Pages

Monday 29 September 2014

Kedutaan AS Di Sanaa Diserang Peluru Berpandu

Sekumpulan militan yang bergabung dengan Al-Qaeda pada hari Sabtu mendakwa bertanggungjawab bagi serangan roket ke atas ibu pejabat kedutaan AS di utara Sanaa.
Pergerakan Ansar Al-Syariah berkata serangan itu telah menyebabkan kecederaan di kalangan anggota tentera dikerahkan untuk menjaga ibu pejabat kedutaan.
Ia berkata dalam satu kenyataan di Twitter bahawa serangan juga telah merosakkan kenderaan perisai.
Ansar Al-Syariah berkata ia melancarkan serangan ke atas kedutaan Amerika Syarikat sebagai membalas dendam kerana serangan ‘drone’ AS kepada beberapa wanita dan kanak-kanak di wilayah Yaman utara Al-Jawf lewat pada hari Jumaat.
Dua suspek Al-Qaeda terbunuh lewat pada hari Jumaat, manakala tiga kanak-kanak cedera oleh serangan ‘drone’ di wilayah Yaman utara.
Serangan itu berlaku selepas hanya satu minggu pemberontak syiah Houthi mengawal ibu negara Yaman dan menandatangani perjanjian perkongsian kuasa politik dengan presiden.
Sanaa jatuh di tangan Houthis selepas hampir tiga minggu protes dan konfrontasi dengan pasukan tentera dan polis Yaman.
Pada hari Ahad, Presiden Yaman Abd Rabbuh Mansour Hadi – berhadapan dengan demonstrasi pro-Houthi yang melumpuhkan ibu negara telah menandatangani perjanjian dengan kepimpinan Houthi yang bertujuan menamatkan kebuntuan politik yang panjang.
Perjanjian itu menyeru untuk pembentukan kerajaan baru dengan persetujuan pelantikan seseorang Perdana Menteri nonpartisan dan pelantikan penasihat Houthi kepada Presiden.
Yaman telah diselubungi kekacauan politik sejak pengusiran Presiden Ali Abdullah Salleh pada tahun 2012.
Rujukan - www.buletinonline.net

No comments:

" BI RUH...BI DAM "