Pages

Monday 27 April 2015

Perang Merebak Ke Seluruh Yaman

Pesawat perang daripada Pakatan yang dipimpin Arab Saudi terus menyerang dan membedil beberapa sasaran pemberontak Syiah di beberapa wilayah Yaman, termasuk ibu negara Sanaa,
perang yamanPegawai keselamatan berkata, pertempuran darat juga merebak di seluruh negara, sementara serangan udara pada Ahad bermula selepas tengah malam.
Sasaran serangan pakatan Saudi itu adalah pangkalan tentera dikenal pasti menjadi tempat simpanan senjata di pinggir Sanaa, serta satu kawasan berhampiran istana presiden, di mana senjata telah dipindahkan.
Terdapat sekurang-kurangnya lima serangan udara ke atas kedudukan militan Houthi dekat perkarangan istana presiden pada waktu subuh, manakala kapal-kapal perang asing mengebom kedudukan pemberontak berhampiran pelabuhan perdagangan utama di bandar selatan Aden.
“Letupan itu begitu kuat mereka menggegarkan rumah, sehingga mengejutkan kami dan anak-anak kami. Kehidupan telah menjadi benar-benar tidak menentu di bandar ini,” kata Jamal, seorang penduduk Sanaa memberitahu agensi berita Reuters.
perang yaman2Serangan udara juga disasarkan ke atas pemberontak di Aden manakala pertempuran jalanan antara Houthi dan pasukan yang setia kepada Presiden Abd Rabbu Mansour Hadi berterusan.
Serangan udara disokong militia tempatan dalam pertempuran berhampiran lapangan terbang antarabangsa di bandar Aden itu.
Sementara itu, ketua tentera laut Iran berkata pada Ahad bahawa ia akan meletakkan kapal-kapal perangnya di Teluk Aden untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.
Pendirian Iran itu boleh merangsang kebimbangan AS terhadap Tehran yang disyakki cuba untuk membekalkan senjata canggih kepada Houthi.
Pada hari Ahad juha, pasukan pro Abdullah Saleh Ali bertempur dengan militan kabilah di wilayah Marib pusat, di mana serangan udara pakatan Saudi juga memukul sasaran di situ.
perang yaman1Para pegawai berkata, jet pejuang juga mengebom kedudukan pemberontak syiah Houthi di Shabwa dan wilayah Lahj.
Di wilayah selatan Dalea, pejuang pro Presiden Hadi berkata mereka telah berjuang beberapa jam untuk merampas kembali beberapa daerah luar bandar dari Houthi dengan bantuan serangan udara.
Dilaporkan, pertempuran itu meragut nyawa 25 militan Houthi dan enam pejuang pro kerajaan.
Serangan udara lain melanda benteng Houthi di wilayah Saada sepanjang sempadan utara Yaman dengan Arab Saudi, dan tentera darat Arab Saudi juga membedil bandar Haradh di wilayah Hajja, kata seorang penduduk.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada hari Jumaat bahawa perang itu menyebabkan kematian berdarah orang awam dan membunuh lebih 550 daripada mereka pada bulan yang lalu, termasuk lebih daripada 115 kanak-kanak.

No comments:

" BI RUH...BI DAM "