Pages

Wednesday 19 December 2012

SEPULUH TAHUN PENAFIAN ROYALTI MINYAK TERENGGANU – PENGAJARAN BESAR KEPADA RAKYAT KELANTAN


Pada 12 November 1975, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak dalam ucapannya di Parlimen, menyatakan bahawa;
“Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974”. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, “Tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di dalam negeri masing-masing, sama ada yang diperolehi itu dalam perairan ataupun di luar perairan negeri tersebut yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya.”

Maka sejak dari tarikh tersebut Kerajaan Negeri Terengganu telah menerima wang royalti minyak secara langsung dengan tunai bernilai hampir RM7 bilion selama 22 tahun tanpa sebarang gangguan dan sekatan sepertimana yang terkandung dalam perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Sunday 28 October 2012

Chua Soi Lek Biadap

Kebiadaban Presiden MCA,Chua Soi Lek Terhadap Islam dgan Mudahnya mhina undang2 dan hukum Islam yg mjadi agama persekutuan merupakan satu sikap yg tidak bertanggungjawab dripada seorang pemimpin bagi parti yang memerintah ( BN ) .. Sikap Biadap terhadap Islam adlah terburuk dan terhina dari seorang yg bergelar pemimpin..

Perbuatan Tersebut mngundang persenketaan agama dan merosakkan perpaduan rakyat Mlysia..Rkyat Mlysia yg bersendikan kesopanan dan kesusilaan perlu membantah kewujudan sikap dan pemimpin sebegini kerana mengundang kpd permusuhan dan merosakkan keharmonian Negara..

Beberapa knyataan yg pernah diucapkan oleh Chua Soi Lek ialah yg terbaru beliau mendakwa 1,2 juta pekerjaan akan hilang bila hukum hudud dilaksanakan..Chua Soi Lek juga mdakwa negara yg mlaksanakan Hudud  adalah negara yang paling tinggi gejala rasuah...

Naib Pengerusi Wanita MCA,Heng Seai Kei juge turut menghina Islam...Dia mndakwa Islam mbenarkan wanita bukan Islam yg tidak mnutup aurat dirogol oleh org islam..adah dia bljar dri umno @ Dap????

Wahai Penganut2 MCA jangan Biarkan kamu terus menerus dijahilkan dan dicucuk hidung oleh Umno..

Kpd Chua Soi Lek : Aku mnawarkan kpd kamu dua pilihan...Kamu berhenti bercakap soal Islam dan segera meminta maaf kpd seluruh penganut agama Islam termasuk Najib Tantuya dan jgn sekali kali mengulangi nya lagi.....

Tunggu dan bersiaplah!!! Jangan Kamu Ingat Semua Orang Islam Penakut Macam pemimpin Umno / BN

Sunday 14 October 2012

Sebab Utama Merokok Itu BAGUS


Assalam.Lama dah tak tulis blog.Entry pon makin lama makin merepek ja kan.Komen pon dah takda sangat.T__T.

Aku dulu selalu kompius kenapa lah perokok2 neyh taksub sangat dengan merokok.Dah tuh siap cakap merokok bagus lak.Cari punya cari last2 aku dah tau juga sebab apa lah perokok neyh terlalu payah sangat nak bercerai talak tiga dengan rokok.Jom cekedout sebabnya :

Thursday 23 August 2012

Sudah Tiga Bulan Berlalu, YT Masih Belum Tunai Janji

KUALA TERENGGANU – Setelah tiga bulan berlalu, pihak Yayasan Terengganu (YT) yang telah berjanji akan menyerahkan sijil kepada seorang pelajar Tre-found Education Centre, masih belum berbuat demikian.

Peguam Fathi Aziz Abu Bakar berkata, beliau telah menyerahkan notis anak guamnnya, Syed Solah Syed Hassan yang yang dituduh melibatkan diri dalam perhimpunan aman BERSIH.

“Saya telah serah notis kepada pihak YT, lebih tiga bulan lalu, pegawai YT berjanji secara lisan akan menyerahkan sijil pelajar terbabit dalam masa tersebut,

“sekarang tempoh itu telah tamat dan pelajar terbabait belum mendapat sijilnya,”ujarnya ketika di temui hai ini, Ahad 19 Ogos.

[Gambar - Syed Solah, mangsa tuduhan tidak berasas YT, telah ditahan sijilnya kerana kononnya terlibat dengan himpunan aman BERSIH, menerima sumbangan dari pihak DPPNT]


Oleh itu, Fathi yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) berharap pihak YT dapat menunaikan janji tersebut dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, katanya, pihak BERSIH telah mengadakan pertemuan dengan para pelajar yang menjadi mangsa-mangsa penamatan pinjaman oleh YT pada akhir Ramdhan baru-baru ini.

Menurutnya, pada majlis tersebut, BERSIH yang diwakili oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais telah berjanji akan mengambil tindakan undang-undang keatas YT sekiranya rundingan berhubung pinjaman pelajar terbabit gagal.

“BERSIH akan menghantar peguam dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya rundingan dengan pihak YT tidak Berjaya atau gagal,

“pihak-pihak yang mwakili mahasiswa iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) akan meneruskan rundingan mengembalikan semula pinjaman pelajar terbabit,”jelasnya.

Buletinonline dimaklumkan , turut hadir dalam Majlis Iftar anjuran BERSIH bersama Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) itu adalah Presiden SMM, Safwan Anang dan Pengerusi Gempur Muhammad Syahmi Hazim.

Copy & Paste from : www.buletinonline.net

* Xsempat nk menulis....rasenye sempat lg kot nk ucap Slmat Hari Raye...Kpd Datuk Mad Said,smoge hdup bhgia ye Datuk......

Saturday 12 May 2012

Penat Mengejar

Sebenarnya aku cintakan kamu.

Tapi kamu selalu lari dari aku.

Jadi satu hari nanti, aku harap kamu eksiden dan patah kaki.

Tuesday 28 February 2012

Kenapa Dipertikaikan Keinginan Untuk Berkahwin Muda?


Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan jika kita berkahwin di usia lebih muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.
Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetangah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin-kahwin muda tu, tandanya memang dah ‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam Islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.

Saturday 11 February 2012

Peristiwa 12 Rabiul'awal 1433 di Florida USA


Peristiwa ini berlaku pada 5 Febuari 2012 bersamaan 12 Rabiul'awal 1433 hijrah. Ia suatu fenomena yang pelik bukan bagi kita di Malaysia sahajaa, bahkan orang Amerika yang berada di pantai Florida pada ketika itu turut merasa pelik.

Juruterbang helikopter Mike Schaeffer telah membuat lawatan udara apabila dia melihat fenomena cuaca yang luar biasa di sepanjang pantai Panama City Beach, Fl. pada hari Ahad 5hb Febuari 2012. Sebaik sahaja beliau mendarat, beliau memberi amaran kepada Panhandle Helikopter pemilik JR Hott "gelombang bentuk awan," dan bersama-sama mereka pergi untuk mendapatkan paparan yang lebih baik.

Kabus yang bergerak dengan cepat dalam keadaan cuaca yang sangat indah sebenarnya yang sedang berlaku. Manakala komuniti dalam talian telah menggelarkannya "tsunami awan," Hott tidak bersetuju dengan julukan ini.

Saya tidak akan memanggil "tsunami awan." Istilah tsunami membayangkan bencana alam. Suasana semasa kejadian membentuk dengan cepat, bergerak lembut dan perlahan-lahan memanjat bangunan dengan lembut. Ia bukan sesuatu yang berlaku dengan lebih daripada bayu yang lembut.



Wednesday 1 February 2012

Pelajar Trefound Serbu Pejabat Pengarah Yayasan Terengganu


KUALA TERENGGANU– Lebih 20 orang pelajar Kolej Trefound, Trefound Educare Sdn. Bhd. (TE) telah menyerbu pejabat Pengarah Yayasan Terengganu bagi mendapatkan penjelasan janji yang belum ditunaikan.

Menurut sumber,para pelajar ditawarkan berkursus  di instutsi milik penuh Yayasan Terengganu itu telah dijanjikan sebuah Laptop percuma, pinjaman bagi pembiayaan pelajaran yang akan dibayar sebagai elaun sebanyak RM250 sebulan.

Namun, sehingga kini seramai 180 orang pelajar terbabit  tidak menerima pemberian laptop percuma dan tidak dibayar elaun bulanan sebanyak RM250 sejak pengambilan mereka pada bulan Februari, 2011.

Sumber tersebut berkata, mereka telah beberapa kali berusaha bertemu dengan pihak penguruan Yayasan Terengganu untuk menuntut  janji dan menyelesaikan pembayaran elaun yang tertunggak, namun, katanya, segala usaha mereka gagal.




Sunday 22 January 2012

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL ???

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?


Monday 2 January 2012

MAHASISWA PARAH DIBELASAH POLIS

TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka.


Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah dibelasah anggota FRU.

Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham akibat dipijak anggota polis dan kini didakwa sedang mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.



Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Antara mereka termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.

Dalam satu respon segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk keganasan ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi.
Himpunan Protes AUKU & UPSI oleh SMM & BEBAS


Di saat rakyat Malaysia yang lain sedang khusyuk bergembira menyambut tahun baru 2012, anak-anak muda ini berjuang menuntut hak dan keadilan..tabik buat mereka...hidup anak muda!

Himpunan Kebebasan Akademik di UPSI diprovokasi lebih 100 anggota polis atas arahan UMNO! Bangkit Mahasiswa! Mahasiswa bersolidariti di UPSI. Bangkit Mahasiswa! -fightforjusticeforever



Keranda AUKU & protes Najib Razak di UPSI!



Bangkit mahasiswa! Solidariti Mahasiswa baring di hadapan UPSI. Mahasiswa terus baring sambil mendengar puisi di jalan raya di hadapan UPSI. Terus tuntut MANSUH



Situasi di depan Pintu Utama UPSI, mahasiswa berhadapan dengan FRU.



Pengerusi BEBAS Safwan Anang sedang kritikal dibelasah polis, dibawa ke Hospital Slim River.



Adam Adli Di Dalam Lokap Tanjung Malim... 
" BI RUH...BI DAM "