Syawal di sini dipenuhi dengan majlis ‘walimatul urus’. Bagai pesta ia disambut. Maka menangislah syaitan berdukacita kerana tertutup satu peluang menggoda anak adam supaya terjebak dengan maksiat. Sudah menjadi tradisi masyarakat sini, pengantin disambut dengan senjata. Berdentuman bunyi tembakan rifel Ak-47 dilangit, memecahkan kesunyian alam dan diiringi dengan tarian “برع” silih berganti
Tarian “برع” bersama “Jambiyah” merupakan satu kemestian. Jambiyah adalah senjata turun-temurun yang wajib bagi mereka untuk memakai, diselitkan dipinggang, biasanya. Jambīyah adalah istilah Arab bagi pisau, tetapi biasanya digunakan bagi menggambarkan sejenis pisau khusus dengan mata bilah pendek dan melengkung yang dikenakan bersama pakaian tradisi. Senjata ini berasal dari Timur Tengah dan diterima masuk dalam budaya Melayu sebagai hiasan peribadi.
Sungguhpun istilah jambiyah turut digunakan di negara-negara Arab lain, ia paling dikaitkan dengan penduduk Yaman. Seorang lelaki yang berusia melebihi 14 tahun akan sentiasa membawa senjata pertahanan diri itu sebagai hiasan kepada pakaian mereka..
Perkahwinan adalah sesuatu yang mahal di negara Arab itu kerana lelaki perlu membayar kepada keluarga wanita yang ingin dikahwini mereka.
Hantaran yang akan dibayar bersama oleh pengantin lelaki dan bapanya selalunya bernilai AS$5,000 (RM15,000) dan keluarga pengantin lelaki juga perlu menanggung semua kos berkaitan perkahwinan.
Pengantin lelaki perlu menanggung semua bayaran termasuk sewa khemah besar yang dilengkapi dengan kerusi atau kusyen, sewa kumpulan nyanyian tempatan, memenuhi lorong-lorong berdekatan dengan lampu serta memainkan muzik selama tiga hari.
Kebanyakan pengantin lelaki juga perlu membayar kos mengadakan makan tengahari, yang selalunya melibatkan hidangan kambing atau kibas dan menyediakan daun ‘qat’ kepada tetamu, iaitu daun yang kebiasaannya dikunyah pada majlis perkahwinan di Yaman.
Terasa janggal bila kali pertama berada dalam adat resam mereka kerana sesungguhnya ia amat berlainan dengan adat dan amalan di negara Malaysia, seolah-olah seperti berada dizaman purba, sangat unik dan klasik.
Berkahwinlah atas dasar pemahaman agama dimana dengan pertimbangan untuk lebih menjaga hati dan menjauhi zina seterusnya bagi merasakan nikmatnya keluarga sakinah, mawaddah dan rohmah.
Selamat menempuh alam baru bagi semua yang baru melangsungkan perkahwinan, samada di negara Malaysia atau pun di sini di Yaman. Semoga dapat menjalani kehidupan berkeluarga dengan penuh kasih sayang, sabar dan saling hormat menghormati.
No comments:
Post a Comment