Pages

Friday 23 October 2015

Warga Ma'rib umpama pejuang Hamas di Gaza

Terasa berdosa dan keIslamanku terusik, serta Keimananku tergugat sekiranya aku berpaling dari membantu mereka. Semua itu menggerakkan keinginanku untuk turut merasakan penderitaan mereka yang berada di wilayah Ma’rib, Yaman.
IMG_4143 (2)Tidak sedikit dikalangan pemuda di Ma’rib yang bertongkat, yang kehilangan kakinya, yang menggelupur kesakitan, mengerang menahan kepedihan kerana tiada penawar dan bekalan ubat-ubatan, bahkan hospital juga diletupkan.
Gambar-gambar yang dirakam dan dipamerkan dalam catatan ini, walaupun tanpa suara tetapi akan terus hidup dan menceritakan tentang ribuan anak-muda Ma’rib yang menggadaikan nyawa dan darah mereka demi Islam.
Roh kesakitan dan derita mereka telah meresap ke dalam rongga dada dan hatiku yang merasa kebanggaan ayah dan bonda mereka, sekiranya kedua mereka bernasib baik, masih bernafas dalam perjuangan ini.
Penderitaan lahiriah penduduk Ma’rib, dizahirkan dengan jeritan suara dari bayi-bayi mereka, disebalik runtuhan masjid yang berselerak dan dibalik batu bata madrasah tempat mereka belajar. Namun semangat Islam ini kian membuak dan aku kira sesiapapun mereka yang masih memiliki nurani, walaupun secuit keimanan, akan turut sama merasai kesedihan atas nasib negeri muslim di Ma’rib.
IMG_4067 (2)Kebanyakan muslim biasa mengira, bahawa mereka merasai cukup dengan melaksanakan rukun Islam dalam kehidupan ini. Sehingga mereka merasa lengkap sekiranya ereka yang telah menunaikan ibadat Haji serta merasa bahawa Islam mereka telah sempurna dan mereka merasa bahawa diri mereka telah menggenggam segulung ‘sijil’ untuk masuk syurga.
Adakah sedemikian mudahkah Syurga?
Mari kita bertanya pada keluarga besar penghuni syurga yang mana Rasulullah bersabda “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, kelak kalian akan masuk syurga,”. Ya………Merekalah adalah keluarga Yasir dan tanyalah kepada ayahanda Yasir, bagaimana perasaan saat melihat putranya diikat di tiang, kemudian kepala dan tubuhnya dibakar.
IMG_4041 (2)Mengapa pula sahabat Bilal bin Rabah harus diseret ditengah padang pasir dengan kaki dan tangannya diikat pada kaki kuda perang ditengah teriknya mentari? Kalau syurga itu mudah dan murah, mengapa mereka harus mengalami tragedi menyanyat hati seperti itu?
Ma’rib adelah benteng terakhir negara Yaman. Walaupun penduduknya paling sikit, tetapi mereka paling paling kuat dikalangan mereka yang kuat. Penduduk di Ma’rib umpama Hamas di Gaza, Palestin, kata mereka dan Ma;rib adalah negeri para syuhada.
Dalam tubuhku kini, terdapat jiwa-jiwa bangsa Maarib. Bangsa yang paling sopan menyambut dan melayani para tetamu dan bangsa yang tak pernah mengenal dendam walau dihimpit dan dizalimi bertahun lamanya.
Disana ada segalanya tentang tarbiyah, tempat mereka bereksperimen, berhasil mengubah lumpur menjadi bom, mengubah batu menjadi peluru!
IMG-20150812-WA0109_resizedSetiap hari dan sepanjang malam, muzik mereka adalah rentetan peluru dan ledakan mortar serta nyanyian mereka adalah nasyid pembangkit semangat jihad mempertahankan agama dan tanah air.
Aku sempat menyaksikan keadaan kelam kabut di hospital medan, rumah sakit sementara yang dibina warga Ma’rib yang kekurangan, eralatan dan ubat-ubatan. Ruanng yang terlalu kecil dihospital itu tidak dapat menampung jumlah mangsa yang tercedara kerana hospital besar Ma’rib sebelumnya, telah diletupkan dalam perang durjana itu.
Walaupun negeri mereka kaya dengan sumber-sumber semulajadi, tetapi hak-hak mereka diketepikan. Segala bantuan yang datang dari luar disekat.
Dalam benteng keteguhan iman, ada tangis yang berpanjangan. Disana ada negeri Islam yang berkubang dengan darah syuhada, mayat-mayat mula dikeluarkan dari timbunan runtuhan bangunan yang dimusnahkan.
Sedarkan jiwa mu teman untuk membela mereka. Bantulah mereka. Tolonglah mereka!

Ma'rib adalah benteng terakhir Yaman

Oleh : Solahuddin al-Idrus
Yaman merupakan salah satu negara yang disebut sebagai termiskin dan paling keras di Timur Tengah. Namun Yaman juga merupakan daerah penting dan strategik untuk peta kawasan. Beberapa kelompok paling berbahaya di dunia juga diduga berada di Yaman.
Yaman menjadi sebuah negara bergolak kerana kepentingan startegik menjadi pintu masuk kepada perjalanan kapal-kapal  menerusi teluk Arab yang bersambung dengan terusan Suez.
Oleh sebab  kepentingan Yaman kepada dunia timur dan barat, negara tersebut sering dipengaruhi oleh kuasa asing seperti Amerika Syarikat, Saudi, Iran dan lain-lain. Walaupun Yaman mengalami kebangkitan dan revolusi pada tahun 2011 tetapi ia tidak membawa kepada keamanan bahkan membawa kepada perang saudara yang terus berlangsung sehingga hari ini..
Semua wilayah dalam Yaman turut terlibat dalam kancah peperangan. Antara wilayah yang mengalami pergolakan yang sengit adalah Amran, Saadah, Sana’a, Taiz, Aden,Lahij dan Ma’rib.
CCC-Marib-520x390Dalam wilayah-wilayah tersebut, pertembungan berlaku di Ma’rib adalah kerana wilayah itu mempunyai sumber-sumber semulajadi yang menjadi sumber ekonomi dinegara Yaman. Selain daripada mempunyai aktiviti petroleum dan gas yang menjanakuasa elektrik yang menerangi malam-malam di Aden dan Sana’a, Ma’rib mempunyai sebatang sungai yang menampung keperluan air seluruh negara hikmah itu.
Sumber eletrik di Yaman datang dari Maarib akan tetapi malangnya negeri yang menjana eletrik itu di anak tirikan. Mereka yang berada di luar Maarib bermewah dengan sumber yang datang dari negeri itu sedangkan penduduk Ma’rib sendiri hanya bergantung pada lilin untuk mengelak daripada bergelap ketika waktu malam.
Walaupun penduduk di Ma’rib paling sikit,tetapi merekalah yang paling kuat dan keras. Musuh tidak mampu untuk menawan penempatan tersebut kerana Orang-orang Ma’rib adalah orang yang berilmu,orang yang kuat berpendirian agama. Perjuangan mereka adalah jihad. Kehidupan mereka adalah jihad dan mati mereka adalah syahid. Mereka yakin ada kehidupan lain selepas mati.
Mereka diserang sejak Eidil Adha tahun lepas tetapi kehidupan mereka belangsung seperti biasa sehingga hari ini walaupun dilaporkan hampir 700 orang yang telah gugur Syahid dikalangan mereka dan kurang lebih seribu orang yang telah kehilangan bapa dan menjadi anak-anak yatim.
Itulah gambaran bagaimana perjuangan para mujahidin di Maarib yang mempertahankan tanah tumpah darah mereka. Wakil mereka yang ditemui menyifatkan Ma’rib bukan hanya wadah kehidupan biasa, namun Ma’rib adalah benteng bagi mereka yang mempertahankan akidah, menyelamatkan mereka dari kuasa-kuasa asing yang cuba menggegar kesepaduan kehidupan dan keharmonian penduduk Maarib yang begitu lama berlangsung..
Benteng Maarib akan mereka pertahankan kerana Maarib bukan sahaja menjadi perisai kepada Hadralmaut bahkan menjadi perisai kepada Yaman,sebuah bumi hikmah dan Iman.
" BI RUH...BI DAM "