Oleh: Solahuddin Al-Idrus
Lelah...Itulah kondisi yang boleh di ilustrasikan sepanjang perjalanan dari KLIA hingga ke Salalah,Oman dengan melintasi lautan Hindi..Perjalanan kali ini disertai oleh NGO Yemen Care dan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dengan bertugas mengikut profesion masing-masing.
Jam 8.20 malam kami diterbangkan dengan Menggunakan pesawat Etihad Airways, menuju ke Abu Dhabi yang memakan masa kurang lebih 6jam 20 minit..Abu Dhabi merupakan negara yang paling stabil dan maju di kawasan Arab..
Transit seketika di Abu Dhabi sebelum meneruskan penerbangan ke Muscat yang mengambil masa 2 jam..Susah juga melihat kotoran sampah bertaburan disini.Kebanyakan rakyatnya berpakaian tradisi menutup aurat, baik lelaki mahupun perempuan sama ada untuk bersiar-siar atau bertugas.
Rombongan kami tiba di Muscat jam 4.45 pagi..Seusai Solat Subuh,menyambung kembali perjalanan Misi Kemanusiaan ke Salalah..Untuk sampai ke sana,mengambil masa kurang lebih 12 jam dengan menaiki bas menyelusuri kawasan padang pasir kering kontang dan Gunung berbatu yang bercuaca panas..
Setibanya di bandar ke tiga terbesar itu,suhu yang panas tadi bertukar dingin...Ianya hijau dan nyaman.Tempat yang bernama Salalah ini amatlah menakjubkan.Tetapi keadaan seperti ini cuma 3 bulan di dalam setahun. Semasa 3 bulan ini angin monsun dari India yang merentasi Laut Arab membawa hujan renyai lantas menjadikan tanah kontang menjadi hijau dan subur. Kawasan bukit-bukau yang perang dan kering menjadi wadi yang subur menghijau dan dilitupi kabus..
Masyallah, begitulah kekuasaan Allah SWT..Perjalanan ini adelah untuk menyempurnakan sumbangan kalian kepada mereka yang sedang kesempitan akibat peperangan.
No comments:
Post a Comment