Sana’a sekarang bukanlah sebagaimana Sana’a, yang dulu yang wujudnya beratus-ratus anak Malaysia. Sekarang bilangan anak Malaysia cuma boleh dihitung dengan anak jari. Kezaliman dari natijah peperangan bukanlah hanya menimpa manusia semata-mata tetapi turut menjejaskan perkembangan Ilmu..
Bukan gampang untuk menyesuaikan diri di tengah-tengah umat asing dan lebih membimbangkan bila mereka menyangka bahawa kita sebagai orang asing yang ada banyak duit sehingga menjadi santapan penjenayah. Manusia kadang-kadang sanggup membunuh bila lapar, tetapi bukan disini, In sha Allah..
Seolah-olah seperti orang asing yang meraba-raba didalam komuniti yang lain, semua urusan perlu aku kerjakan sendiri tanpa dibantu oleh orang-orang lama disini sebagaimana sebelum-sebelum ini. Tiada lagi petunjuk dari mereka. Kebetulan selepas peperangan, aku berpindah ke kawasan baru.
Justeru, segala urusan aku sendiri yang uruskan, agak gawat bila berurusan dengan bangsa lain..Dijadikan kita seperti bola. ditendang sini, ditendang sana..
Berdikari adalah kemestian. Samada bangkit lalu teruskan langkah atau menjadi lemah lalu pulang untuk mengemas barang-barang. Kelangsungan hidup mesti diteruskan kerana ini adalah keputusan yang telah dibuat. Perjalanan sebegini boleh dikatakan sebagai satu tarbiyyah yang mana kita diberi peluang untuk melaluinya.
Ramai orang yang berjalan dan sebenarnya ramai juga orang yang patah pinggang dan rebah ditengah jalan kerana nafsu syaitan, dunia dan makhluk menjadi penghalang!
Keadaan Yaman yang kurang stabil disebabkan berlakunya peperangan baru-baru ini diantara tentera kerajaan dan tentera Syiah Houthi menyebabkan pelajar-pelajar disini dihantar pulang ke Malaysia.
Oleh kerana beberapa tempat pengajian masih tutup dan anak-anak Malaysia yang masih berbaki disini hanya sekitar 40 orang sahaja. Hampir 400 orang yang lain kini di Malaysia, namun In sha Allah mereka berjanji akan kembali setelah keadaan kembali pulih.
Barangkali ini adalah Sunnatullah. Perjuangan Islam yang digerakkan oleh Muhammad Ibni Abdillah SAW adalah satu perjuangan yang terlalu jauh perjalanannya dan terlalu sukar cabaran yang terpaksa dihadapi.
Kepada siapa lagi kita mahu minta bantuan dan pertolongan selain daripada Tuhan pencipta sekalian alam? Moga kita diberi kekuatan.
Aku ingin terus mengembara selagi mampu. Mengutip bekalan selagi ada upaya membawanya. Merentasi liku-liku yang beronak duri. Biarlah apa sekalipun tafsiran orang terhadap kita, sesungguhnya tiada makhluk yang dapat memastikan episod-episod dalam perjalanan hidup mereka kerana, aku hidup dengan matlamat andai esok aku mati, menemui Tuhanku!
No comments:
Post a Comment