentera pro-kerajaan berkata serangan udara ‘berat’ melanda perhimpunan Houthi.
Sementara itu, medik di bandar Aden memberitahu agensi berita AFP bahawa enam orang, termasuk orang awam, terbunuh dalam pertempuran, manakala beberapa 56 yang lain cedera, termasuk dua ambulans medik milik Houthi.
taizWalaupun keganasan yang berterusan, pihak Houthi menekankan supaya semua pihak menghentikan serangan selengkapnya pada Khamis dan menggesa pihak-pihak yang bertelagah untuk kembali ke meja rundingan.
“Kami menuntut menamatkan pencerobohan terhadap Yaman dan mengangkat sekatan, untuk meneruskan dialog politik ……..di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata jurucakap Houthi, Mohammed Abdulsalam.
Walau bagaimanapun, Menteri Luar Yemen, Riyadh Yassine, menolak seruan itu dan berkata tidak akan ada sebarang perundingan melainkan jika pemberontak Syiah menyerah kalah.
“Tidak akan ada sebarang rundungan pada masa ini selagi Houthi dan militia Ali Abdullah Saleh terus melakuakan jenayah terhadap rakyat Yaman dan sehingga mereka meletakkan senjata mereka dan mengetepikan menyerahkan balik,” kata Yassine.

No comments:

" BI RUH...BI DAM "