Seramai 40 orang pelajar Malaysia masih tinggal di ibu negara Yaman yakin, Yaman akan kembali aman dan mereka akan dapat meneruskan pengajian mereka semula.
Wakil media KAMI, Solahuddin al-Idrusi berkata, sahabat handai dan semua kaum keluarga mereka yang berada di tanah air tidak perlu bimbang dan jangan sesekali merasa ‘curiga’ dengan ketentuan Allah.

“Sahabat handai dan kaum keluarga jangan sesekali merasa ‘curiga’ dengan ketentuan Allah,”ujarnya.
Katanya, walaupun makanan dan keperluan asas semakin berkurangan, namun mereka telah membeli keperluan asas dan menyimpan ‘stok’ yang boleh bertahan beberapa bulan.
Aktiviti mereka berjalan seperti biasa dan mereka terus berhubung dan mengadakan pertemuan sesama mereka.
Beliau menjelaskan, tidak dinafikan Yaman sedang dilanda konflik yang kini melibatkan campur tangan kuasa-kuasa Luar.
Katanya, banyak tempat yang dihujani peluru tetapi tidak semua dan hanya sebahagian terutama di Wilayah Aden dan beliau difahamkan, rakyat Malaysia di Aden telah dipindahkan.

“Memang minggu lepas Sana’a juga diserang Saudi (bahkan) Setiap malam Kedengaran letupan……..Tapi kini keadaan makin stabil………Alhamdulillah,”katanya lagi
Cuma, menurutnya, ketiadaan letrik dan petroladalah perkara biasa dalam negara yang terlibat dengan peperangan.
“Duduk tempat perang………Kadang-kadang ada letrik, kadangkala tiada…….kadang-ladang ‘bermakanan’, kadangkala berlapar………kadang-kadang bergelap, kadangkala bercerah………..Tuhan nak bagi peluang supaya dekat dengan dia,”kata beliau.
Menurutnya yang dihubungi semalam, Khamis 17 April, sudah lebih empat hari Kota Sana’a bergelap apabila janakuasa bekalan eletrik diletupkan oleh militan pemberotak syiah Houthi.
Oleh itu beliau mengharapkan semua pihak agar terus berdoa untuk keamanan negara Yaman bumi yang ‘penuh hikmah’.
“Doa dan munajat kita bersama lebih baik dari berputus asa dengan rahmat Allah…….. Sedarlah..ini adalah didikan Tuhan buat kami…In Sha Allah Yaman bumi hikmah akan kembali aman,”tambah beliau
Sementara itu, dalam forum berkaitan konflik di Yaman baru-baru ini, seorang peserta menanyakan soalan yang berbunyi, apakah kesudahan konflik yang sedang berlaku di Yaman?

Kerana katanya, itu adalah merupakan ilmu Allah SWT, jangankan yang akan datang, satu jam akan datang pun kita tidak tahu apa kesudahan hidup kita. Mati ke, hidup ke, sakit ke dan lain-lain.
Namun beliau memetik satu hadis Nabi SAW yang menyebut tentang keamanan yang akan kembali ke bumi Yaman.
“Tapi suka untuk saya kongsikan di sini sepotong hadith Nabi saw yang berbunyi :
والله ليتمن هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضرموت، لا يخاف إلا الله أو الذئب على غنمه. ولكنكم تستعجلون.
Maksudnya : Demi Allah! Sesungguhnya Dia akan menyempurnakan urusan ini (Islam) sehingga orang yang musafir dari Sana’a ke Hadhramaut, tidak takut lagi melainkan kepada Allah swt dan serigala yang mengganggu kambingnya. Akan tetapi kamu gopoh,
“Percayalah……kesudahannya akan kembali aman dan harmoni seperti yang dijanjikan oleh Nabi. Kerna apa yang berlaku sekarang khususnya di Yaman, mempunyai hubung kait dan petanda Islam akan diberi kemenangan oleh Allah SWT,”jelas Nedius.

“Setiap perjuangan itu pasti ada pengorbanan dan ujian. Berjuang itu pahit. Kerna syurga itu manis.
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Maksudnya : Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah),”ujarnya membacakan ayat al-Quran diatas.
No comments:
Post a Comment