Selepas menandatangani perjanjian damai dengan pemberontak syiah houthi, Presiden Yaman masih menyatakan kebimbangan tentang perang saudara yang mungkin akan tercetus.
Abd Rabbuh Mansour Hadi berkata, beliau khuatir pertelagahan antara sunni dan syiah di Negara itu akan membawa bencana yang lebih besar, kerana syiah masih menduduki beberapa premis utama di ibu Negara Yemen, Sana’a.
Namun begitu, maklumat yang baru diterima lebih ditakuti akan berlaku, apabila al-Qaeda diberitakan akan membuat pengeboman, bagi bertindak balas ke atas syiah.
“di mana-mana sahaja tempat yang orang ramai ada…………disebalik al-Qaeda adelah ISIS, Houthi tawan Sana’a sebab kerajaan sekarang tidak mengambil tindakan langsung (menghalang kemaraan Houthi),”ujar wakil Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Syed Solahuddin al-Idrus.
Seolah-olah ada satu pakatan antara Iran yang mendokong Houthi dan Amerika serta Saudi, antara kuasa-kuasa luar yang dilihat sebagai pemain dibelakang tabir.
Dan ‘tangan-tangan ghaib’ itu, kata beliau sedang bersatu, bahkan mungkin yang akan menjadi mangsa adalah Parti Islah, kerana kecenderungan mereka menyokong Ikhwan al-Muslimin yang kini sedang menghadapi pengharaman dan sekatan di seluruh dunia Arab.
Sitauasi yang tidak menentu itu telah memaksa, para pelajar Malaysia serta para pekerja asing berhati-hati, bahkan mengambil tindakan mencari tempat perlindungan, walaupun sudah kembali ke kediaman masing-masing, sejak pemerintah Yemen menandatangani perjanjian dengan pemberontak Houti tiga hari lalu.
“para pelajar alhamduliLlah, pihak keduataan menyediakan sebuah premis untuk berlindung dan mereka telah pun berpindah sejak semalam, dan dalam keadaan selamat,”kata beliau yang menghantar teks melalui aplikasi pesanan ringkas. [Gambar Kiri]
Sehubungan itu, khabar angina yang disebarkan semalam, tidak menjadi kenyataan apabila para jamaah yang menunaikan solat Jumaat hari ini 26 September, melaksanakan tanggungjawab tersebut tanpa sebarang gangguan.
Semalam, riuh dikatakan, pihak houthi akan meletupkan mana-mana masjid yang terus mendirikan solat Jumaat, menjadi kegusaran penduduk sekitar Sana’a.
“Walau bagaimana pun jemaah masjid tidak ramai seperti Jumaat yang lepas……Kebiasaannya masjid penuh hingga ke luar……..
“Saat masuk masjid kelihatan ‘gelonggong’ dengan tempat-tempat kosong tidak seperti Jumaat berjalan seperti biasa……khatib banyak menekankan bab kematian dan bab afdhal solat berjemaah di masjid,”lapor beliau yang kini terpaksa menangguhkan pengajian kerana pusat pengajian tinggi masih ditutup.
Syiah Houthi telah menawan Universiti Iman dan mengawal laluan keluar masuk dari orang ramai. [Gambar kanan bawah]
Manakala tentera Yaman tidak membuat sebarang tindakbalas, menyebabkan majority orang ramai mencari perlindungan masing-masing, sehingga tempoh yang diketahui.
No comments:
Post a Comment