Semalam di Yaman..Hari yang digelar sebagai “ 24 Ogos Turun
kerana Tanah Air “ .
Dikhabarkan angka kehadiran melebihi juta orang di daerah sana’a sahaja iaitu ibu Negara Yaman..Mereka keluar adalah untuk menolak keganasan dan mengutuk
pengepungan dan juga memberi amaran ribut oleh syiah bersenjata Houthi..
Antara punca kemerosotan ekonomi di Yaman sekarang adalah
kerana keganasan syiah Houthi yang saban hari menyerang beberapa daerah di
Yaman..Rakyat yang keluar juga mahukan supaya harga petrol yang semakin
meningkat diturunkan.
Pada zahirnya Houthi ingin membuat tuntutan syara’ daripada
kerajaan Yaman.Tetapi dari segi dalamanya ia sebenarya bukan tuntutan syara’,ia
adalah untuk menepati tuntutan Negara Iran dalam membentuk kerajaan syiah di
Yaman dan untuk membentuk Teluk Parsi.
Houthi memberontak adalah semata-mata kerana memperjuangkan
kepentingan rakyat di Sa’dah yang selama ini didiskriminasi oleh pemerintah
pusat Yaman tetapi kerajaan Yaman menyatakan mereka mahu melaksanakan dan mahu mengembangkan hukum agama
Syiah..Selain bermusuhan dengan pemerintah Yaman,Houthi juga bermusuhan dengan
Arab Saudi dan kelompok ekstrimis Internasional AL-Qaeda..
Al-Huthi adalah kelompok bersenjata yang bermarkaz di Daerah
Sa’dah,Yaman Utara.Kelompok ini sudah berdiri
sejak tahun 1994.Namun baru aktif melakukan pemberontakan melawan
pemerintah Yaman sejak tahun 2004.
Houthi adalah sempena nama pemimpinnya yang tewas pada tahun 2004 iaitu Hussein Badreddin
AL-Houthi..Selain Houthi kumpulan ini juga dikenali dengan nama “ Syabab
Al-Mukminin”. Sehingga tahun 2014,Houthi dikatakan memiliki seramai 200 ribu
orang anggota...
Sana'a,Yemen
25 Ogos 2014
No comments:
Post a Comment