Pages

Saturday 31 December 2016

Travelog 3 : Ma'arib, Kubu Sejuta Pelarian



Pagi itu saya sedikit gelabah. Terkalut dengan persiapan yang tidak berkesudahan. Perkakas media. Banting, banner, dan stiker untuk ditampal pada kantung sumbangan yang akan diedarkan di Maarib nanti masih banyak yang menunggu giliran untuk disentuh.

Maarib merupakan sebuah wilayah yang rata-rata penghuninya betul-betul menjiwai dan mengamalkan segala sunnah yang ditinggalkan Baginda Muhammad SAW. Berjanggut. Bersugi. Dan sangat hormat malah mendahulukan tetamu walau diri sendiri dalam keadaan dhoif yang amat.


Teringat pula saya tentang kisah bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang kehausan dalam kecederaan teruk ketika peperangan Yarmuk. Hanya segelas air yang ada. Sahabat pertama yang mendapat air tersebut tidak sanggup meminumnya kerana lebih mengutamakan sahabat di sebelahnya. Lalu air dihulurkan kepada sahabat yang kedua. Beliau juga sedemikian tingkahnya lalu diberikan pula kepada sahabat yang ketiga.



Begitulah seterusnya, gelas yang berisi air itu berpindah dari tangan ke tangan yang lain. Sehingga air tersebut sampai semula ke giliran sahabat yang pertama tadi. Namun, beliau telah syahid. Bukan beliau sahaja, malah kesemua mereka telah syahid tanpa luak setitik pun air untuk menghilangkan kehausan. Mereka lebih rela mati dalam jalinan ukhuwah yang kukuh. Kepentingan diri sudah pupus dalam hati mereka. Diganti dengan sikap ukhuwahfilLah hasil didikan madrasah kenabian.
Saya difahamkan, nazihin (pelarian) di Maarib makin bertambah dan bertambah dari semasa ke semasa. Dianggarkan lebih kurang 1 juta orang yang menumpang teduh dari hujan peluru di wilayah kering kontang itu.



Kesemua 14 wilayah yang terjejas akibat krisis percaturan ghaib ini berbondong-bondong ke Maarib termasuk dari Dhamar dan Sana'a. Bayangkan, tanah Maarib yang tidak seberapa besar  itu menjadi tempat perteduhan mereka. Allahu Yahfaz ahlul Maarib. Semoga Allah melindungi penduduk Maarib.

Melalui Seiyun, ibu wilayah Hadhramaut, kami berangkat ke Maarib. Perjalanan ke sana mengambil masa 6 jam lebih membelah lebuhraya sahara. Kami menaiki jentera Prado kepunyaan Yayasan Islah Yaman. Sebuah NGO tempatan.




Kiri dan kanan jalan dibarisi gunung serta sahara yang luas tak terjangkau pandangan. Lebih 20 kali sekatan ataupun pemeriksaan keselamatan kami lalui di sepanjang jalan dari Seiyun ke Maarib. Inilah 'tol' di sini. Tanpa bayaran tunai. Mereka memakai sistem 'See Touch n Go'. Iaitu, pandang. Jika ada yang mencurigakan mereka akan pegang. Dan jika 'bersih', kita akan dapat meneruskan perjalanan.

Roadblock Mujahidin. Mereka ribath. Menjadi sukarelawan penjaga sempadan yang berkawal di sepanjang jalan demi mencari kelebihan 'jihad' untuk kebahagiaan di Darul Salam kelak. Siang malam mereka bersengkang mata dan tenaga demi untuk memastikan orang awam dapat hidup dalam keadaan selamat dari ancaman pengganas Houthi.

Sememangnya Allah sudah  agihkan tugasan pada paksi masing-masing. Mereka di medan perbatasan, manakala kami pula di medan kebajikan dan penyebaran maklumat. Kalian di tanah air pula di medan silmiyyah, menggunakan demokrasi untuk kedaulatan Islam.  Moga semua ini dinilai Tuhan sebagai amal jihad di jalan Allah.

Setibanya di Medan, kami disambut oleh Wakil Yayasan Islah cawangan Maarib. Pagi itu, kaki ini sekali lagi menjejak ke Hospital Maarib. Sebahagiannya sudah ranap diledak roket buatan luar. Kemudahan yang tersedia begitu meruntun perasaan. Kami dibawa untuk menziarahi pejuang-pejuang pembela tanah air yang tercedera teruk di medan.




Subhanallah. Mereka tetap kuat dan bersemangat walau badan tampak lemah. Walau mereka kehilangan kaki dan tangan. Sumpah. Terputik malu untuk berhadapan dengan roh jihad mereka.

Sempat saya bertegur sapa dengan seorang pejuang yang terlentang di katil pesakit dalam wad yang serba kekurangan itu.

Perutnya terburai ditembusi hampir 30 biji peluru penceroboh. Tiga kali pembedahan dibuat dalam tempoh satu tahun. Setiap kali sembuh dari sakit, terus bangkit galas ak47 untuk turun ke medan.

Beliau menceritakan, sudah tiga kali ditembak dibahagian perut yang sama. Ajib! Tuhan masih panjangkan nafasnya untuk berjumpa kami. Ahh, sememangnya bukan untuk bertemu kami sangat pun, tapi untuk mengutip kilauan hikmah yang bertaburan di medan juang. Umur beliau sekitar awal 20-an. Masih mentah dan segar. Tetapi direzekikan iman yang kuat berserta roh yang ranum untuk membela Islam. Mudahan Syurga ganjaranmu duhai Ansorullah!

Tanah Balqis sebelum ini telah menyaksikan peperangan. Sesudah sembuh daripada luka peperangan, sekarang dijangkiti pula dengan pelbagai jenis virus bawakan pelarian.


Nanah-nanah, kemiskinan, luka-luka, kepapaan, dan kemelesetan memenuhi segenap ruang di belahan bumi Maarib ini. Namun dengan kemurahan, dengan kecaknaan, mereka bersama-sama saling membahu membantu masyarakat yang digelar sebagai pelarian itu untuk mengharungi liku perjalanan ngeri episod hidup mereka.

Banyak lagi sebenarnya yang  teringin saya kongsikan kisah-kisah pejuang yang tercedara pada kalian. Tapi tarian pena terpaksa saya hentikan di perenggan ini sahaja kerana keterbatasan waktu dan kedhaifan jaringan maya yang ada di sini. Insha-Allah andai dipanjangkan umur dan kesempatan, pasti saya akan sambung coretan ini, demi Islam untuk Ummah.

Tika saya menulis bahagian penutup ini, sebenarnya saya sedang berada dalam Prado kepunyaan NGO Islah menuju ke wilayah yang masih bergolak teruk. Satu-satunya wilayah yang paling kuat pegangan ahlul sunnah. Taiz. Sehingga sekarang wilayah tersebut masih berperang dan sehingga saat ini tiada satu pun bantuan yang sampai ke sana. Pasti mereka sangat tertunggu-tunggu bantuan daripada pihak luar. Nantikan kami wahai mujahid Taiz. Kami akan akhiri penantian kalian walaupun dengan sekeping roti.




Nampaknya tahun ini kami akan bertahun baru dengan gema takbir, bunyi tembakan, dan percikan bunga api hasil ledakan bom puak penceroboh di wilayah Taiz. Doakan misi kami demi membantu mereka yang sedang membela agama Allah itu.

*'Bangkit Beragama, Umat Terbela'*

30 Disember 2016
Jumaat
Maarib

Monday 26 December 2016

Travelog 2 - Menuju Tarim, Yaman



“Jauh perjalanan banyak pemandangan luas pengalaman, lama hidup banyak yang dirasa menjernih kematangan.”

Begitulah peribahasa bani Melayu yang mengakui kelebihan orang yang bermusafir terutamanya dari aspek pemandangan fizikal lorong yang dilalui serta budaya setempat, alam semula jadi, dan peradabannya. Peribahasa tersebut saya ungkap dalam versi sendiri tapi cukup menceritakan maksud yang serupa.

Lebih dari itu, bagi mereka yang benar-benar fokuskan pemerhatian dari pandangan spiritual, pasti akan dapat menyingkap tabir kejadian bahawa segalanya tertakluk pada kebesaran Allah yang maha Pencipta.


Friday 23 December 2016

Travelog 1 : 53 Jam Ke Oman




Semuanya tertakluk dalam rencana Tuhan. Walau sepintar mana pun kita bersidang atau berencana, ia bukanlah yang terbaik bahkan takkan ternyata andai tidak seiring dengan mahunya Tuhan.

Perjalanan untuk menjejak kembali ke bumi Yaman dalam misi bantuan kemanusiaan ini sebenarnya sudah dirancangkan sejak 2015 lagi. Fikir kami, persiapan awal perlu diusahakan. Juga persiapan  mental dan fizikal. Siapa tahu kalau-kalau ujian mehnahnya lebih banyak dari yang sebelum ini. Apatah lagi bila mengingatkan detik perjalanan pergi yang agak panjang bermula dari siang hingga melewati jam tidur paginya.


Tahun lepas saya berempat ke sini, bersama sahabat-sahabat delegasi YC yang lain dalam misi sulung YC. Tapi pada kali ini Tuhan merencanakan saya musafirnya hanya berseorangan. Tersasar dari rancangan awalnya iaitu 4 orang.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Muscat ghalibnya mengambil masa kurang lebih 11 jam, namun disebabkan tribulasi yang terpaksa dihadap, jadilah perjalanan tersebut selama 53 jam. Saya sebenarnya terkandas di Kuala Lumpur selama 42 jam. Teknikal problem.

42 jam itu sudah cukup menginsafkan dan memberi pengalaman yang begitu berharga buat diri. Seribu satu pengajaran yang tak reti bagaimana mahu saya nukilkan. Cukup saya katakan, ianya lebih menambahkan lagi rempah ratus dan ramuan kematangan dalam perjalanan dakwah ini. Benarkan? Rencana Dia lebih bernilai dari apa yang saya atau kami aturkan. Di situ duduknya hikmah yang tidak tersangkakan.

Sahabat-sahabat aktivis Yemen Care yang bertiga itu memutuskan untuk menanti di cek poin kami yang pertama, di Muscat, Ibu Kota Oman. Kami perlu seiring berjamaah untuk meneruskan misi ke Yaman ini. Ukhuwwah. Nah! Sekali lagi terzahirnya nilai perancanaan Tuhan yang sukar kita fahami.

Setibanya di Muscat, selain sahabat aktivis Yemen Care, Encik Azmi juga turut menanti. Encik Azmi merupakan kenalan ketika belajar di Yaman dahulu dan beliau merupakan Setiausaha Kedua Kedutaan Malaysia Ke Yaman. Oleh kerana Yaman bergolak, kini beliau bertugas di negara jiran Yaman. Iaitu di sini, negeri Sultan Qabus, Oman.

Di Muscat, kami menginap di rumah Encik Azmi. Menumpang kasih selama beberapa hari sementara menanti trip bas untuk ke Salalah dan seterusnya masuk ke tanah Yaman.

Untuk masuk ke Yaman, hanya yang tinggal di waktu ini adalah dengan menggunakan jalan darat.
Perjalanan dari Muscat ke Kota Tarim, Selatan Yaman memakan masa kurang lebih 27 jam dengan menaiki Bas.

Perjalanan yang meredah gunung dan sahara pasir itu sedikit mencabar kerana jalanrayanya walau pun tidak beralun dan bertol semacam di Malaysia, tapi ia pastinya tersangat penat dengan bagasi yang banyak dan kerenah baduwi Arab yang tak terlayan.

Jalannya tidaklah selebar expressway LPTII dan sekatan jalanraya oleh pihak tentera republik di setiap sempadan wilayah pula merupakan hentian 'tol' mereka. R&R? Kedai ala-ala koboi ada tersedia apabila melalui pekan-pekan kecil. Kering dan berdebu. Kadang-kadang terpandang unta-unta baladi berkeliaran.

Apabila di Tarim nanti, coretan ini saya akan panjangkan seizin Tuhan. Tujuan coretan Travelog Hikmah ini hanyalah semata-mata untuk membuka mata umat dunia tentang episod derita yang sedang berlaku di Yaman. Hadafnya, lihatlah duhai dunia, saban hari setiap detik, marhaen di Bumi Iman dan Hikmah ini terpaksa menanggung sengsara akibat dari percaturan khianat pemuka zalim dunia.

'Bangkit Beragama, Umat Terbela'

24 Rabiul Awwal 1438
24 Dec 2016
Muscat, Oman
Rabu.

Rakyat Oman tidak peduli perang Yaman

Masyarakat Oman yang merupakan jiran kepada Yaman, tidak peduli dan meneruskan hidup seperti biasa,  walau Yaman sedang berperang sekarang.

Ketua Media dan Publisiti Yemen Care, Abdul Rahman Che Man menyeru orang ramai agar berfikir dan mengambil peduli tentang apa yang sedang berlaku pada saudara di Yaman.

"Mereka hidup dalam keadaan tenang, senang, gembira bersama keluarga.

"Kadang-kadang tidak mereka sedar apa yang  berlaku pada saudaranya di Yaman. Kemungkinan itu boleh berlaku pada kita,"ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang pandangannya terhadap kepeduliaan masyarakat oman tentang pergolakan di Yaman.

Beliau berkata demikian ketika 'transit' di Muskat, Oman di sini, pada Jumaat 23 Disember, dalam perjalanan meneruskan Misi Kemanusiaan Yemen Care, Ke Yaman

Turut sama dalam Misi tersebut ialah Nasiruddin Othman selaku Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman dan Aktivis Abdul Muin bin Zaulkifli

Menurut Abdul Rahman Misi tesebut bertujuan untuk membantu masyarakat Yaman yang terkesan akibat perang..

Sunday 11 December 2016

Harapan


Semoga tuhan masih lagi memberi peluang untuk aku berkhidmat Untuk Murobbi Kesayanagn Ummah

Friday 2 December 2016

Houthi telah mengambil lebih 2000 kanak2 Yaman untuk menjadi tentera mereka


Militan Houthi dan tentera yg setia kepasa bekas presiden Ali Abdullah Saleh telah mengrekrut lebih 2000 kanak untuk menjadi tentera di barisan mereke.
Operasi pengambilan kanak2 itu telah di ketuai oleh Ahmed al-Washly yang terkena dengan keupaya untuk mengambil dan menjadikan seseorang kanak itu pejuang radikal untuk mereka

Sunday 9 October 2016

Mujahid dan Mujahidah Media Sedia Gempur Bumi Darul Iman


 Mahu ataupun tidak, jihad akan senantiasa ada sampai datangnya hari kiamat. Jihad bererti sebuah kesungguhan yang tinggi dalam usaha menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Jihad mempunyai pelbagai  posisi mengikut kemahiran atau pun bidang masing-masing. Bahkan sekarang ini muncul pula istilah 'jihad media', yang pada akhirnya muncul sebutan Mujahid Media.

Mujahid Media adalah mereka yang menjalankan peranan Al Quran iaitu sebaran, saranan, seruan, dan sentapan kepada umum dalam membentuk gelombang yang menguntungkan Islam.


Demi tujuan juga agenda yang besar tersebutlah diadakan Kursus ? baru-baru ini. Alhamdulillah, penat lelah bagaikan satu nikmat bilamana melihat respons kehadiran para peserta dan keghairahan mereka menelaah patah-patah ilmu yang dibentangkan dalam dunia Jihad Media melalui akses gambar dan video pada Bengkel Asas Fotografi yang dianjurkan oleh Kumpulan Aktivis Media Indipenden di Dewan Yayasan Amal Cawangan Terengganu.

Ia menggambarkan suatu perkembangan yang amat positif khususnya untuk PAS Negeri Terengganu dengan percambahan baru juru kamera yang berbakat dan sedia dibentuk serta dibina untuk sebuah perjuangan pada paksi media agar dilihat bahawa abnaul harakah dapat menguasai kesemua medan termasuk medan maya dalam ghoyah menegakkan syiar Islam.

Kursus tersebut merupakan yang julung-julung kalinya diadakan di Negeri Darul Iman ini dengan kehadiran melebihi sasaran jangkaan. Target utamanya ialah untuk melahirkan Mujahid Media yang berharaki.

Jihad melalui media ini bukan berarti menidakkan jihad dalam arti qital. Tetapi perlu diketahui kebanyakan sebelum terjadi perang dimedan, terlebih dahulu dengan perang melalui media untuk mempengaruhi pemikiran umat

Mujahid Media yang istiqamah dan tulus, tidak kalah mulianya dibandingkan mujahid di medan perang. Terpikul di pundak masing-masing sama-sama penting tugasan  dan diperlukan oleh umat. Mujahid di medan perang menyerang satu, dua, atau puluhan musuh bahkan ribuan pasukan musuh.

Sedangkan Mujahid Media menyebarkan informasi yang diakses oleh ribuan atau jutaan umat manusia. Manfaat yang mereka sebarkan sangat luas.

Tidak diragukan, banyak sekali manusia-manusia durjana yang menginginkan rosaknya perjuangan ini.

Seperti media-media sekular yang dikawal oleh tangan ghaib Yahudi-Zionis terus berusaha memadamkan kemaraan Agama. Seperti yang disebut dalam kitabulLah, “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah menetapkan untuk menyempurnakan cahaya-Nya, meskipun orang-orang  kafir membenci hal itu."

Justeru, kewajipan Mujahid Media adalah perlu membentuk satu ketumbukan yang memiliki kekuatan wehdatul fikr dalam usaha murni melaksanakan jihad pada paksi media dengan sekuat kemampuan.

Semoga Allah meredhai dan membuka jalan petunjuk kepada kita untuk merealisasikan amanah besar ini.

Sunday 17 April 2016

Demi Islam, Untuk Ummah!


Aku mengenali kehidupan bukan hanya dengan kebahagiaan, tetapi kehidupan ini aku kenali dengan bertimbunnya masalah-masalah umat ini..

Ya! Semua manusia diuji..Dan aku pasti semuanya bangkit bertarung dengan ujian yang dilalui demi mengejar kebahagiaan. Iaitu Sebuah Kebahagiaan yang hakiki...

Alhamdulillah..Baru-baru ini, beberapa orang anggota Yemen Care Diberi kesempatan oleh Tuhan untuk menyelami nasib mangsa perang Yaman yang berada di sekitar Ibu negara..

Monday 14 March 2016

Yaman Akan Hancur Lebur Seperti Syria dan Barat Yang Bertanggunggjawab

Perang di Yaman akan berterusan dan Yaman akan menjadi neara ‘hancur lebur’ seperti yang berlaku ke atas Syria.

Britain dan Amerika Syarikat adalah dua punca utama masalah di Yaman.
Secara ringkasnya, apa yang berlaku di negara ‘hikmah itu’ ialah, satu gabungan negara-negara Arab yang kaya telah bergabung tenaga mengebom dan menghancurkan serta menjadikan sebuah negara yang paling miskin dalam kebuluran.

yamanIa adalah dengan bantuan dua kuasa terkaya dan paling berkuasa di dunia, AS dan UK.
Yaman sudah lama ‘diperkotak-katikkan’, bahkan sejak sedekad lalu, Yaman adalah medan pertempuran utama bagi perang AS ke atas keganasan.


Serangan ‘drone’ dan pencerobohan AS, kerap dikemukakan sebagai kisah kejayaan AS dalam media barat.



Saturday 13 February 2016

Sepak Terajang Yemen Care

Oleh : Solahuddin Al-Idrus:

Saban Hari kami melangkah ke hadapan untuk menyebar luaskan dan memperkatakan serta memberi pencerahan tentang apa yang sedang berlaku di bumi jolokan iman,Yaman....

Saban masa kami mengembeleng buah fikiran bagaimana cara dan kaedah untuk menolong memudahkan urusan mereka yang sedang terkepit serta terhimpit oleh percaturan dunia sana..

Walau di datangkan kepada kami halangan dan kerenah, kutukan dan cakap-cakap org, tetap kami teruskan meredah duri yang    tertosok...Demi membahagiakan anak-anak Yaman..

Tahun lepas, Yemen Care telah berjaya menyampaikan Sumbangan kalian Rakyat Malaysia buat Masyarkat tetindas yang berada di Yaman...Alhamdulillah...

Pada tahun 2016 ini, dengan misi yang berbeza kami meneruskan hasrat dan impian agar dapat membantu mereka membina sebuah hospital lapangan di wilayah Ma'arib dimana seperti yang sedia maklum Ma'arib merupakan benteng terakhir kepada negara Yaman...Jatuh Ma'arib maka jatuhlah keseluruhan Yaman...

Kini hanya ada satu ruang yang kecil sahaja dijadikan sebagai hospital sementara kerana yang sedia ade telah telah rosak teruk akibat peperangan yang berlaku..Ruangan yang kecil dan terpaksa menampung bilangan pesakit yang sangat besar dengan ketiadaan petugas serta alatan yg terhad...

Sunday 3 January 2016

Perjalanan Bermula Untuk Kesekian Kalinya..

Ramai yang berpesan pada aku, Carilah bekalan pengalaman dalam hidup ini agar aku mengenal erti Kehidupan..Erti Perjuangan dan erti aku Dihidupkan,,

Hiduplah sebagai seorang Musafir dan mengembaralah dibumi ini umpama air yang bergerak ke sungai-sungai menuju ke lautan yang luas..Kaut lah ilmu sebanyak mungkin sepanjang pemusafiran di tempat asing,Untuk mengenal Tuhan yang esa, Untuk menenal diri sendiri dan Untuk mencari pengalaman baru...


2016..In Sha Allah akan menjadi tahun pemusafiran..Perjalanan yang akan mengambil satu jangka masa yang amat lama untuk kembali ke jalanan..untuk mencari lebih banyak pengalaman.. Aku sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal mendatang.

Dimana Saja berada, apa pun keadaan kita, Cubalah selalu menjadi seorang pencinta yang senantiasa mabuk denganNya..Yang sentiasa menyelam dilautan TauhidNya..Sekali kita dikuasai oleh KasihNya,Maka kita akan hidup menjadi seorang pencinta yang hidup bagaikan dalam pusara..Dan kita akan tetap hidup hingga hari kebangkitan hidup tiba,Lantas akan dibawa ke Syurga yg hidup kekal selamanya.








" BI RUH...BI DAM "