Pages

Wednesday, 5 November 2014

Kelas Bermula ‘Memadrasahkan’ Manusia

Solahuddin al-Idrus, Sana’a, Yaman
Bermulanya Muharam, maka bermulalah kelas pembelajaran untuk kami, para ‘penuntut ilmu’ Malaysia di negara Yaman, yang kini masih bergolak.
Dalam menelusuri ‘rantaian’ hari yang datang dan pergi, kita sebagai makhluk disuruh mengabdikan diri kepada Ilahi. Makhluk tetap abadi sebagai Makhluk. Ia tidak memiliki, malah dimiliki. Ada kala dosa menyelubungi, dan terkadang pahala dikejari.
Tawakal..Ya! Siapa yang bertawakal kepada Allah,maka cukuplah Allah sebagai pengatur urusan mereka dan tiada lagi pergantungan kepada makhluk. Kita mungkin mempunyai pelbagai bayangan,itu ini begitu dan begini. Namun kuasa Allah merentasi segala igauan makhluk. Hanya pada tangan Allah kekuasaan mutlak bagi perjalanan dialam ini.
Putaran kehidupan telah kembali kepada permulaan. Kitab yang sekian lama ditinggalkan kembali dicari. Ramai yang bertanya, “Macam mana dengan kehidupan disana? Masih adakah lagi tempat untuk belajar? Jamiah dah buka? Masih selamat ke belajar kat sana?
Ketahuilah bahawa segala rahsia perjalanan alam atau hikmah kehidupan hanya Allah yang maha tahu.
IMG-20141105-WA0080Jika Allah berikan Kebahagiaan dan ketenangan tiada siapa yang dapat merampasnya sekalipun jasad dilukai dan dipenjarakan. Perjalanan berjalan seperti biasa tinggal lah kita untuk memilihnya.
Di tanah berdebu inilah kami berkongsi rasa. Berkongsi pengalaman dan cerita. Berkongsi ilmu………Bersoal jawab……..Berhujah. Bersetuju dan berbeza pendapat. Ada yang salafi, syiah, sufi, sekular, dan sebagainya.
Disinilah segalanya kami menuruti adab-adab berilmu. Kitab-Kitab Islam terdahulu telah mencatatkan kembara para ilmuan dan setiap para ilmuan pasti ada catatan mengenai kembara mereka.
Wahai teman……….Wahai sahabat…………Tidak kira tempat dan tidak diukur dimana kita berpijak, teruskanlah kalian kedalam madrasah memanusiakan manusia.
Usahlah terjerumus kedalam pejuang yang dicucuk hidung mereka. Jadilah kalian pejuang mahupun pendakwah yang lantang memperjuangkan kebenaran. Usah takut dan gentar dengan ugutan dan halangan…….

No comments:

" BI RUH...BI DAM "