Pages

Friday, 23 October 2015

Warga Ma'rib umpama pejuang Hamas di Gaza

Terasa berdosa dan keIslamanku terusik, serta Keimananku tergugat sekiranya aku berpaling dari membantu mereka. Semua itu menggerakkan keinginanku untuk turut merasakan penderitaan mereka yang berada di wilayah Ma’rib, Yaman.
IMG_4143 (2)Tidak sedikit dikalangan pemuda di Ma’rib yang bertongkat, yang kehilangan kakinya, yang menggelupur kesakitan, mengerang menahan kepedihan kerana tiada penawar dan bekalan ubat-ubatan, bahkan hospital juga diletupkan.
Gambar-gambar yang dirakam dan dipamerkan dalam catatan ini, walaupun tanpa suara tetapi akan terus hidup dan menceritakan tentang ribuan anak-muda Ma’rib yang menggadaikan nyawa dan darah mereka demi Islam.
Roh kesakitan dan derita mereka telah meresap ke dalam rongga dada dan hatiku yang merasa kebanggaan ayah dan bonda mereka, sekiranya kedua mereka bernasib baik, masih bernafas dalam perjuangan ini.
Penderitaan lahiriah penduduk Ma’rib, dizahirkan dengan jeritan suara dari bayi-bayi mereka, disebalik runtuhan masjid yang berselerak dan dibalik batu bata madrasah tempat mereka belajar. Namun semangat Islam ini kian membuak dan aku kira sesiapapun mereka yang masih memiliki nurani, walaupun secuit keimanan, akan turut sama merasai kesedihan atas nasib negeri muslim di Ma’rib.
IMG_4067 (2)Kebanyakan muslim biasa mengira, bahawa mereka merasai cukup dengan melaksanakan rukun Islam dalam kehidupan ini. Sehingga mereka merasa lengkap sekiranya ereka yang telah menunaikan ibadat Haji serta merasa bahawa Islam mereka telah sempurna dan mereka merasa bahawa diri mereka telah menggenggam segulung ‘sijil’ untuk masuk syurga.
Adakah sedemikian mudahkah Syurga?
Mari kita bertanya pada keluarga besar penghuni syurga yang mana Rasulullah bersabda “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, kelak kalian akan masuk syurga,”. Ya………Merekalah adalah keluarga Yasir dan tanyalah kepada ayahanda Yasir, bagaimana perasaan saat melihat putranya diikat di tiang, kemudian kepala dan tubuhnya dibakar.
IMG_4041 (2)Mengapa pula sahabat Bilal bin Rabah harus diseret ditengah padang pasir dengan kaki dan tangannya diikat pada kaki kuda perang ditengah teriknya mentari? Kalau syurga itu mudah dan murah, mengapa mereka harus mengalami tragedi menyanyat hati seperti itu?
Ma’rib adelah benteng terakhir negara Yaman. Walaupun penduduknya paling sikit, tetapi mereka paling paling kuat dikalangan mereka yang kuat. Penduduk di Ma’rib umpama Hamas di Gaza, Palestin, kata mereka dan Ma;rib adalah negeri para syuhada.
Dalam tubuhku kini, terdapat jiwa-jiwa bangsa Maarib. Bangsa yang paling sopan menyambut dan melayani para tetamu dan bangsa yang tak pernah mengenal dendam walau dihimpit dan dizalimi bertahun lamanya.
Disana ada segalanya tentang tarbiyah, tempat mereka bereksperimen, berhasil mengubah lumpur menjadi bom, mengubah batu menjadi peluru!
IMG-20150812-WA0109_resizedSetiap hari dan sepanjang malam, muzik mereka adalah rentetan peluru dan ledakan mortar serta nyanyian mereka adalah nasyid pembangkit semangat jihad mempertahankan agama dan tanah air.
Aku sempat menyaksikan keadaan kelam kabut di hospital medan, rumah sakit sementara yang dibina warga Ma’rib yang kekurangan, eralatan dan ubat-ubatan. Ruanng yang terlalu kecil dihospital itu tidak dapat menampung jumlah mangsa yang tercedara kerana hospital besar Ma’rib sebelumnya, telah diletupkan dalam perang durjana itu.
Walaupun negeri mereka kaya dengan sumber-sumber semulajadi, tetapi hak-hak mereka diketepikan. Segala bantuan yang datang dari luar disekat.
Dalam benteng keteguhan iman, ada tangis yang berpanjangan. Disana ada negeri Islam yang berkubang dengan darah syuhada, mayat-mayat mula dikeluarkan dari timbunan runtuhan bangunan yang dimusnahkan.
Sedarkan jiwa mu teman untuk membela mereka. Bantulah mereka. Tolonglah mereka!

Ma'rib adalah benteng terakhir Yaman

Oleh : Solahuddin al-Idrus
Yaman merupakan salah satu negara yang disebut sebagai termiskin dan paling keras di Timur Tengah. Namun Yaman juga merupakan daerah penting dan strategik untuk peta kawasan. Beberapa kelompok paling berbahaya di dunia juga diduga berada di Yaman.
Yaman menjadi sebuah negara bergolak kerana kepentingan startegik menjadi pintu masuk kepada perjalanan kapal-kapal  menerusi teluk Arab yang bersambung dengan terusan Suez.
Oleh sebab  kepentingan Yaman kepada dunia timur dan barat, negara tersebut sering dipengaruhi oleh kuasa asing seperti Amerika Syarikat, Saudi, Iran dan lain-lain. Walaupun Yaman mengalami kebangkitan dan revolusi pada tahun 2011 tetapi ia tidak membawa kepada keamanan bahkan membawa kepada perang saudara yang terus berlangsung sehingga hari ini..
Semua wilayah dalam Yaman turut terlibat dalam kancah peperangan. Antara wilayah yang mengalami pergolakan yang sengit adalah Amran, Saadah, Sana’a, Taiz, Aden,Lahij dan Ma’rib.
CCC-Marib-520x390Dalam wilayah-wilayah tersebut, pertembungan berlaku di Ma’rib adalah kerana wilayah itu mempunyai sumber-sumber semulajadi yang menjadi sumber ekonomi dinegara Yaman. Selain daripada mempunyai aktiviti petroleum dan gas yang menjanakuasa elektrik yang menerangi malam-malam di Aden dan Sana’a, Ma’rib mempunyai sebatang sungai yang menampung keperluan air seluruh negara hikmah itu.
Sumber eletrik di Yaman datang dari Maarib akan tetapi malangnya negeri yang menjana eletrik itu di anak tirikan. Mereka yang berada di luar Maarib bermewah dengan sumber yang datang dari negeri itu sedangkan penduduk Ma’rib sendiri hanya bergantung pada lilin untuk mengelak daripada bergelap ketika waktu malam.
Walaupun penduduk di Ma’rib paling sikit,tetapi merekalah yang paling kuat dan keras. Musuh tidak mampu untuk menawan penempatan tersebut kerana Orang-orang Ma’rib adalah orang yang berilmu,orang yang kuat berpendirian agama. Perjuangan mereka adalah jihad. Kehidupan mereka adalah jihad dan mati mereka adalah syahid. Mereka yakin ada kehidupan lain selepas mati.
Mereka diserang sejak Eidil Adha tahun lepas tetapi kehidupan mereka belangsung seperti biasa sehingga hari ini walaupun dilaporkan hampir 700 orang yang telah gugur Syahid dikalangan mereka dan kurang lebih seribu orang yang telah kehilangan bapa dan menjadi anak-anak yatim.
Itulah gambaran bagaimana perjuangan para mujahidin di Maarib yang mempertahankan tanah tumpah darah mereka. Wakil mereka yang ditemui menyifatkan Ma’rib bukan hanya wadah kehidupan biasa, namun Ma’rib adalah benteng bagi mereka yang mempertahankan akidah, menyelamatkan mereka dari kuasa-kuasa asing yang cuba menggegar kesepaduan kehidupan dan keharmonian penduduk Maarib yang begitu lama berlangsung..
Benteng Maarib akan mereka pertahankan kerana Maarib bukan sahaja menjadi perisai kepada Hadralmaut bahkan menjadi perisai kepada Yaman,sebuah bumi hikmah dan Iman.

Wednesday, 5 August 2015

Misi Kemanusiaan ke Yaman - Catatan Hari Pertama.



Oleh: Solahuddin Al-Idrus


Lelah...Itulah kondisi yang boleh di ilustrasikan sepanjang perjalanan dari KLIA hingga ke Salalah,Oman dengan melintasi lautan Hindi..Perjalanan kali ini disertai oleh NGO Yemen Care dan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dengan bertugas mengikut profesion masing-masing.

Jam 8.20 malam kami diterbangkan dengan Menggunakan pesawat Etihad Airways, menuju ke Abu Dhabi yang memakan masa kurang lebih 6jam 20 minit..Abu Dhabi merupakan negara yang paling stabil dan maju di kawasan Arab..

Transit seketika di Abu Dhabi sebelum meneruskan penerbangan ke Muscat yang mengambil masa 2 jam..Susah juga melihat kotoran sampah bertaburan disini.Kebanyakan rakyatnya berpakaian tradisi menutup aurat, baik lelaki mahupun perempuan sama ada untuk bersiar-siar atau bertugas.



Rombongan kami tiba di Muscat jam 4.45 pagi..Seusai Solat Subuh,menyambung kembali perjalanan Misi Kemanusiaan ke Salalah..Untuk sampai ke sana,mengambil masa kurang lebih 12 jam dengan menaiki bas menyelusuri kawasan padang pasir kering kontang dan Gunung  berbatu yang bercuaca panas..

Setibanya di bandar ke tiga terbesar itu,suhu yang panas tadi bertukar dingin...Ianya hijau dan nyaman.Tempat  yang bernama Salalah ini amatlah menakjubkan.Tetapi  keadaan seperti ini cuma 3 bulan di dalam setahun. Semasa 3 bulan ini angin monsun dari India yang merentasi Laut Arab membawa hujan renyai lantas menjadikan tanah kontang menjadi hijau dan subur. Kawasan bukit-bukau yang perang dan kering menjadi wadi yang subur menghijau dan dilitupi kabus..

Masyallah, begitulah kekuasaan Allah SWT..Perjalanan ini adelah untuk menyempurnakan sumbangan kalian kepada mereka yang sedang kesempitan akibat peperangan.

Friday, 31 July 2015

Misi Kemanusiaan Yaman

MARANG – Pengerusi Yemeni Care Ustaz Saifullah Hasbu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sumbangan yang telah diberikan.

Tu 
Beliau berkata, Misi Kemanusiaan ke Yaman lewat dua hari daripada 2hb Ogos, sebagaimana dijadualkan kepada 4hb Ogos.
Perubahan tersebut katanya, disebabkan jadual penerbangan dan laluan masuk ke negara tersebut.
“Kita lewat dua hari sebab kena ubah penerbangan, kita akan masuk ke Yaman melalui Oman kerana laoangan terbang utama di Sanaa masih belum dibuka,
“Lapangan terbang Aden yang telah dibuka masih menerima jumlah penerbangan yang terhad,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan, menziarahi Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, di kediamannya dekat masjid Rsuila di sini pada Khamis 30 Ogos.
IMG-20150730-WA0174Sehubungan itu, Saifullah berkata, hasil sumbangan yang telah diberikan semua rakyat Malaysia, akan diserahkan kepada warga Yaman dalam bentuk barangan makanan asasi dan keperluan harian.
“Kita semua maklum, 13 juta iaitu separuh daripada penduduk Yaman amat perlukan makanan selain dari perubatan,
“Jadi kita akan tukarkan sumbangan wang ringgit yang diamanahkan kepada kami kepada makanan untuk diagihkan kepada mereka yang sangat memerlukannya,
“InsyaAllah, 2 orang wakil dari Yemeni Care berserta seorang wartawan dari NGO Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu akan ke sana pada 4 Ogos ini bagi menyampaikan sendiri bantuan yang telah disumbangkan oleh tuan-tuan dan puan-puan sekalian,”jelasnya.
Mengulas tentang kunjungan ziarah bertemu Tuan Guru Abdul Hadi beliau berkata, ia bertujuan mendaptkan pandangan dan saranan tokoh antarabangsa itu.
Saya juga mewakili seluruh ahli jawatankuasa Yemeni Care mengucapkan terima kasih kepada Naib Ketua Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang, kerana sudi menerima kunjungan rasmi dari Yemeni Care,
Kunjungan kami adalah bertujuan ingin meminta pandangan dan saranan daripada Tuan Guru atas misi kemanusiaan yang telah kami lancarkan bermula Ramadhan baru-baru ini,”kata beliau.
Menurut Saiful, Ahli Parlimen Marang itu menyatakan sokongan terhadap kerja-kerja membantu saudara seIslam dibumi ‘hikmah’ itu dan menyarankan saranan supaya mengikuti saluran-saluran yang betul agar bantuan tersebut dapat sampai kepada sasaran yang dikehendaki.

Thursday, 11 June 2015

Gembira mereka,Bahagia Kami

Gembira mereka,bahagia kami
Oleh:Solahuddin Al-Idrus

Peduli Rohingya.
Mendengar kata tersebut,Pikiran langsung menangkap tentang bagaimana keperitan yang mereka hadapi selama 3 bulan di perairan dalam lautan Andaman sebelum diselamatkan oleh nelayan Aceh. Entah ada santapan atau tidak,belum lagi bayangkan kepadatan dikapal itu..Bukan satu kerja yang mudah..Terus terdetik dihati kecil untuk ke sana meyedarkan masyarakat tentang penderitaan umat Hanyut itu...

Tujuan perjalanan kali ini adalah untuk menyantuni buruan Rohingya di negara tetangga,Acheh dan menyampaikan sumbangan yang disalurkan masyarakat Malaysia..
Perjalanan ini disertai oleh ngo KAMI, ILMAM, PAPISMA dan Ameerah dengan petugas mengikut profesion masing-masing. Aku diberi peluang oleh Ngo KAMI untuk membuat liputan disana.

Kira-kira setengah jam perjalanan melintasi udara Malaysia-Indonesia dari KLIA 2 menaiki pesawat Air Asia AK395 dan seterusnya mendarat di Medan. Kami disambut Oleh Pelajar Malaysia yang berada disana. Dari situ menaiki Toyata Kijang dan Toyata Avanza menuju Ke sebuah pondok Usang di bandar Langsa,Aceh yang memakan masa kurang lebih 5 jam dan bermalam disana merehatkan tubuh yang kepenatan...

Pagi itu seusai di briefing dan dibahagikan ikatan kumpulan oleh kepala Rombongan, Aku di posisikan bersama team "pengubat" dan team Ameerah membuat penyuluhan ke Bireun Bayeun,di sebelahan Aceh Timur. Sekitar 500 orang "buruan" disana..

Dipisahkan mereka,antara Bangladesh dan Rohingya bimbang semisalnya mereka bisa keributan sesama mereka. Difahamkan disana adalah penempatan Pelarian yang berisiko maut. Akibat tiga bulan hanyut dilautan, kebanyakan mereka mengalami komplikasi dalaman penyebaran penyakit batuk kering (Tuberculosis)

"Mereka batuk-batuk, masalah usus dan saluran pernafasan. Keperluan lainya seperti makanan utama beras sehingga kini sudah dipenuhi. Sumber air bersih dan infra lain juga sudah disediakan oleh ngo sebahagian besarnya mahasiswa dari Malaysia,”
Jelas bembeng sambil kedua-dua tangannya meraup muka yang berpeluh.



"Riang dan senang"..Itulah reaksi pantulan wajah buruan itu dan menjadi makin ghairah apabila melihat makanan bawaan kami. Ada yang bergolek..Ada yang keteriakan berebut sesama mereka..Bila dapat,belari berkejaran memuaskan nafsu. Huh...Hangat kondisi itu...Sukar dikawal. Mungkin mereka kelaparan atau itu mungkin tabiat dan menjadi Satu benda yang biasa bagi mereka.Kami sekadar penyampai sumbangan kalian,tidak lebih dan tidak kurang...

Ada juga yang bertandang bermanja..Mahu didukung..Mahu dipujuk..Mahu dipeluk dan kepingin dimandikan..Satu penyaksian pendahagaan kasih sayang..Kerenah mereka kami layan.Gembira mereka,bahagia kami.
Kami hanyalah watak yang membuat mereka pernah merasa ada...Semoga dengan sedikit layanan dapat melupakan kecelakaan yang dialami mereka..

Monday, 27 April 2015

Evakuasi Terakhir Pelajar Yaman

Para pelajar Malaysia di Yaman menucapkan terima kasih kepada pihak Wisma Putra dan kedutaan Malaysia di Yaman yang mengatur pemindahan pelajar(evakuasi) dari negara bergolak itu.
Menurut Pemangku Pengarah Eavkuasi Ops Baliqis 3, Mohd Isham Shuhadam, evakuasi terakhir para pelajar Yaman akan berlangsung pada hari ini, Isnin 27 April, 2015.
“evakuasi terakhir ini dijangka akan berlangsung pada hari Isnin 27 April……..ia merupakan evakuasi terakhir (pelajar Yaman) kira-kira 30 orang pelajar akan dipindahkan,
“saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama menjayakan evakuasi ini (khususnya) kepada kerajaan Malaysia, Wisma Putra (Kementerian Luar) dan pihak kedutaan (Malaysia di Yaman) terutamanya Enck Azmi (duta) yang masih berhubung dengan kami,”ujarnya kepada wakil KAMI, Solahuddin al-Idrusi.
Katanya, selepas pemindahan terakhir kira-kira dua minggu lalu, keadaan Yaman telah menjadi lebih terus dan berlaku pengeboman di seluruh Sana’a.
“keadaan di Sana’a (Yaman) membimbangkan dan berterusan, selepas pemindahan pelajar kali terakhir pada tiga minggu lalu,
“kita mendengar pengeboman yang sangat dahsyat meliputi seluruh Sana’a,”jelasnya.
Oleh itu, beliau memohon semua pihak mendoakan keselamatan perjalanan mereka.

Perang Merebak Ke Seluruh Yaman

Pesawat perang daripada Pakatan yang dipimpin Arab Saudi terus menyerang dan membedil beberapa sasaran pemberontak Syiah di beberapa wilayah Yaman, termasuk ibu negara Sanaa,
perang yamanPegawai keselamatan berkata, pertempuran darat juga merebak di seluruh negara, sementara serangan udara pada Ahad bermula selepas tengah malam.
Sasaran serangan pakatan Saudi itu adalah pangkalan tentera dikenal pasti menjadi tempat simpanan senjata di pinggir Sanaa, serta satu kawasan berhampiran istana presiden, di mana senjata telah dipindahkan.
Terdapat sekurang-kurangnya lima serangan udara ke atas kedudukan militan Houthi dekat perkarangan istana presiden pada waktu subuh, manakala kapal-kapal perang asing mengebom kedudukan pemberontak berhampiran pelabuhan perdagangan utama di bandar selatan Aden.
“Letupan itu begitu kuat mereka menggegarkan rumah, sehingga mengejutkan kami dan anak-anak kami. Kehidupan telah menjadi benar-benar tidak menentu di bandar ini,” kata Jamal, seorang penduduk Sanaa memberitahu agensi berita Reuters.
perang yaman2Serangan udara juga disasarkan ke atas pemberontak di Aden manakala pertempuran jalanan antara Houthi dan pasukan yang setia kepada Presiden Abd Rabbu Mansour Hadi berterusan.
Serangan udara disokong militia tempatan dalam pertempuran berhampiran lapangan terbang antarabangsa di bandar Aden itu.
Sementara itu, ketua tentera laut Iran berkata pada Ahad bahawa ia akan meletakkan kapal-kapal perangnya di Teluk Aden untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.
Pendirian Iran itu boleh merangsang kebimbangan AS terhadap Tehran yang disyakki cuba untuk membekalkan senjata canggih kepada Houthi.
Pada hari Ahad juha, pasukan pro Abdullah Saleh Ali bertempur dengan militan kabilah di wilayah Marib pusat, di mana serangan udara pakatan Saudi juga memukul sasaran di situ.
perang yaman1Para pegawai berkata, jet pejuang juga mengebom kedudukan pemberontak syiah Houthi di Shabwa dan wilayah Lahj.
Di wilayah selatan Dalea, pejuang pro Presiden Hadi berkata mereka telah berjuang beberapa jam untuk merampas kembali beberapa daerah luar bandar dari Houthi dengan bantuan serangan udara.
Dilaporkan, pertempuran itu meragut nyawa 25 militan Houthi dan enam pejuang pro kerajaan.
Serangan udara lain melanda benteng Houthi di wilayah Saada sepanjang sempadan utara Yaman dengan Arab Saudi, dan tentera darat Arab Saudi juga membedil bandar Haradh di wilayah Hajja, kata seorang penduduk.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada hari Jumaat bahawa perang itu menyebabkan kematian berdarah orang awam dan membunuh lebih 550 daripada mereka pada bulan yang lalu, termasuk lebih daripada 115 kanak-kanak.

Friday, 24 April 2015

Lebih 115 Kanak-Kanak Terbunuh Sejak Konflik Meningkat Di Yaman

Menurut agensi PBB bagi kebajikan kanak-kanak, sekurang-kurangnya 115 kanak-kanak telah terbunuh dan 172 cedera di Yaman sejak konflik di negara itu bermula bulan lalu.
Jurucakap UNICEF berkata pada hari Jumaat sekurang-kurangnya 64 kanak-kanak yang telah meninggal dunia antara 26 Mac dan 20 April telah terbunuh kerana serangan udara.
1297677568932_ORIGINAL“Kami percaya bahawa ini adalah angka yang konservatif,” kata pegawai PBB Christophe Boulierac.
Manakala 26 kanak-kanak lagi telah terbunuh akibat bom yang tidak meletup dan jerangkap samar, 19 orang akibat tembakan, tiga oleh serangan dan tiga lagi disebabkan kejadian yang tidak disahkan berkaitan dengan konflik,” kata agensi itu.
Arab Saudi dan sekutunya melancarkan serangan udara pada akhir Mac apabila Iran yang menyokong pemberontak Houthi meluaskan serangan ke seluruh negara.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Khamis berkata jumlah kematian keseluruhan di Yaman telah melebihi 1000 orang, dan agensi hak asasi manusia PBB berkata pada hari Jumaat sekurang-kurangnya 551 orang-orang yang mati adalah orang awam.
UNICEF, sementara itu, berkata sejak 26 Mac, sekurang-kurangnya 140 kanak-kanak telah direkrut menjadi tentera oleh kumpulan bersenjata.
Wakil agensi itu di Yaman Julien Harneis berkata awal bulan ini bahawa terdapat bilangan sehingga satu pertiga daripada pejuang di negara ini adalah kanak-kanak.
469575352“Beratus-ratus ribu kanak-kanak di Yaman … terus hidup dalam keadaan yang paling berbahaya, ramai bangun takut di tengah-tengah malam mendengar bunyi pengeboman dan tembakan,” kata Harneis dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Krisis kemanusiaan
Konflik yang meningkat telah mendorong bencana kemanusiaan di negara yang sudah mengalami kekurangan keperluan asas sebelum pertempuran meletus.
Program Makanan Dunia PBB memberi amaran pada hari Jumaat, 12 juta rakyat negara ini tidak tahu dari mana hidangan mereka seterusnya datanng
Peningkatan 13 peratus kekurangan makanan berlaku sejak konflik memuncak pada akhir Mac.
Agensi itu berkata ia menghantar makanan kepada lebih daripada 100,000 orang yang berlindung di sekitar bandar pelabuhan selatan Aden.
“Tetapi kita sedang berjuang untuk menyampaikan bantuan kerana faktor keselamtan yang semakin merosot,” kata satu kenyataan WFP, sambil menambah bahawa kekurangan bahan api yang ‘mengerikan’ juga menghalang pergerakan.
Agensi makanan dunia itu juga berkata, ia berharap untuk menyediakan bantuan makanan kecemasan kepada 2.5 juta orang dari Mei hingga Julai.

Tiada Sebarang Perundingan Kecuali Houthi Menyerah

Pesawat perang tentara pakatan Arab dipimpin Saudi telah melancarkan serangan udara maut di Yemen walaupun pemberontak Houthi menyeru agar serangan dihentikan sebagai syarat untuk rundingan damai yang ditaja oleh PBB.
Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan Saudi memberitahu Al Jazeera pada hari Khamis bahawa 11 serangan udara melanda sasaran Houthi di wilayah Ibb, manakala empat lagi memukul Lahij, dan tiga melanda wilayah timur Marib.
air raid saudiEnam serangan turut melanda bandar ketiga terbesar Taiz dan beberapa pangkalan udara yang dikuasai pemberontak di barat bandar Hudayda.
Sekurang-kurangnya 23 Houthi dilaporkan terbunuh dalam serangan udara di bandar selatan al-Dali apabila serbuan gabungan tentera Arab itu terus mensasarkan kedudukan kumpulan pemberontak, mendobrak sekolah dan bangunan awam yang dikuasai oleh kumpulan syiah tersebut.
Di bandar Aden, di mana berlaku pertempuran sengit antara Houthi dan penduduk tempatan, seorang pegawai tentera pro-kerajaan berkata serangan udara ‘berat’ melanda perhimpunan Houthi.
Sementara itu, medik di bandar Aden memberitahu agensi berita AFP bahawa enam orang, termasuk orang awam, terbunuh dalam pertempuran, manakala beberapa 56 yang lain cedera, termasuk dua ambulans medik milik Houthi.
taizWalaupun keganasan yang berterusan, pihak Houthi menekankan supaya semua pihak menghentikan serangan selengkapnya pada Khamis dan menggesa pihak-pihak yang bertelagah untuk kembali ke meja rundingan.
“Kami menuntut menamatkan pencerobohan terhadap Yaman dan mengangkat sekatan, untuk meneruskan dialog politik ……..di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata jurucakap Houthi, Mohammed Abdulsalam.
Walau bagaimanapun, Menteri Luar Yemen, Riyadh Yassine, menolak seruan itu dan berkata tidak akan ada sebarang perundingan melainkan jika pemberontak Syiah menyerah kalah.
“Tidak akan ada sebarang rundungan pada masa ini selagi Houthi dan militia Ali Abdullah Saleh terus melakuakan jenayah terhadap rakyat Yaman dan sehingga mereka meletakkan senjata mereka dan mengetepikan menyerahkan balik,” kata Yassine.

Tuesday, 21 April 2015

Houthi Lebih Berbahaya – Sheikh al-Zindani

Sheikh Abdul Majid al-Zindani, Ketua Kesatuan Ulama Yaman menyatakan sokongannya kepada operasi ketenteraan terhadap kumpulan Houthi di Yaman yang diketuai oleh Arab Saudi.
Operasi ketenteraan yang dinamakan “’Asifah al Hazam” dan beliau menyeru sokongan menyeluruh dari rakyat Yaman selepas mendapati Puak Houthi mendapat bekalan peralatan serta senjata dan sokongan luar dalam usaha mereka menjayakan rampasan kuasa ini.
Sheikh al-Zindani menegaskan dalam satu kenyataan: “Melihat kepada keupayaan peralatan yang banyak dan senjata yang diperoleh oleh pemimpin pemberontak Houthi, ia menjadi bukti bahawa mereka telah menerima semua ini dengan sokongan dari negara luar.
“Sebagaimana juga apabila dilihat kemusnahan yang berlaku kepada kem-kem tentera yang menggugat keselamatan sehingga membuatkan pihak tentera tidak dapat melindungi diri mereka sendiri dan senjata mereka dari rompakan Puak Houthi .
Abdul Majid al-Zindani“Natijahnya pihak tentera tidak lagi berkeupayaan untuk melindungi rakyatnya. Akibatnya terbukalah ruang untuk berlakunya ketidakadilan dan kezaliman,”
Bahkan Menurut beliau, pemberontak Houthi telah bersepakat untuk melakukan apa yang lebih berbahaya daripada itu, iaitu penyertaan pemimpin Houthi dalam pemberontakan terhadap Presiden yang sah dan sokongan mereka terhadap rampasan kuasa untuk menggulingkan kepimpinan yang Syar’ie.
Sheikh al-Zindani menegaskan lagi bahawa Majlis Kerjasama Teluk dan Liga Arab wajib untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi krisis ini.
Beliau menambah: “Kamu semua wahai penduduk Yaman telah mengetahui akan kewajiban kamu untuk menyokong pihak berkuasa yang sah di negara kamu. Kami menyeru semua warga Yaman untuk mengisytiharkan sokongan mereka kepada kebenaran dan semua ini tidak akan dilupakan oleh generasi Yaman yang akan datang.
“Ini adalah suatu pendirian yang terhormat kepada generasi ibu bapa kita untuk terus berdiri teguh di atas sikap yang benar dan sanggup berkorban kerananya bagi menjamin masa depan yang cerah di seluruh wilayah Yaman terutamanya di Wilayah Aden yang akan menjadi simbol kesucian perjuangan mempertahankan kebenaran,”sebagaimana kenyataan beliau yang diterbitkanportal almoslim.
Versi Arabic
.أعلن الشيخ عبدالمجيد الزندان، رئيس هيئة علماء اليمن، عن تأييده للعمليات العسكرية التي تقودها السعودية ضد جماعة الحوثي في اليمن، والتي اطلق عليها “عاصفة الحزم” داعيا اليمنيين إلى النفير العام بعد ما تبين من سير المعارك حول الإمكانيات والأسلحة والدعم الخارجي الذي استحوذ عليه الإنقلابيون. وقال الشيخ الزنداني في بيان: “تبين من سير المعارك والأحداث؛ ضخامة الإمكانيات، والأسلحة التي استحوذ عليها الإنقلابيون، والدعم المادي الهائل الذي حصلوا عليه من الخارج، كما تبين حجم الخلل الذي أصاب المؤسسة العسكرية، والأمنية، فجعلها غير قادرة على حماية نفسها، وأسلحتها، من نهب الحوثيين، وتدميرهم لها، فضلاً عن عجزها عن القيام بحماية شعبها؛ مما أصابه من ظلم وعدوان، بل لقد وقع ما هو أخطر من ذلك وهو: مشاركة بعض قياداتها في التمرد على رئيسهم الشرعي، ودعمهم للانقلاب، ومناصرته، مما جعل القيادة الشرعية تستنجد بجيرانها في مجلس التعاون الخليجي , وجامعة الدول العربية ، للقيام بما أوجبه الله عليهم من واجبات شرعية في مثل هذا الحال . وأضاف: “علمتم يا أبناء اليمن الحكم الشرعي في وجوب مناصرة السلطة الشرعية في بلادكم، فندعو الجميع للمبادرة إلى إعلان تأييدها، والانتماء إليها، ولن تنس الأجيال اليمنية القادمة، المواقف المشرفة لآبائهم، الذين وقفوا الموقف الصحيح، وقدموا من التضحيات، والجهود، والأوقات، والمعاناة، الكثير، لضمان مستقبل مشرق في جميع محافظات اليمن ومديرياتها سيما في عدن الباسلة التي أصبحت رمزاً مشرفا للدفاع عن الشرعية.” وتابع قائلا: “ولما سبق بيانه من عدوان الانقلابين، وظلمهم، مع حليفهم، وما مارسوه من انتهاكات توجب على اليمنيين قبل غيرهم؛ أن يهبوا لإسقاط هذا الانقلاب، والحفاظ على دولتهم، وبلادهم، فإن عجزوا أو قصروا فإن الواجب الشرعي على الأمة سيمتد ليشمل أقرب المجاورين إليهم من المسلمين.. وهذا يقتضي على اليمنيين حكومةً وشعباً ما يلي: التعاون، والتنسيق، وتوحيد الجهود، والمواقف، مع إخوانهم في دول الخليج، في كل المجالات، والشؤون الداخلية، والخارجية، والقيام بما يجب عليهم في هذا المجال من مهام ومسؤوليات.” وأردف قائلا: “وإعلان الاعتراف بجميل مواقف إخواننا في دول الخليج، والثناء عليها، ونشر ذلك بين أبناء الشعب اليمني، وإظهاره لسائر الشعوب العربية والاسلامية عامة وجميع دول العالم مع الدعاء لهم، فقد أمر الرسول صلى الله عليه وسلم بمكافأة من أسدى معروفاً لأخيه فقال صلى الله عليه وسلم: ’من صنع إليكم معروفاً فكافئوه فإن لم تجدوا ما تكافئوه به فادعوا له حتى تروا أنكم قد كافأتموه.‘”

Wisma Putra Tidak Akan Pindahkan Baki Pelajar Di Yaman?

Kementerian Luar Negara, Wisma Putra tidak akan membawa keluar baki pelajar yang masih tinggal di negara dilanda konflik Yaman, dalam keadaan yang dilihat bertambah buruk sekarang.
IMG-20150420-WA0018Wakil media KAMI Solahuddin al-Idrusi berkata, beliau telah dimaklumkan demikian oleh pihak Persatuan Pelajar Malaysia (Permaya) di Sana’a semalam, Ahad 19 April.
“sekarang ni keadaan Sana’a semakin teruk, saya baru bertemu dengan pihak Permaya (dimaklumkan) pihak Wisma Putera berkata tidak akan ada evakuasi seterusnya…..tidak aka nada,
“sebab peruntukan tidak ada,”ujar beliau yang menghubungi pihak kami, jam 3 pagi waktu tempatan hari ini Isnin 20 April.
Menurutnya masih terdapat seramai 10 orang pelajar di bandar Mukalla, 42 orang di Sana’a dan 150 orang di bandar Hadramaut.
Beliau berkata, keadaan di Hadramaut masih terkawal, namun semakin meruncing di Sana’a dan Mukalla.
“untuk makluman (pihak) universiti telah sebulan tutup (pengajian)…..dan (dijangka) akan berterusan (tidak pasti sehingga bila),
“(bekalan) elektrik seminggu lebih dah sudah tidak ada……..petrol….gas pun sama, barang-barang makanan dan bekalan makanan sekarang ni harga semakin mahal dan kemungkinan stok akan habis,”katanya.
(Gambar atas kanan – asap berkepulan ke udara apabila sebutir bom meledak di kawasan Tahrir kira-kira 4 kilometer dari Jalan 30, jam 4 petang waktu Malaysia di ibu negara Sana’a, Yaman)
IMG-20150420-WA0021Sehubungan itu, beliau berkata, pihak Permaya sedang membuat rayuan kepada Wisma Putera agar melakukan operasi pemindahan dengan segera.
Sebelum ini, beberapa orang pelajar menangguhkan hasarat mereka untuk pulang ke tanah air, kerana masih menunggu dan lihat keadaan konflik di negara itu.
Namun kini, mesyuarat Permaya semalam, kata beliau, memutuskan agar semua pelajar yang masih berbaki agar pulang, memandangkan keadaan yang diharapkan pulih, berlaku sebaliknya.
(Gambar kiri – sekitar pasar yang masih menjual makanan yang harganya semakin meningkat dan bekalan makanan dijangka terputus sekiranya konflik Yaman tidak reda).
Pihak Permaya dimaklumkan akan menghantar mesej memohon pertolongan dari Kedutaan Malaysia di Arab Saudi.
Sementara itu, kata Solahuddin, pihak Permaya telah mengambil usaha mengumpul semua nama dan paspot pelajar sebagai persiapan untuk evakuasi yang diharapkan.

Sunday, 19 April 2015

Yaman Masih Ada Hikmah

Oleh : Solahuddin Al-Idrus
Terkesima. Itulah reaksi yang dapat aku gambarkan tatkala melihat telatah warga tua dan anak-anak kecil di Sana’a ini. Seolah sedikit pun tidak pernah ujud rasa gentar apabila mendengar bunyi tembakan dan dentuman bom.
IMG-20150407-WA0023Malah sempat mereka berseloroh “Oh…….Biasa la tu………itu adalah bunyi sambutan pernikahan anak presiden…..,”
Apa faedah kamu dapat apabila pulang ke Malaysia? Minda aku serasa ‘diprovok’ dengan soalan anak kecil itu membuatkan timbul rasa sedikit tercabar.
Belum pun sempat menjawab, sekali lagi aku diasak, Apakah kamu gelisah dengan keadaan sekarang?
IMG-20150418-WA0199Aku mengusap usap kepalanya sambil tersenyum kagum tanpa menjawab apa-apa. Terlintas di fikiranku bahawa tersirat maksud yang mendalam pada soalan anak kecil tadi.
Ya, mungkin Allah mewakilkan anak kecil itu untuk mengetuk minda dan iman ku agar aku lebih mengerti tentang rahsia di sebalik situasi mencabar yang sedang aku dan rakan-rakan lalui waktu ini.
“Kamu tidak takut?,” Soal aku pula dalam perbualan pada hari itu. Kali ini dengan seorang pemuda pula.
Jawab pemuda itu dengan segenggam keyakinan, “bagi kami, ini adalah perkara biasa…..tiada alasan untuk takut kerana kita punya Allah…….ketahuilah, jaminan Syurga berada dibawah naungan pedang,”
IMG-20150407-WA0017Begitulah prinsip dan jawapan mereka. Sentiasa meletakkan Tuhan lebih dari segalanya. Hidup dalam keadaan bertawakal dan berserah sebulatnya pada Sang Penakluk alam.
Perang memang kejam, perang memang mengerikan, perang memang menyakitkan, dan perang memang menakutkan. Akan tetapi, aku hairan bagaimana mereka dapat menempuh hari-hari kehidupan dengan tenang seperti damainya kicauan burung di pagi hari.
Dentuman bom dan bunyi senapang otomatik yang sering kedengaran, tidak sedikit pun merubah manisnya senyuman anak-anak kecil yang bermain di lorong-lorong batu berselaput debu itu..Tidak sedikit pun melencongkan langkahan kaki mereka. Malah, ia disambut dengan lemparan senyuman.
IMG-20150418-WA0196Syeikh aku sempat berpesan, “ini adalah didikan Tuhan dari langit buat kita yang berada di Yaman..Masa yang terluang ini harus digunakan untuk mendekatkan diri kepadaNya..Menghafal dan membaca Al-Quran..”
Sungguh! Ini satu babak baru dalam kehidupan..Aku hanya seorang yang sedang menggali erti sebuah luka dan perlawanan. Maksud sebuah keteguhan dan kesabaran. Tafsir dari sebuah jihad dan kesyahidan..Aku mendapat  kuliah secara langsung daripada anak-anak kecil yang riang itu. Yang tumbuh dalam kampus universiti pergolakan Yaman.
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
IMG-20150405-WA0021Maksudnya: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
Perbualan hari itu cukup menyedarkan aku betapa Tuhan telah mencampakkan ketulan ketenangan ke dalam hati mereka. Juga memberi ingat kepadaku bahawa mutiara yang tertanam di bumi jolokan iman dan hikmah ini belum habis aku selami.
Saat aku menulis catatan ini, masih terbayang ukiran wajah senyuman anak kecil yang cekal itu..Wajah yang menyimpan seribu hikmah, yang pasti nanti akan berputik buah-buah keimanan.
Itulah hikmah, tinggal di Yaman, bumi yang masih di turunkan hikmah dan ilmu, walau pun sedang musnah akibat tangan-tangan rakus manusia dalam perlumbaan menakluk tahkta kekuasaan.

Friday, 17 April 2015

Sana’a Akan Kembali Aman, In sha Allah…


 Seramai 40 orang pelajar Malaysia masih tinggal di ibu negara Yaman yakin, Yaman akan kembali aman dan mereka akan dapat meneruskan pengajian mereka semula.
Wakil media KAMI, Solahuddin al-Idrusi berkata, sahabat handai dan semua kaum keluarga mereka yang berada di tanah air tidak perlu bimbang dan jangan sesekali merasa ‘curiga’ dengan ketentuan Allah.
IMG-20150416-WA0011“Para pelajar (di sini) ada 40 orang……..selagi kami disini, menunggu keputusan univerisiti dan tempat kami belajar (untuk membuka semula pengajian), In sha Allah (kami) diberikan kelebihan fisabilillah menuntut ilmu,
“Sahabat handai dan kaum keluarga jangan sesekali merasa ‘curiga’ dengan ketentuan Allah,”ujarnya.
Katanya, walaupun makanan dan keperluan asas semakin berkurangan, namun mereka telah membeli keperluan asas dan menyimpan ‘stok’ yang boleh bertahan beberapa bulan.
Aktiviti mereka berjalan seperti biasa dan mereka terus berhubung dan mengadakan pertemuan sesama mereka.
Beliau menjelaskan, tidak dinafikan Yaman sedang dilanda konflik yang kini melibatkan campur tangan kuasa-kuasa Luar.
Katanya, banyak tempat yang dihujani peluru tetapi tidak semua dan hanya sebahagian terutama di Wilayah Aden dan beliau difahamkan, rakyat Malaysia di Aden telah dipindahkan.
IMG-20150416-WA0009“Terima kasih buat pihak kedutaan Malaysia dan Arab Saudi…….bagi Kami yang masih berada di Sana’a, kehidupan dapat diteruskan seperti biasa,
“Memang minggu lepas Sana’a juga diserang Saudi (bahkan) Setiap malam Kedengaran letupan……..Tapi kini keadaan makin stabil………Alhamdulillah,”katanya lagi
Cuma, menurutnya, ketiadaan letrik dan petroladalah perkara biasa dalam negara yang terlibat dengan peperangan.
“Duduk tempat perang………Kadang-kadang ada letrik, kadangkala tiada…….kadang-ladang ‘bermakanan’, kadangkala berlapar………kadang-kadang bergelap, kadangkala bercerah………..Tuhan nak bagi peluang supaya dekat dengan dia,”kata beliau.
Menurutnya yang dihubungi semalam, Khamis 17 April, sudah lebih empat hari Kota Sana’a bergelap apabila janakuasa bekalan eletrik diletupkan oleh militan pemberotak syiah Houthi.
Oleh itu beliau mengharapkan semua pihak agar terus berdoa untuk keamanan negara Yaman bumi yang ‘penuh hikmah’.
“Doa dan munajat kita bersama lebih baik dari berputus asa dengan rahmat Allah…….. Sedarlah..ini adalah didikan Tuhan buat kami…In Sha Allah Yaman bumi hikmah akan kembali aman,”tambah beliau
Sementara itu, dalam forum berkaitan konflik di Yaman baru-baru ini, seorang peserta menanyakan soalan yang berbunyi, apakah kesudahan konflik yang sedang berlaku di Yaman?
IMG-20150415-WA0006Pengerusi Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman, Nedius Othman berkata, pada hakikatnya, sebagai seorang muslim memanglah kita tidak mengetahui perkara yang akan datang melainkan Allah swt dan Rasulnya memberitahu melalui wahyu.
Kerana katanya, itu adalah merupakan ilmu Allah SWT, jangankan yang akan datang, satu jam akan datang pun kita tidak tahu apa kesudahan hidup kita. Mati ke, hidup ke, sakit ke dan lain-lain.
Namun beliau memetik satu hadis Nabi SAW yang menyebut tentang keamanan yang akan kembali ke bumi Yaman.
“Tapi suka untuk saya kongsikan di sini sepotong hadith Nabi saw yang berbunyi :
والله ليتمن هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضرموت، لا يخاف إلا الله أو الذئب على غنمه. ولكنكم تستعجلون.
Maksudnya : Demi Allah! Sesungguhnya Dia akan menyempurnakan urusan ini (Islam) sehingga orang yang musafir dari Sana’a ke Hadhramaut, tidak takut lagi melainkan kepada Allah swt dan serigala yang mengganggu kambingnya. Akan tetapi kamu gopoh,
“Percayalah……kesudahannya akan kembali aman dan harmoni seperti yang dijanjikan oleh Nabi. Kerna apa yang berlaku sekarang khususnya di Yaman, mempunyai hubung kait dan petanda Islam akan diberi kemenangan oleh Allah SWT,”jelas Nedius.
IMG-20150415-WA0018Namun begitu, bilakah waktu tersebut, itu semua adalah dalam pengetahuan Allah swt. Apa yang penting, kita mestilah berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan Keizzahan Islam. Dan yang terpenting sekali jangan gopoh dan terburu-terburu.
“Setiap perjuangan itu pasti ada pengorbanan dan ujian. Berjuang itu pahit. Kerna syurga itu manis.
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Maksudnya : Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah),”ujarnya membacakan ayat al-Quran diatas.

Thursday, 16 April 2015

Perang Yaman Letakkan Tanaman Berisiko, Keselamatan Makanan Terancam

Konflik yang melanda negara Yaman, mengganggu musim penanaman dan mengancam aktiviti pertanian mewujudkan kekurangan makanan yang serius.
Organisasi Pertanian dan Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) berkata pada hari Rabu, para petani perlu diberi peluang untuk mengusahakan tanaman mereka sebanyak mungkin.
Yemen_landscape_05“Keadaan ini semakin merosot bermakna kita perlu menggandakan ke atas usaha-usaha kita untuk memastikan bahawa petani dapat ditingkat sebanyak mungkin dapat menanam musim ini dan mengukuhkan keupayaan mereka,
“untuk menghadapi kejutan masa depan,”kata Penolong Ketua Pengarah FAO bagi Afrika Utara dan yang berhampiran Timur Abdessalam, Ould Ahmed, berkata dalam satu kenyataan.
Perikatan negeri Arab telah mengebom pemberontak Houthi dan tentera yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh untuk menghalang mereka daripada merampas bandar pelabuhan selatan Aden.
Kira-kira 11 juta daripada 26 juta penduduk Yaman diklasifikasikan sebagai teruk, dan tidak selamat kerana menghadapi risiko kekurangan makanan.
Manakala 16 juta memerlukan beberapa bentuk bantuan kemanusiaan dan tidak mempunyai akses kepada air yang bersih, menurut kenyataan FAO itu.
yemenPerniagaan di pasar-pasar terganggu dan harga makanan telah meningkat dengan mendadakekoran hasil penanaman hasil tidak dapat dituai, terutamanya bagi komoditi jagung dan sorgum.
Di bandar pelabuhan barat Hudaidah harga makanan telah meningkat dua kali ganda dan harga bahan api telah meningkat empat kali ganda, kata FAO.
Dengan kebanyakan orang yang tinggal di luar bandar dan kira-kira 90 peratus daripada sumber air yang digunakan dalam pertanian, Yaman adalah lebih terdedah apabila konflik yang mengganggu pengeluaran ladang.
Hampir dua pertiga daripada rakyat Yemen bekerja dalam bidang pertanian tetapi import negara itu adalah kira-kira 90 peratus daripada keperluan gandum dan 100 peratus daripada bekalan beras.

Wednesday, 15 April 2015

Majoriti Mangsa Perang Yaman Adalah Orang Awam

Agensi-agensi bantuan memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan semakin meningkat di Yaman apabila PBB berkata kebanyakan orang terbunuh dalam konflik itu adalah orang awam dan menyalahkan kedua-dua gabungan Arab yang dipimpin dan pemberontak Houthi.
“Lebih 600 orang [telah] dibunuh [dalam konflik], tetapi lebih separuh daripada mereka adalah orang awam. Ini adalah terutamanya berkaitan,”kata Ivan Simonovic, Timbalan Ketua Setiausaha bagi hak asasi manusia PBB, memberitahu Al Jazeera pada hari Isnin.
“Setakat ini kita boleh berkata dengan yakin bahawa kedua-dua pihak tidak dilaksanakan kekangan yang mencukupi. Terdapat beberapa sasaran tidak terpilih dan kami amat bimbang tentang itu.”
ivansuncrimea07032014eSimonovic (gambar kanan) berkata adalah penting untuk tidak membenarkan “krisis akut (serius) berkembang menjadi salah satu yang kronik”.
“Masih tetingkap peluang apabila melawan dan membunuh di Yaman boleh dihentikan,” katanya.
Sembilan negara Arab diketuai oleh Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas pemberontak Syiah pada 26 Mac selepas pemberontak menyerbu istana presiden di Sanaa dan meletakkan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi di bawah tahanan rumah.
Pemberontak, dikenali sebagai Houthi, menyerbu ke Sana’a pada bulan September dan telah cuba untuk memperluaskan kawalan mereka di seluruh negara Yaman, disokong oleh pasukan keselamatan yang menyokong Ali Abdullah Saleh, bekas presiden Yaman.
Mereka berjuang menentang unit tentera yang setia kepada Hadi, yang kini melarikan diri ke Arab Saudi.
Gabungan Arab Saudi disokong oleh Amerika Syarikat, yang telah membekalkan senjata dan juga telah melakukan serangan ‘drone’ terhadap pejuang al-Qaeda di Yaman.
Semalaman pada hari Isnin, bandar utama di selatan Yemen Aden menyaksikan pertempuran yang paling berat, dengan medik dan angkatan tentera berkata sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam pertempuran antara pemberontak dan penyokong Hadi.
mangsa perang yaman1Kumpulan kemanusiaan yang telah berjuang untuk membawa bantuan ke negara itu dan berkata pada hari Isnin keadaan di Aden telah merosot dengan cepat.
“Kedai-kedai ditutup. Kami mempunyai masalah makanan,” kata Marie-Elisabeth Ingres, wakil Yaman daalam NGO Doktor tanpa Sempadan (MSF).
Metaz al-Maisuri, seorang aktivis yang tinggal di Aden, berkata perkhidmatan asas telah berhenti dan ada satu “penghijrahan beramai-ramai” orang awam dari bandar.
“Sekolah-sekolah, universiti dan semua kemudahan awam dan swasta yang telah diarah tutup kerana keganasan,” katanya kepada agensi berita AFP.
“Kehidupan Penduduk telah menjadi sangat sukar dan rumit … Mereka tidak lagi boleh mendapatkan makanan yang mereka perlukan,” katanya.
“Kami tidak dapat meninggalkan rumah kami untuk membeli apa yang kita perlukan kerana (diintai) penembak tepat Houthi,” kata Adwaa Mubarak, seorang wanita berusia 48 tahun di Aden.
Afzal Ashraf, felo perunding berpangkalan di London Royal United Services Institute, memberitahu Al Jazeera bahawa gabungan Arab Saudi menghadapi dilema yang lebih bagi menjelaskam mengapa perlu menggerakkan tentera darat mereka, hanya atas alasan sebagai serangan udara sahaja tidak akan mencapai matlamat.
“Keadaan ini adalah sangat keliru bukan hanya untuk kita, pemerhati, tetapi juga untuk orang-orang di bawah. Dan ia akan kekal begitu sehingga kita melibatkan tentera darat,” kata Ashraf.
May7-2014“Ini adalah masalah yang gabungan itu Arab dipimpin menghadap. Mereka mahu mengelakkan tentera darat, tetapi mereka tidak boleh membuat apa-apa perubahan bermakna hanya menggunakan serangan udara semata-mata.”
Sementara itu, di ibu negara Saudi, Riyadh, Perdana Menteri Yemen Khaled Bahah mengangkat sumpah sebagai naib presiden di kedutaan negara itu di hadapan Hadi, sehari selepas pelantikan beliau, dalam satu langkah yang dialu-alukan oleh Teluk jiran Yemen.
Mohammed Abdel Salam, jurucakap Houthi, mengecam pelantikan Bahah dalam komen di televisyen pada saluran pro-Houthi. Beliau berkata kumpulan Houthi yang tidak akan mengiktiraf keputusan diisytiharkan oleh Hadi dan apa-apa yang berkaitan dengan politik di negara itu perlu diputuskan melalui dialog di dalam negara tersebut.
Wakil khas PBB untuk Yaman, Jamal Benomar telah menggesa pihak-pihak untuk datang dengan penyelesaian yang dirundingkan. Ali Abdullah Saleh juga telah dipanggil untuk dialog yang ditaja PBB.
" BI RUH...BI DAM "