Setelah hampir seminggu menjadi “pelarian” akhirnya berkesudahan dengan kekecewaan. Kekecewaan dengan berita mengatakan Universiti Iman ditawan Militan Syiah Houthi. Satu-satunya universiti bernama “iman” didunia.
Pulang kerumah bersama teman,Abdul Fatah.Sepanjang perjalanan pulang dari kediaman megah kedutaan Malaysia,dihiasi dengan kesan-kesan tembakan dan bom di bangunan-bangunan. Dipenuhi dengan batu dijalan-jalan utama menuju ke Universiti Iman iaitu di kawasan zon perang. Tempat itu tidak lagi sunyi seperti 2, 3 hari yang lepas kerana dibanjiri dengan penduduknya dan juga para media.
Sesekali aku perhatikan juga jasad yang bergelimpangan..Terasa bagai aku berada di pentas perfileman yang mengisahkan tentang perang saudara! Khayalan aku tersedar apabila melihat kedai runcit berhampiran rumah aku berlubang besar. Mungkin terkena tempias bom. Oh! Rumah aku.Terus berlari menuju ke rumah. Dari jauh aku nampak tingkap rumah pecah. Pintu dipenuhi dengan lubang-lubang kecil kesan daripada tembakan senjata ak-47. Bilik aku dipenuhi dengan kaca yang pecah.
Jam 8 malam selepas usai solat isyak di rumah,tiba-tiba aku dikejutkan dengan letupan demi letupan dan tembakan demi tembakan.Tanpa henti terus berbunyi bagai bayi sedang menangis kelaparan menunggu susu. Kiri dan kanan bagai menyambung rentak lagu..Bermain di fikiran, adakah perang kembali tercetus. Adakah aku bakal terkepung disini lagi? Smpai bilakah aku dapat bertahan disini?
Pelbagai soalan laju bermain seperti lajunya peluru-peluru keluar dari kelongsongnya.
Perasaan makin cemas apabila melihat segerombolan syiah houti bersama trak,kereta kebal dan senjata2 mereka..Rentak tembakan semakin rancak memecah kesunyian dilangit dan disambar dengan tembakan bunga api. Ya! Tembakan bunga api. Terasa bagai ada sesuatu yang berlaku. Kalau berperang kenapa ada tembakan bunga api? Sekali lagi pelbagai persoalan terus menganggu benak aku.
Persoalan aku terjawab apabila datang seorang Arab yang juga merupakan jiran sebelah rumah dengan mengatakan Syiah houthi sedang merayakan kemenangan mereka menawan Kota Sana’a. Perasaan cemas aku yang mengatakan itu adalah perang terus hilang..Bersyukur kerana tiada lagi perang ketika ini dan sedih kerana Parti Islam ditindas. Segala “Ghanimah” digondol Militan Houthi. Dan aku yakin akan ada sesuatu yg berlaku dalam masa sebulan dua lagi..Tidak semudah itu ianya berakhir..
Tak kan semudah itu University Iman jatuh ke tangan musuh? Kemana Semua syeikh2 iman? Adakah mereka terselamat? Adakah ini taktik mereka untuk mengelirukan musuh? Tak sempat aku nak jawab semua persoalan yang sendiri aku ciptakan. Aku hanya berserah kepada Tuhan. Moga Yaman dan ahli-ahlinya berserta para ulama’ dilindungi Sang pencipta.
Houthi menyambut kemenangan bagai pesta seumpama menyambut hari kemerdekaan mereka..Suasana menjadi meriah apabila seluruh Kota Sana’a diterangi dengan tembakan bunga api dan diselangi dengan tembakan ak-47 bersama dengan laungan “Almautu li Amerika, Almautu li Israel, allaknatu ala alyahud, alnasr ala Islam”. Hanya kata-kata tapi tidak pada tindakan.Mereka tumpah darah sesama islam. Mencipta sejarah dengan darah sesama Islam. Hampir satu jam juga aku layan rentak tembakan mereka. Kekadang terbayang bagaimana membazirnya kerajaan malaysia menyambut hari kemerdekaan pada 31 0gos pada tiap-tiap tahun. Cara yang tidak mengikut apa yg Tuhan perintahkan,pemikiran yang membelakangkan Tuhan.
Akibat kerakusan politikus,rakyat menjadi mangsa. Ditindas..Dicelarukan minda dan fikiran mereka. Anak-anak kecil yang baru memulakan persekolahan selepas cuti panjang Aidilfitri terpaksa meninggalkan buku dan kamus mereka pulang ke kampung meyelamatkan diri. Pemilik hotel dan kedai-kedai terpaksa menutup premis mereka.Buat masa ini terpaksa hidup tanpa letrik. Mungkin seminggu. Mungkin 2 minggu. Kecelaruan rakyat umpama kegembiraan mereka. Teruskan doa buat Yaman kerana Nabi kita pernah berdoa untuk Yaman. Dan jangan lupa berdoa agar Pelajar-pelajar Malaysia disini dapat menyambung pelajaran seperti sediakala..
Solahuddin Al-Idrus
Sana’a, Yaman
23 Sept 2014
Sana’a, Yaman
23 Sept 2014
No comments:
Post a Comment