Pages

Sunday, 16 November 2014

Perindu syahid

Di pagi yang hening dibumi berdebu yang pernah didoa Nabi ini terpukau aku dengan deruan angin November.Ia seakan menjadi temanku disepanjang malam.Lampu-lampu neon menerangi jalan.Warna merah dan kuning bersilih ganti dalam rawaknya pergerakan..Tercungap-cungap.Aku mencuri nafas dalam nafas..Dunia imaginasi tenggelam dalam lautan rialiti.Degup jantung usah ditanya,terasa seperti ingin terkeluar dari kantungnya bila aku dihadiahkan Tuhan dengan sebuah Video yang aku namakan sebagai " Perindu syahid " ...

Labbaika Ya Rasulullah....

Ini bukan lagi saat untuk menyusun ayat untuk berkata-kata.... Ketahuilah sesungguhnya para Mujahidin umpama gunung dengan mereka mencipta sejarah Islam dengan darah-darah mereka sendiri..
Nah! Renungi dan hayatilah sedalamnya..Kongsi sebelum MATI...








Doa.Itulah senjata kita yang utama.Biar bom,biar misil,biar peluru apa sekalipun yang mereka guna,doa kita adalah penangkis.Doa kita adalah senjata yang paling kuat dan yang paling luar biasa kuasanya.Jangan lupa,dalam tiap masa kita berdoa,titipkan doa buat mereka.Mereka perlukan doa kita.Jangan lokek doa.Jangan.Mereka sangat perlukan.!


Wednesday, 5 November 2014

Kelas Bermula ‘Memadrasahkan’ Manusia

Solahuddin al-Idrus, Sana’a, Yaman
Bermulanya Muharam, maka bermulalah kelas pembelajaran untuk kami, para ‘penuntut ilmu’ Malaysia di negara Yaman, yang kini masih bergolak.
Dalam menelusuri ‘rantaian’ hari yang datang dan pergi, kita sebagai makhluk disuruh mengabdikan diri kepada Ilahi. Makhluk tetap abadi sebagai Makhluk. Ia tidak memiliki, malah dimiliki. Ada kala dosa menyelubungi, dan terkadang pahala dikejari.
Tawakal..Ya! Siapa yang bertawakal kepada Allah,maka cukuplah Allah sebagai pengatur urusan mereka dan tiada lagi pergantungan kepada makhluk. Kita mungkin mempunyai pelbagai bayangan,itu ini begitu dan begini. Namun kuasa Allah merentasi segala igauan makhluk. Hanya pada tangan Allah kekuasaan mutlak bagi perjalanan dialam ini.
Putaran kehidupan telah kembali kepada permulaan. Kitab yang sekian lama ditinggalkan kembali dicari. Ramai yang bertanya, “Macam mana dengan kehidupan disana? Masih adakah lagi tempat untuk belajar? Jamiah dah buka? Masih selamat ke belajar kat sana?
Ketahuilah bahawa segala rahsia perjalanan alam atau hikmah kehidupan hanya Allah yang maha tahu.
IMG-20141105-WA0080Jika Allah berikan Kebahagiaan dan ketenangan tiada siapa yang dapat merampasnya sekalipun jasad dilukai dan dipenjarakan. Perjalanan berjalan seperti biasa tinggal lah kita untuk memilihnya.
Di tanah berdebu inilah kami berkongsi rasa. Berkongsi pengalaman dan cerita. Berkongsi ilmu………Bersoal jawab……..Berhujah. Bersetuju dan berbeza pendapat. Ada yang salafi, syiah, sufi, sekular, dan sebagainya.
Disinilah segalanya kami menuruti adab-adab berilmu. Kitab-Kitab Islam terdahulu telah mencatatkan kembara para ilmuan dan setiap para ilmuan pasti ada catatan mengenai kembara mereka.
Wahai teman……….Wahai sahabat…………Tidak kira tempat dan tidak diukur dimana kita berpijak, teruskanlah kalian kedalam madrasah memanusiakan manusia.
Usahlah terjerumus kedalam pejuang yang dicucuk hidung mereka. Jadilah kalian pejuang mahupun pendakwah yang lantang memperjuangkan kebenaran. Usah takut dan gentar dengan ugutan dan halangan…….

Friday, 24 October 2014

Berpijak Di Sini……….

Sana’a sekarang bukanlah sebagaimana Sana’a, yang dulu yang wujudnya beratus-ratus anak Malaysia. Sekarang bilangan anak Malaysia cuma boleh dihitung dengan anak jari. Kezaliman dari natijah peperangan bukanlah hanya menimpa manusia semata-mata tetapi turut menjejaskan perkembangan Ilmu..
Bukan gampang untuk menyesuaikan diri di tengah-tengah umat asing dan lebih membimbangkan bila mereka menyangka bahawa kita sebagai orang asing yang ada banyak duit sehingga menjadi santapan penjenayah. Manusia kadang-kadang sanggup membunuh bila lapar, tetapi bukan disini, In sha Allah..
IMG-20141004-WA0023Seolah-olah seperti orang asing yang meraba-raba didalam komuniti yang lain, semua urusan perlu aku kerjakan sendiri tanpa dibantu oleh orang-orang lama disini sebagaimana sebelum-sebelum ini. Tiada lagi petunjuk dari mereka. Kebetulan selepas peperangan, aku berpindah ke kawasan baru.
Justeru, segala urusan aku sendiri yang uruskan, agak gawat bila berurusan dengan bangsa lain..Dijadikan kita seperti bola. ditendang sini, ditendang sana..
Berdikari adalah kemestian. Samada bangkit lalu teruskan langkah atau menjadi lemah lalu pulang untuk mengemas barang-barang. Kelangsungan hidup mesti diteruskan kerana ini adalah keputusan yang telah dibuat. Perjalanan sebegini boleh dikatakan sebagai satu tarbiyyah yang mana kita diberi peluang untuk melaluinya.
Ramai orang yang berjalan dan sebenarnya ramai juga orang yang patah pinggang dan rebah ditengah jalan kerana nafsu syaitan, dunia dan makhluk menjadi penghalang!
Keadaan Yaman yang kurang stabil disebabkan berlakunya peperangan baru-baru ini diantara tentera kerajaan dan tentera Syiah Houthi menyebabkan pelajar-pelajar disini dihantar pulang ke Malaysia.
Oleh kerana beberapa tempat pengajian masih tutup dan anak-anak Malaysia yang masih berbaki disini hanya sekitar 40 orang sahaja. Hampir 400 orang yang lain kini di Malaysia, namun In sha Allah mereka berjanji akan kembali setelah keadaan kembali pulih.
Barangkali ini adalah Sunnatullah. Perjuangan Islam yang digerakkan oleh Muhammad Ibni Abdillah SAW adalah satu perjuangan yang terlalu jauh perjalanannya dan terlalu sukar cabaran yang terpaksa dihadapi.
Kepada siapa lagi kita mahu minta bantuan dan pertolongan selain daripada Tuhan pencipta sekalian alam? Moga kita diberi kekuatan.
Aku ingin terus mengembara selagi mampu. Mengutip bekalan selagi ada upaya membawanya. Merentasi liku-liku yang beronak duri. Biarlah apa sekalipun tafsiran orang terhadap kita, sesungguhnya tiada makhluk yang dapat memastikan episod-episod dalam perjalanan hidup mereka kerana, aku hidup dengan matlamat andai esok aku mati, menemui Tuhanku!

Sunday, 12 October 2014

Syiah dan Bidaah


Semalam,pada tanggal 11 oktober 2014,Militan Syiah Houthi di Yaman menyambut " Maulid " Saidina Ali di Ibu Kota Sana'a..Diselangi dengan tembakan dan bunga api...Bandar berdebu itu menjadi ceria disebabkan percikan api yang terhasil membentuk seakan bunga Raya...
Rasa cinta mereka terhadap Saidina Ali, tapi sebenarnya perlakuan mereka lebih kepada bidaah..Ya! Bidaah pertama yang disambut secara besar-besaran setelah Militan Syiah Houthi menakluk Kota Sana'a...
"Awaslah kamu daripada mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama kerana setiap sesuatu yang baru adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat balasannya adalah api neraka"
Ramainya yang bergembira kerana sambutan itu...Kalau dulu rakyat Yaman bila bertanyakan pasal Syiah Houthi,mereka mengatakan kumpulan itu adalah pengganas.. Pengacau dan macam-macam lagi..Tapi sekarang ramai yang menzahirkan sebenarnya diri merekalah Syiah yang sebenar..

Berbondong-bondong mereka keluar ke jalan sambil dibunyikan hon tanda setuju atas sambutan ulang tahun kelahiran Saidina Ali ...

Dalam masa yang sama sedarkah mereka Sunni yang berjanggut dicolek dan ada yang ditembak dikepala sehingga gugur syahid..Itu merupakan satu kezaliman dan kekejaman yang zahir dari militan Syiah Houthi .
Janggut adalah sunnah..Kenapa mereka yang berjanggut dianggap berbahaya? Sebenarnya janggut merupakan lambang kebebasan,kehebatan dan lambang Muhammad S.A.W...

Nabi menangis kerana kalian..Dipukul kerana kalian.Dipulau dan disakiti juga kerana kalian...Akan tetapi sebahagian dari kalian berasa malu dan takut dengan sunnah baginda..Ada yang mengatakan berjanggut adalah bahaya! Kalian malu untuk menzahirkan sunnah..Kalian takut dengan sunnah Nabi yang mana baginda sendiri hampir dibunuh berkali-kali disebabkan kalian..Baculnya kita sekiranya membuang sunnah baginda dibawah telapak kaki kita..!

Percayalah...Ini adalah agenda Amerika yang memomokkan bahawa orang yang berjanggut itu berbahaya dan pengganas supaya lambang kebebasan,kehebatan dan lambang Muhammad SAW dilupuskan...

Solahuddin Al-Idrus
Sana'a,Yaman

Thursday, 9 October 2014

Krisis Yaman; Houthi Tidak Setuju PM Baru



Pihak-pihak parti politik bersetuju Yaman pada hari Selasa untuk melantik sekutu Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi sebagai Perdana Menteri, dua pembantu daripada Hadi berkata, satu langkah yang diharapkan Yaman akan membawa kepada penarikan keluar pemberontak Syiah Houthi ibu negara, Sanaa.
Mansour Hadi dijangka meminta Ahmed Awad bin Mubarak, pengarah pejabatnya, untuk membentuk kerajaan, di bawah perjanjian antara Presiden dan beberapa pihak, termasuk pergerakan Syiah Houthi, yang bertujuan untuk mewujudkan pentadbiran yang lebih inklusif.
Yaman telah menjunam ke dalam krisis bulan lepas apabila pemberontak Houthi berjuang tentera yang setia kepada jeneral tentera dilihat menghampiri dengan saingan, kumpulan Sunni Muslim.
Institusi kerajaan dengan cepat jatuh ke tangan Houthi, yang membolehkan kumpulan itu, yang anggotanya adalah milik cawangan syiah Zaydiah menjadi broker kuasa di Yaman.
Agensi berita SABA mengesahkan bahawa satu jawatankuasa penasihat Mansour Hadi, yang mewakili pelbagai parti politik, telah bertemu di Sanaa menepati kriteria bagi seorang perdana menteri baru, tetapi tidak menamakan mana-mana orang.
Bin Mubarak, yang memegang ijazah kedoktoran dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Baghdad, lahir pada tahun 1968 di bandar pelabuhan Yaman selatan Aden. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai perunding bagi projek-projek antarabangsa di Yaman sebelum menjadi pengarah pejabat presiden.
Pada Mac tahun lepas, bin Mubarak berkhidmat sebagai Setiausaha Agung “Persidangan dialog kebangsaan” Yaman, yang terdiri daripada wakil-wakil semua parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan sivik yang Hadi telah diadakan untuk merancang pembaharuan.
Namun begitu Kumpulan Houthi tidak bersetuju dengan pelantikan pengarah pejabat Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi sebagai Perdana Menteri, kata pemimpin dalam kumpulan itu.
Abdel-Malek al-Ejri berkata Mansour Hadi telah mencadangkan lima nama pada mesyuarat penasihatnya, yang mewakili parti-parti politik di Yaman.
“Tetapi kami tidak bersetuju, dan perkara itu masih dalam rundingan,” Ejri berkata kepada Reuters. Dua pembantu presiden sebelum itu berkata parti-parti politik bersetuju untuk pelantikan bin Mubarak.

Monday, 29 September 2014

Situasi Masih Tidak Menentu; Pelajar Malaysia Di Yaman Kembali Berlindung Di Kedutaan

Selepas menandatangani perjanjian damai dengan pemberontak syiah houthi, Presiden Yaman masih menyatakan kebimbangan tentang perang saudara yang mungkin akan tercetus.
IMG-20140925-WA0133Abd Rabbuh Mansour Hadi berkata, beliau khuatir pertelagahan antara sunni dan syiah di Negara itu akan membawa bencana yang lebih besar, kerana syiah masih menduduki beberapa premis utama di ibu Negara Yemen, Sana’a.
Namun begitu, maklumat yang baru diterima lebih ditakuti akan berlaku, apabila al-Qaeda diberitakan akan membuat pengeboman, bagi bertindak balas ke atas syiah.
“di mana-mana sahaja tempat yang orang ramai ada…………disebalik al-Qaeda adelah ISIS, Houthi tawan Sana’a sebab kerajaan sekarang tidak mengambil tindakan langsung (menghalang kemaraan Houthi),”ujar wakil Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Syed Solahuddin al-Idrus.
Seolah-olah ada satu pakatan antara Iran yang mendokong Houthi dan Amerika serta Saudi, antara kuasa-kuasa luar yang dilihat sebagai pemain dibelakang tabir.
IMG-20140926-WA0083Dan ‘tangan-tangan ghaib’ itu, kata beliau sedang bersatu, bahkan mungkin yang akan menjadi mangsa adalah Parti Islah, kerana kecenderungan mereka menyokong Ikhwan al-Muslimin yang kini sedang menghadapi pengharaman dan sekatan di seluruh dunia Arab.
Sitauasi yang tidak menentu itu telah memaksa, para pelajar Malaysia serta para pekerja asing berhati-hati, bahkan mengambil tindakan mencari tempat perlindungan, walaupun sudah kembali ke kediaman masing-masing, sejak pemerintah Yemen menandatangani perjanjian dengan pemberontak Houti tiga hari lalu.
“para pelajar alhamduliLlah, pihak keduataan menyediakan sebuah premis untuk berlindung dan mereka telah pun berpindah sejak semalam, dan dalam keadaan selamat,”kata beliau yang menghantar teks melalui aplikasi pesanan ringkas. [Gambar Kiri]
Sehubungan itu, khabar angina yang disebarkan semalam, tidak menjadi kenyataan apabila para jamaah yang menunaikan solat Jumaat hari ini 26 September, melaksanakan tanggungjawab tersebut tanpa sebarang gangguan.
IMG-20140926-WA0106Semalam, riuh dikatakan, pihak houthi akan meletupkan mana-mana masjid yang terus mendirikan solat Jumaat, menjadi kegusaran penduduk sekitar Sana’a.
“Walau bagaimana pun jemaah masjid tidak ramai seperti Jumaat yang lepas……Kebiasaannya masjid penuh hingga ke luar……..
“Saat masuk masjid kelihatan ‘gelonggong’ dengan tempat-tempat kosong tidak seperti Jumaat berjalan seperti biasa……khatib banyak menekankan bab kematian dan bab afdhal solat berjemaah di masjid,”lapor beliau yang kini terpaksa menangguhkan pengajian kerana pusat pengajian tinggi masih ditutup.
Syiah Houthi telah menawan Universiti Iman dan mengawal laluan keluar masuk dari orang ramai. [Gambar kanan bawah]
Manakala tentera Yaman tidak membuat sebarang tindakbalas, menyebabkan majority orang ramai mencari perlindungan masing-masing, sehingga tempoh yang diketahui.

Kedutaan AS Di Sanaa Diserang Peluru Berpandu

Sekumpulan militan yang bergabung dengan Al-Qaeda pada hari Sabtu mendakwa bertanggungjawab bagi serangan roket ke atas ibu pejabat kedutaan AS di utara Sanaa.
Pergerakan Ansar Al-Syariah berkata serangan itu telah menyebabkan kecederaan di kalangan anggota tentera dikerahkan untuk menjaga ibu pejabat kedutaan.
Ia berkata dalam satu kenyataan di Twitter bahawa serangan juga telah merosakkan kenderaan perisai.
Ansar Al-Syariah berkata ia melancarkan serangan ke atas kedutaan Amerika Syarikat sebagai membalas dendam kerana serangan ‘drone’ AS kepada beberapa wanita dan kanak-kanak di wilayah Yaman utara Al-Jawf lewat pada hari Jumaat.
Dua suspek Al-Qaeda terbunuh lewat pada hari Jumaat, manakala tiga kanak-kanak cedera oleh serangan ‘drone’ di wilayah Yaman utara.
Serangan itu berlaku selepas hanya satu minggu pemberontak syiah Houthi mengawal ibu negara Yaman dan menandatangani perjanjian perkongsian kuasa politik dengan presiden.
Sanaa jatuh di tangan Houthis selepas hampir tiga minggu protes dan konfrontasi dengan pasukan tentera dan polis Yaman.
Pada hari Ahad, Presiden Yaman Abd Rabbuh Mansour Hadi – berhadapan dengan demonstrasi pro-Houthi yang melumpuhkan ibu negara telah menandatangani perjanjian dengan kepimpinan Houthi yang bertujuan menamatkan kebuntuan politik yang panjang.
Perjanjian itu menyeru untuk pembentukan kerajaan baru dengan persetujuan pelantikan seseorang Perdana Menteri nonpartisan dan pelantikan penasihat Houthi kepada Presiden.
Yaman telah diselubungi kekacauan politik sejak pengusiran Presiden Ali Abdullah Salleh pada tahun 2012.
Rujukan - www.buletinonline.net

Thursday, 25 September 2014

Syiah menghalang Sunni Yaman Solat Jumaat di MASJID

Syiah Militan houthi melarang sape2 yg solat jumaat di masjid di Sana'a,Yaman esok..mane2 masjid yg buat solat jumaat akan diletup! Kepada pelajar Malaysia,sila ikot arahan PERMAYA...
Doakan kehancuran dan pakatan jahat mereka...


Gambar menunjukkan banner2 yang diangkat disekitar jalan-jalan utama di Sana'a


Pembantu dan ketua pengawal syeikh Abdul Majid Zindani Syahid

Abu Abdurrahman Syahid ketika bertempur melawan militan Syiah Houthi di Yaman.. As-Syahid merupakan pembantu dan ketua pengawal syeikh Abdul Majid Zindani...Mungkin selepas ini aku pula mengikuti jejak langkah beliau..Doakan yang baik2 buat aku teman..Syahid cita2 tertinggi..

Perintah Berkurung Di Kawasan Perumahaan Sanaa

Walaupun pengumuman perjanjian damai telah diumumkan oleh PBB, namun pemberontak Syiah Houthi dan tentera kerajaan terus berperang untuk hari keempat berturut-turut, di ibu negara Yaman.
Wakil KAMI, Solahuddin al-Idrus melaporkan bunyi serangan berat kedengaran sepanjang malam Sabtu di kawasan ibu negara berhampiran ibu pejabat kem bahagian perisai yang pertama tentera Yaman, berhampiran dengan universiti Iman.
Al-Jazeera dalam laporannya menyatakan, pertempuran yang meningkat pada hari Khamis selepas minggu bantahan dan pertempuran, muncul menjadi cabaran terbesar sebelum pelaksanaan pelan peralihan oleh PBB yang menyokong demokrasi, selepas pemerintah veteran Ali Abdullah Saleh terpaksa berundur pada 2012.
IMG-20140921-WA0068Wakil khas PBB Jamal Benomar, yang telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin Houthi Abdul Malek al-Houthi di wilayah mereka Saada pada Rabu dan Khamis, mengumumkan lewat kelmarin bahawa satu perjanjian telah dicapai dan akan ditandatangani pada hari Ahad.
Benomar dalam satu kenyataan ringkas bahawa perjanjian itu akan membawa kepada berakhirnya konfrontasi antara tentera Yaman dan penyokong pergerakan Syiah Houthi di ibu Yaman Sanaa.
Benomar bagaimanapun, tidak memberikan maklumat lanjut mengenai perjanjian itu.
Terdahulu hari ini, jawatankuasa keselamatan Yaman yang lebih tinggi telah mengumumkan perintah berkurung waktu malam di beberapa kawasan-kawasan perumahan di Sanaa.
Jawatankuasa ini menamakan apa yang digambarkan sebagai “perkembangan keadaan keselamatan” dan pengambilalihan oleh militan Syiah Houthi ke atas ibu pejabat televisyen negeri Yaman.
Ia berkata dalam satu kenyataan bahawa perintah berkurung akan bermula dari jam 9:00 malam waktu tempatan (18:00 GMT) dan berakhir pada pukul 6.00 pagi waktu tempatan (03:00 GMT) setiap hari dari hari Sabtu.
Jawatankuasa itu bagaimanapun, tidak menetapkan tarikh berakhir perintah berkurung.
Ia berkata perintah tersebut akan dikenakan di tiga kawasan perumahan dan perkampungan di utara Sanaa.
Jawatankuasa keselamatan menggesa warga Yemen untuk mematuhi perintah berkurung dan tinggal di rumah untuk melindungi kehidupan mereka. Ia berkata sesiapa yang melanggar akan mempertaruhkan nyawa mereka, menurut kenyataan itu.
Terdahulu hari ini, asap kelihatan dari bangunan televisyen, masa yang singkat selepas bangunan itu dibom oleh militan Syiah Houthi.
Kebakaran itu, bagaimanapun, terhad kepada bahagian bangunan itu, yang tidak mengganggu siaran televisyen negara Yaman, kata seorang wartawan Anadolu Agency.
Pekerja binaan, sementara itu, menggesa tentera Yaman untuk hantar lebih bala bantuan untuk melindungi mereka, menurut suatu permintaan bagi bantuan yang dikeluarkan oleh kakitangan televisyen.
#CopyPaste - www.buletinonline.net

Teruskan Berdoa Untuk Kesejahtereaan Yaman………

Setelah hampir seminggu menjadi “pelarian” akhirnya berkesudahan dengan kekecewaan. Kekecewaan dengan berita mengatakan Universiti Iman ditawan Militan Syiah Houthi. Satu-satunya universiti bernama “iman” didunia.
Pulang kerumah bersama teman,Abdul Fatah.Sepanjang perjalanan pulang dari kediaman megah kedutaan Malaysia,dihiasi dengan kesan-kesan tembakan dan bom di bangunan-bangunan. Dipenuhi dengan batu dijalan-jalan utama menuju ke Universiti Iman iaitu di kawasan zon perang. Tempat itu tidak lagi sunyi seperti 2, 3 hari yang lepas kerana dibanjiri dengan penduduknya dan juga para media.
IMG-20140923-WA0118Sesekali aku perhatikan juga jasad yang bergelimpangan..Terasa bagai aku berada di pentas perfileman yang mengisahkan tentang perang saudara! Khayalan aku tersedar apabila melihat kedai runcit berhampiran rumah aku berlubang besar. Mungkin terkena tempias bom. Oh! Rumah aku.Terus berlari menuju ke rumah. Dari jauh aku nampak tingkap rumah pecah. Pintu dipenuhi dengan lubang-lubang kecil kesan daripada tembakan senjata ak-47. Bilik aku dipenuhi dengan kaca yang pecah.
Jam 8 malam selepas usai solat isyak di rumah,tiba-tiba aku dikejutkan dengan letupan demi letupan dan tembakan demi tembakan.Tanpa henti terus berbunyi bagai bayi sedang menangis kelaparan menunggu susu. Kiri dan kanan bagai menyambung rentak lagu..Bermain di fikiran, adakah perang kembali tercetus. Adakah aku bakal terkepung disini lagi? Smpai bilakah aku dapat bertahan disini?
Pelbagai soalan laju bermain seperti lajunya peluru-peluru keluar dari kelongsongnya.
Perasaan makin cemas apabila melihat segerombolan syiah houti bersama trak,kereta kebal dan senjata2 mereka..Rentak tembakan semakin rancak memecah kesunyian dilangit dan disambar dengan tembakan bunga api. Ya! Tembakan bunga api. Terasa bagai ada sesuatu yang berlaku. Kalau berperang kenapa ada tembakan bunga api? Sekali lagi pelbagai persoalan terus menganggu benak aku.
Persoalan aku terjawab apabila datang seorang Arab yang juga merupakan jiran sebelah rumah dengan mengatakan Syiah houthi sedang merayakan kemenangan mereka menawan Kota Sana’a. Perasaan cemas aku yang mengatakan itu adalah perang terus hilang..Bersyukur kerana tiada lagi perang ketika ini dan sedih kerana Parti Islam ditindas. Segala “Ghanimah” digondol Militan Houthi. Dan aku yakin akan ada sesuatu yg berlaku dalam masa sebulan dua lagi..Tidak semudah itu ianya berakhir..
Tak kan semudah itu University Iman jatuh ke tangan musuh? Kemana Semua syeikh2 iman? Adakah mereka terselamat? Adakah ini taktik mereka untuk mengelirukan musuh? Tak sempat aku nak jawab semua persoalan yang sendiri aku ciptakan. Aku hanya berserah kepada Tuhan. Moga Yaman dan ahli-ahlinya berserta para ulama’ dilindungi Sang pencipta.
SolahuddinHouthi menyambut kemenangan bagai pesta seumpama menyambut hari kemerdekaan mereka..Suasana menjadi meriah apabila seluruh Kota Sana’a diterangi dengan tembakan bunga api dan diselangi dengan tembakan ak-47 bersama dengan laungan “Almautu li Amerika, Almautu li Israel, allaknatu ala alyahud, alnasr ala Islam”. Hanya kata-kata tapi tidak pada tindakan.Mereka tumpah darah sesama islam. Mencipta sejarah dengan darah sesama Islam. Hampir satu jam juga aku layan rentak tembakan mereka. Kekadang terbayang bagaimana membazirnya kerajaan malaysia menyambut hari kemerdekaan pada 31 0gos pada tiap-tiap tahun. Cara yang tidak mengikut apa yg Tuhan perintahkan,pemikiran yang membelakangkan Tuhan.
Akibat kerakusan politikus,rakyat menjadi mangsa. Ditindas..Dicelarukan minda dan fikiran mereka. Anak-anak kecil yang baru memulakan persekolahan selepas cuti panjang Aidilfitri terpaksa meninggalkan buku dan kamus mereka pulang ke kampung meyelamatkan diri. Pemilik hotel dan kedai-kedai terpaksa menutup premis mereka.Buat masa ini terpaksa hidup tanpa letrik. Mungkin seminggu. Mungkin 2 minggu. Kecelaruan rakyat umpama kegembiraan mereka. Teruskan doa buat Yaman kerana Nabi kita pernah berdoa untuk Yaman. Dan jangan lupa berdoa agar Pelajar-pelajar Malaysia disini dapat menyambung pelajaran seperti sediakala..
Solahuddin Al-Idrus
Sana’a, Yaman
23 Sept 2014

Friday, 19 September 2014

Kedutaan Malaysia diYaman dilanda " Sejuk "

Keadaan Makin berlarutan sehingga berpulu-puluh kereta kebal memasuki sekitar jam 2am semalam..Askar syiah Hiuthi makin rancak berbalas tembakan dgn tentera parti Islah..Dentuman demi dentuman..Salakan demi salakan..Silih berganti..Akses yg kurang terbantut untuk update..Maaf.. حسبنا الله ونعم الوكيل

Yaman kini dilanda krisis politik diantara Syiah Houthi dengan Parti Islah ( Parti Islam di Yaman ) ..Syiah Houthi telah menyerang street 30 dan sebenarnya sasaran  mereka adalah Universiti Iman..Untuk pengetahuan,Universiti Iman terletakdi Street 30..Kebanyakan penempatan Pelajar Malaysia adalah di Sekitar Street 30..Kni tentera Houthi telah memasuki kawasan rumah pelajar Malaysia.

Alhamdulillah pihak Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman (PERMAYA) telah berusaha memindahkan pelajar ke penempatan sementara yang sedikit selamat..


Tetapi kini,selepas azan maghrib waktu tempatan,Syiah Houthi telah mula bergerak ke kawasan penempatan sementara kami..Aku sangat kecewa dengan tindakan " sejuk " pihak kedutaan Malaysia seumpama sejuknya musim diyaman sekarang.

400 Pelajar Malaysia yang terkandas cuba bergerak ke kedutaan Malaysia dan berselindung dihadapan pintu kedutaan Malaysia tetapi malangnya pintu dikunci dan tidak dibuka..

Setelah hampir 2 jam dan setelah dibuat perundingan akhirnya mereka seakan terpaksa menumpangkan kami..Aku berharap agar kedutaan Malaysia dan memainkan peranan sebagai " Orang Tua " disini..

Pemberontak Syiah Mara Ke Ibu Negara Yaman

Pemberontak Syiah ‘Houthi’ telah mara bergerak ke ibu negara Yaman, Sanaa, selepas bertempur dengan tentera kerajaan di pinggir barat laut bandar itu.
Sebelumnya, pada minggu lalu, mereka mencetusakn kekacauan apabila menyekat jalan ke lapangan terbang utama dan mengadakan protes ‘duduk dan bantah’ menentang kerajaan, di beberapa kementerian.
Aktivis Kumpulan Media Independen (KAMI) melaporkan dari Sanaa, para pelajar termasuk dari Malaysia terpaksa bersembunyi kerana Syiah houthi sudah menyerang kawasan Jalan 30 iaitu kawasan berdekatan dengan Universiti al-Iman.
“Para pelajar mula berpindah ke kawasan yang lebih selamat dan menjalani kehidupan dalam keadaan bergelap selama dua hari kerana dua hari sebelumnya janakuasa elektrik telah diletupkan oleh pengganas Houthi,”ujar Solahuddin al-Idrusi, dalam mesej yang dihantarnya kepada pihak kami.
Sejak tengahari semalam, Rabu 17 September, beliau berkata, kedengaran bunyi tembakan senapang tidak henti-henti dan pihak tentera kerajaan mula membangunkan kubu.
Katanya, sekatan diadakan di Jalan 30 bagi menghalang kemaraan Syiah Houthi.
Al-Jazeera melaporkan, beratus-ratus pemberontak Houthi kini telah berada di ibu negara, Yaman dengan pihak tentera tetap kelihatan berdiri di luar pertempuran antara pemberontak dan pejuang Sunni pro-kerajaan.
Dalam beberapa hari lepas, Houthi telah mensasarkan bangunan yang dimiliki oleh pihak Sunni Islah, termasuk Universiti Iman, yang telah dikelilingi

Sumber tentera berkata lelaki bersenjata Houthi juga telah menyerang sebuah kem tentera di pintu masuk selatan ibu negara, tetapi tentera menangkis serangan.

Sumber - www.buletinonline.net

Tuesday, 26 August 2014

‘Tanah Air’ Yaman Mengutuk Houthi Dan Menentang Kenaikan Petrol


SHARE THIS
TAGS
Oleh : Solahuddin Al-Idrusi
SANA’A – Ahad lalu, di Yaman adalah hari yang disambut sebagai hari yang digelar ‘24 Ogos Turun kerana Tanah Air’, seluruh rakyat turun ke jalan-jalan raya.
Dikhabarkan angka kehadiran melebihi sejuta orang. Di daerah Sana’a sahaja iaitu ibu negara Yaman, mereka keluar beramai-ramai untuk menolak keganasan dan mengutuk pengepungan dan juga memberi amaran ‘ribut’ oleh syiah bersenjata Houthi.
hari untuk tanah air2Houthis adalah kelompok militan syiah Zaidiyah yang aktif beroperasi di utara Yaman . Kumpulan ini dipanggil demikian sempena nama Badreddin Hussein al-Houthi , bekas komander mereka, yang dilaporkan maut oleh pasukan tentera Yaman pada bulan September 2004.
Antara komander mereka ialah Ali al-Qatwani , Abu Haider , Abbas Aidah dan Yousuf al-Madani (anak laki-laki ipar dari Hussein al-Houthi) juga telah terbunuh oleh pasukan tentera Yaman. Badreddin Hussein al-Houthi dikatakan pemimpin spiritual mereka.
Ada seramai antara 1,000 dan 3,000 pengganas Houthi pada 2005 dan antara 2.000 dan 10.000 pejuang pada 2009 . Penyokong mereka dianggarkan 100,000 orang.
Antara punca kemerosotan ekonomi di Yaman sekarang menurut penduduk tempatan adalah kerana keganasan syiah Houthi yang saban hari melakukan serangan dan menghuru-harakan beberapa daerah di Yaman.
Oleh sebab itu, panggilan keluar ‘Hari Untuk Tanah Air’ disambut bergitu bersemangat kerana mereka marah dengan Syiah Houthi, selain menentang kenaikan harga petrol. Rakyat Yaman yang keluar juga mahukan supaya harga petrol yang semakin meningkat diturunkan.
Pada zahirnya Houthi ingin membuat tuntutan syara’ daripada kerajaan Yaman.Tetapi dari segi dalamanya ia sebenarya bukan tuntutan syara’, ia adalah untuk menepati tuntutan Negara Iran dalam membentuk kerajaan syiah di Yaman dan untuk membentuk Teluk Parsi.
shia-houthi-yemenHouthi memberontak adalah semata-mata kerana memperjuangkan kepentingan rakyat di Sa’dah yang selama ini didiskriminasi oleh pemerintah pusat Yaman tetapi kerajaan Yaman menyatakan mereka mahu melaksanakan dan mahu mengembangkan hukum agama Syiah. Selain bermusuhan dengan pemerintah Yaman, Houthi juga bermusuhan dengan Arab Saudi dan kelompok ekstrimis Internasional AL-Qaeda.
Al-Houthi yang bersenjata bermarkaz di Daerah Sa’dah,Yaman Utara. Kelompok ini sudah berdiri sejak tahun 1994. Namun baru aktif melakukan pemberontakan melawan pemerintah Yaman sejak tahun 2004.
Pada bulan Jun lalu, cubaan mereka untuk menguasai Dataran Tinggi Utara Yaman tidak berjaya dan tentang kuat oleh tentera pemerintah Yaman. Seratus orang Houthi telah terbunuh dalam pertempuran yang disokong pasukan udara tentera Yaman. Manakala dilaporkan 20 orang terkorban dipihak pemerintah Yaman.

Sumber- Buletinonline.net

Sekular Semakin Menular

SEKULAR SEMAKIN MENULAR

Allahuakbar3! Satu wilayah yg kecil dapat mengalahkan negara yang menguasai dunia iaitu Gaza'.Ganjaran itu datang daripada yang Maha Esa..Telah terbukti kemenangan bukan hanya pada majoriti undi@kesepakatan dan tahaluf siyasi sahaja..Ape guna kesepakatan itu jika melemahkan Islam? Saya sebagai ahli mencadangkan kpd para perwakilan untuk muktamar akan datang supaya mengamati semula tahaluf siyasi atau keluar dari pakatan kalau persepakatan itu memudaratkan perjuangan Islam.Ayuh bingkaslah Wahai ahli2 bersama kita melenyapkan pembelot2 yg ada dalam jemaah,sepertimana Hamas di Gaza' membersihkan pembelot2 untuk kekuatan dan kemenangan Islam itu..

Solahuddin Al-Idrus
26 Ogos 2014
Sana'a,Yaman

Monday, 25 August 2014

Mengutuk keganasan Houthi di Yaman


Semalam di Yaman..Hari yang digelar sebagai “ 24 Ogos Turun kerana Tanah Air “ .
Dikhabarkan angka kehadiran melebihi  juta orang di daerah sana’a sahaja iaitu ibu Negara Yaman..Mereka keluar adalah untuk menolak keganasan dan mengutuk pengepungan dan juga memberi amaran ribut oleh syiah bersenjata Houthi..

Antara punca kemerosotan ekonomi di Yaman sekarang adalah kerana keganasan syiah Houthi yang saban hari menyerang beberapa daerah di Yaman..Rakyat yang keluar juga mahukan supaya harga petrol yang semakin meningkat diturunkan.

Pada zahirnya Houthi ingin membuat tuntutan syara’ daripada kerajaan Yaman.Tetapi dari segi dalamanya ia sebenarya bukan tuntutan syara’,ia adalah untuk menepati tuntutan Negara Iran dalam membentuk kerajaan syiah di Yaman dan untuk membentuk Teluk Parsi.

Houthi memberontak adalah semata-mata kerana memperjuangkan kepentingan rakyat di Sa’dah yang selama ini didiskriminasi oleh pemerintah pusat Yaman tetapi kerajaan Yaman menyatakan mereka mahu melaksanakan  dan mahu mengembangkan hukum agama Syiah..Selain bermusuhan dengan pemerintah Yaman,Houthi juga bermusuhan dengan Arab Saudi dan kelompok ekstrimis Internasional AL-Qaeda..

Al-Huthi adalah kelompok bersenjata yang bermarkaz di Daerah Sa’dah,Yaman Utara.Kelompok ini sudah berdiri  sejak tahun 1994.Namun baru aktif melakukan pemberontakan melawan pemerintah Yaman sejak  tahun 2004.

Houthi adalah sempena nama pemimpinnya yang tewas  pada tahun 2004 iaitu Hussein Badreddin AL-Houthi..Selain Houthi kumpulan ini juga dikenali dengan nama “ Syabab Al-Mukminin”. Sehingga tahun 2014,Houthi dikatakan memiliki seramai 200 ribu orang anggota...



Sana'a,Yemen
25 Ogos 2014




Thursday, 21 August 2014

Selamat berangkat




Semalam aku tanpe kalian..Terngiang-ngiang suare..Terbayang bayang sosok tubuh..Sungguh lena bersama kalian..Terselit pengajaran seribu makna yg begitu mendalam..
Tempoh 2 bln pantas berganjak..Moge peroleh ape yg dicari..Selamat pulang dan Selamat bertanding dlm Pilihanraya Kampus akan dtg..Moge bertanggungjwb dengan jawatan yg bakal disandang...

Wednesday, 20 August 2014

Syawal dan Walimatul Urus di Yaman


Syawal di sini dipenuhi dengan majlis ‘walimatul urus’. Bagai pesta ia disambut. Maka menangislah syaitan berdukacita kerana tertutup satu peluang menggoda anak adam supaya terjebak dengan maksiat. Sudah menjadi tradisi masyarakat sini, pengantin disambut dengan senjata. Berdentuman bunyi tembakan rifel Ak-47 dilangit, memecahkan kesunyian alam dan diiringi dengan tarian “برع” silih berganti
IMG-20140819-WA0088Tarian “برع” bersama “Jambiyah” merupakan satu kemestian. Jambiyah adalah senjata turun-temurun yang wajib bagi mereka untuk memakai, diselitkan dipinggang, biasanya. JambÄ«yah adalah istilah Arab bagi pisau, tetapi biasanya digunakan bagi menggambarkan sejenis pisau khusus dengan mata bilah pendek dan melengkung yang dikenakan bersama pakaian tradisi. Senjata ini berasal dari Timur Tengah dan diterima masuk dalam budaya Melayu sebagai hiasan peribadi.
Sungguhpun istilah jambiyah turut digunakan di negara-negara Arab lain, ia paling dikaitkan dengan penduduk Yaman. Seorang lelaki yang berusia melebihi 14 tahun akan sentiasa membawa senjata pertahanan diri itu sebagai hiasan kepada pakaian mereka..
Perkahwinan adalah sesuatu yang mahal di negara Arab itu kerana lelaki perlu membayar kepada keluarga wanita yang ingin dikahwini mereka.
Hantaran yang akan dibayar bersama oleh pengantin lelaki dan bapanya selalunya bernilai AS$5,000 (RM15,000) dan keluarga pengantin lelaki juga perlu menanggung semua kos berkaitan perkahwinan.
Pengantin lelaki perlu menanggung semua bayaran termasuk sewa khemah besar yang dilengkapi dengan kerusi atau kusyen, sewa kumpulan nyanyian tempatan, memenuhi lorong-lorong berdekatan dengan lampu serta memainkan muzik selama tiga hari.
IMG-20140818-WA0060Kebanyakan pengantin lelaki juga perlu membayar kos mengadakan makan tengahari, yang selalunya melibatkan hidangan kambing atau kibas dan menyediakan daun ‘qat’ kepada tetamu, iaitu daun yang kebiasaannya dikunyah pada majlis perkahwinan di Yaman.
Terasa janggal bila kali pertama berada dalam adat resam mereka kerana sesungguhnya ia amat berlainan dengan adat dan amalan di negara Malaysia, seolah-olah seperti berada dizaman purba, sangat unik dan klasik.
Berkahwinlah atas dasar pemahaman agama dimana dengan pertimbangan untuk lebih menjaga hati dan menjauhi zina seterusnya bagi merasakan nikmatnya keluarga sakinah, mawaddah dan rohmah.
Selamat menempuh alam baru bagi semua yang baru melangsungkan perkahwinan, samada di negara Malaysia atau pun di sini di Yaman. Semoga dapat menjalani kehidupan berkeluarga dengan penuh kasih sayang, sabar dan saling hormat menghormati.

Monday, 11 August 2014

Coretan Penyesalan



 Masih ku ingt tika bertugas dgn cikgu..mase tu aku penat..tp bile melihat kesungguhan cikgu,lantas aku persetankan keletihan aku..Hujan turun merestui kerja buat kami..aku tertunggu..Adekah masih ade ruangan orbit untuk aku memasukkan diriku kedlm kerja buat mereka..sungguh aku rindu sentuhan senda cikgu dan taulan..maafkan aku cikgu dan slamat hari guru!

Tapi pade satu ketika aku terlepas kate..aku begitu ghairah menaip membalas provote cikgu..soheh ape yg org tua kate tlepas kate xblh undur..kini..cikgu seakan snyap padeku..aku gelisoh..resah menanti balasan wssup ckgu..ingin skali aku pejam mate merehat minda,tp dok berdaya..byangan mukenye seringkali melintas fikiranku..aku terganggu dgn itu..

Kini aku hanye megharapkan balasan dr cikgu..balasan wassup..cikgu adelah mimpi yg pernoh buat aku rasa ada..untuk tunggu jam 6 ptg terasa sgt pnjg..dgn izin dipendekkan sedikit mase itu agar kecamokan ini hilang..terasa bagai kepala dikaki dan kaki dikapale...sungguh! Itu hanye gurauan..gurauan perantau yg rindukan sahabat2..mungkin itu kasar..tp realitinya aku tlepas pandang...atau mgkin sgaja xsudi pandang..sedih gembira itu akan lahirkan air mata..air mate penyesalan..

Terkadang aku perhatikan jelingan mata cikgu...ayuan wajahnye membisik hatiku untuk terus memetik kamera..lalu cikgu tersenyum..snyum padaku..dan ketika itu juge aku terus menerus terpaku..itu saat yg aku rindu dan ternanti nanti bagai anjing tersepit..
Maafkan aku cikgu!

Wednesday, 6 August 2014

Jihad dan media


Sokongan dari aktivis media Malaysia juge pentaksub kamera yg setia bersama Tuan Guru Presiden merakam amanat2 beliau...Moge terus istiqomah bergelombang dalam panggung penyiaran..Sentiasa dibalik tabir menyebar kebenaran...Semangat yg tidak ade pade diri aku..Moge kamu dimuliakan Tuhan...

Monday, 28 July 2014

Salam Lebaran....



Sebulan berpuasa di bumi Yaman,bumi yang diliputi tanah berdebu..Suasana Ramadhan tidak seperti diMalaysia..Disini bernyawanya Ramadhan..Rakyatnya yang begitu mesra dan menjaga agama..Tidak loket untuk menderma dan berbuat kebajikan..Disini bebas dari perawan yg tidak berpakaian..Mata cukup terpelihara..Pada malam 10 akhirnya,masjid-masjid begitu meriah umpama solat jumaat diMalaysia..

Teringat aku akan Ramadhan tahun lepas bersama dengan sahabat-sahabat media pejuang kebenaran sewaktu Pilihanraya Kecil di kawasan Besut,Terengganu.. Malamnya mereka tidak tidur merangka dan merancang untuk memenangkan Parti Islam..Siangnya pula mereka bekerja dengan perancangan yang disusun pada malamnya..Mereka tinggalkan keluarga dikampung untuk bersama dengan perjuangan...Ada diantara mereka yang sanggup cuti kerja dan ada juga yang ulang-alik dari kampung ke Besut semata-mata untuk membantu gerak kerja memenangkan Islam..Moga dagangan kalian dinilai disisi Allah Taala..Beraya kita pastikan terkuburnya penzalim kuasa..

Saat terdengar takbir raya disini,hati rasa bagai jantung dikaki...Teringat bagaimana saat mengucup tangan bonda..Memeluk jasad ayahnda..Berjabat tangan bersama adik beradik...Sungguh! Saat ini aku rindukan mereka..Rindu mendengar amanat dan kata2 dari mereka..Mereka adalah kenangan yang membuat aku merasa pernah ada.

Maaf kerana coretan ini tak dapat memenuhi permintaan sahabat-sahabat untuk memahat kisah dan  budaya arab Yaman menyambut lebaran kerana aku diuji Tuhan pada malam raya... DihantarNya aku ke alam lain dan dikejutkan semula aku pada malam raya kedua..Tidak perlulah aku luahkan disini pengalaman yang aku lalui pada malam itu,cukup sekadar jiwa ini peduli dengan peringatan demi peringatan oleh Sang pencipta..


Jazakallah buat teman2 yg sentiasa menemani aku disisi..Bertahan mata menjaga aku..Syukur dikurniakan teman yang hirau tentang aku..Syukur juga kerana dihantar teman-teman arab yang berhati mulia,yang sentiasa mengambil berat tentang aku..Moga kalian dimuliakan Allah..

Dikesempatan yang ada,ingin sekali aku memohon ampun dan maaf segala salah dan dosa kepada semua aktivis2,pejuang2 kebenaran dan kepada semua umat Islam khususnya keluarga dan sahabat2 di Malaysia..Maaf atas kata-kata atau tulisan yang merobek jiwa,menikam hati dan menghiris rasa...Selamat bersujud diatas zat yang mulia.. 
Taqobbalallahu Minna Wa Minkum..
Salam Lebaran..Minal 'Aidin Wal Faaizin..
(Gambar diambil pada 28 Ramadhan di Masjid Presiden Yemen)

Sana'a,Yaman
2 Syawal

Wednesday, 23 July 2014

Mengiringi As-Syahid


Dihantar tuhan untuk bersama dengan ratusan ribu rakyat Yemen yang keluar mengiringi jenazah As-Syahid Hamid Al-Kusyaibi yg mati ditembak syiah dgn 70 das tembakan di tubuh...


Moge As-Syahid bergandengan bersama "Huriyyah" di Jannah...

Sejarah hidup dia diakhiri dgn pengakhiran yg mulia..

Dan bagaimana pule dgn pengakhiran kita? Moge ini menjadi saksi penghantaran aku untuk dia..


Sana',Yemen
27 Ramadhan

" BI RUH...BI DAM "