Oleh: Solahuddin Al-Idrus
Krisis di Yaman makin berlarutan dan kini melibatkan campur tangan kuasa-kuasa Luar sehingga menyebabkan pembelajaran sedikit terbantut. Kawasan yang paling terjejas teruk di Aden dan kini angka kematian disana makin meningkat sehingga memaksa semua Warga Malaysia di Yaman pulang ke tanah air menikmati akta zalim Cukai GST yang dilaksanakan baru-baru ini.
Pada 3 April 2015,aku diberi peluang untuk turut sama menyertai misi Ops Balqis 3 iaitu menghantar pulang Warga Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura pulang ke wilayah masing-masing melalui Jalan darat menggunakan bas. Kesemuanya berjumlah sekitar 250 orang.
Bertolak dari Sana’a ke Hudaidah kira-kira jam 6.15 pagi waktu tempatan dengan menaiki 5 buah bas. Seramai 109 orang dari Malaysia,6 orang dari Singapore manakala dari negara Thailand seramai 2 orang dan dari Filipine pula seramai 80 orang.
Misi ini juga disertai oleh Warga kedutaan Malaysia iaitu seramai 5 orang..Jumlah keseluruhan dari sana’a sekitar 202 orang dan selebihnya sudah menunggu di bandar Hudaidah.
Perjalanan sejauh 279 Km itu cukup memenatkan dan mengambil masa kira-kira 6 jam dari ibu negara, Sana’a..Sedikit mencabar kerana bas terpaksa melalui kawasan pergunungan merentasi angin sejuk..Ada ketikanya,mata aku dialih memerhatikan bumi yang tandus terbentang itu. Tekun aku melihatnya. Naik turun Gunung dengan struktur jalan yang berlubang dan sempit. Melintasi celahan-celahan Gunung seumpama kumpulan taliban yang diburu musuh. Ada yang pening, ada yang muntah..Maklumlah rombongan ini bukan saja melibatkan anak muda malah kanak-kanak dan perempuan juga turut bersama.
Kepala sekali lagi dialih ke Luar tingkap bas.Kali ini kepulan-kepulan awan disebalik celahan Gunung menjadi pilihan untuk ditatap.
Gegaran break bas menyentak aku,rupanya kami ditahan.Sebelum sampai ke destinasi,hampir 15 Kali kami ditahan dan diperiksa oleh Askar militan Houthi..Itu adalah antara yang kami terpaksa tempuhi. Mereka hanya sekadar menahan dan bertanya..Kadang-kadang ada juga tercuit rasa risau dalam hati, semacam satu ancaman..Syukur semua dipelihara Tuhan dan rombongan tiba sekitar jam 1 Tengah hari.
Dari bandar yang hampir dengan Laut Merah itu,rombongan sepatutnya dijadualkan menaiki penerbangan peribadi ke Dubai tetapi dibatalkan kerana ruang udara Yaman dikawal oleh saudi dan mereka melarang menggunakan ruang udara tersebut.
Pihak Kedutaan Malaysia mengambil keputusan untuk bermalam di Hudaidah sementara mencari jalan untuk keluar dari Bumi Iman itu. Rombongan menginap di hotel yang berdekatan dengan laut merah yang sekitarnya dipenuhi dengan kawanan unta.
Kata sepakat dibuat dan keesokan harinya rombongan seramai hampir 250 orang itu sekali lagi menaiki bas menuju ke Jizan dan seterusnya dijadualkan ke Airport Jeddah. Dari situ akan mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur iaitu destinasi terakhir mereka.
Aku terpaksa pulang awal ke wilayah jajahan Militan Syiah Houthi iaitu Sana’a dan tidak dapat bersama menghantar rombongan ke Jizan kerana faktor keselamatan. Pulang dengan perasaan yang bercanpur-baur antara Kecewa dan gembira..Gembira kerana diberi peluang berkhidmat untuk mereka dan sedih kerana terpaksa pulang awal.
Kini aku kembali ke Sana’a bersama teman-teman rumah.Kembali mendengar alunan zikir tembakan dan dentuman antara Saudi dan militan Syiah Houthi.
Jangan lupa titipkan Doa keselamatan buat mereka yang sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia dan juga buat kami yang masih berada di Sana’a dan tidak lupa dirakamkan ucapan Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) dan Pihak Kedutaan Malaysia di Yaman kerana bekerja keras untuk memastikan keselamatan Kami semua.
[Solahuddin al-Idrusi, aktivis media dan wakil Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu di bumi Yaman, masih menetapkan tapak kakinya di bumi hikmah itu, yang kini sedang dilanda fitnah dan dugaan]
No comments:
Post a Comment