Oleh : Solahuddin al-Idrus
Yaman merupakan salah satu negara yang disebut sebagai termiskin dan paling keras di Timur Tengah. Namun Yaman juga merupakan daerah penting dan strategik untuk peta kawasan. Beberapa kelompok paling berbahaya di dunia juga diduga berada di Yaman.
Yaman menjadi sebuah negara bergolak kerana kepentingan startegik menjadi pintu masuk kepada perjalanan kapal-kapal menerusi teluk Arab yang bersambung dengan terusan Suez.
Oleh sebab kepentingan Yaman kepada dunia timur dan barat, negara tersebut sering dipengaruhi oleh kuasa asing seperti Amerika Syarikat, Saudi, Iran dan lain-lain. Walaupun Yaman mengalami kebangkitan dan revolusi pada tahun 2011 tetapi ia tidak membawa kepada keamanan bahkan membawa kepada perang saudara yang terus berlangsung sehingga hari ini..
Semua wilayah dalam Yaman turut terlibat dalam kancah peperangan. Antara wilayah yang mengalami pergolakan yang sengit adalah Amran, Saadah, Sana’a, Taiz, Aden,Lahij dan Ma’rib.
Dalam wilayah-wilayah tersebut, pertembungan berlaku di Ma’rib adalah kerana wilayah itu mempunyai sumber-sumber semulajadi yang menjadi sumber ekonomi dinegara Yaman. Selain daripada mempunyai aktiviti petroleum dan gas yang menjanakuasa elektrik yang menerangi malam-malam di Aden dan Sana’a, Ma’rib mempunyai sebatang sungai yang menampung keperluan air seluruh negara hikmah itu.
Sumber eletrik di Yaman datang dari Maarib akan tetapi malangnya negeri yang menjana eletrik itu di anak tirikan. Mereka yang berada di luar Maarib bermewah dengan sumber yang datang dari negeri itu sedangkan penduduk Ma’rib sendiri hanya bergantung pada lilin untuk mengelak daripada bergelap ketika waktu malam.
Walaupun penduduk di Ma’rib paling sikit,tetapi merekalah yang paling kuat dan keras. Musuh tidak mampu untuk menawan penempatan tersebut kerana Orang-orang Ma’rib adalah orang yang berilmu,orang yang kuat berpendirian agama. Perjuangan mereka adalah jihad. Kehidupan mereka adalah jihad dan mati mereka adalah syahid. Mereka yakin ada kehidupan lain selepas mati.
Mereka diserang sejak Eidil Adha tahun lepas tetapi kehidupan mereka belangsung seperti biasa sehingga hari ini walaupun dilaporkan hampir 700 orang yang telah gugur Syahid dikalangan mereka dan kurang lebih seribu orang yang telah kehilangan bapa dan menjadi anak-anak yatim.
Itulah gambaran bagaimana perjuangan para mujahidin di Maarib yang mempertahankan tanah tumpah darah mereka. Wakil mereka yang ditemui menyifatkan Ma’rib bukan hanya wadah kehidupan biasa, namun Ma’rib adalah benteng bagi mereka yang mempertahankan akidah, menyelamatkan mereka dari kuasa-kuasa asing yang cuba menggegar kesepaduan kehidupan dan keharmonian penduduk Maarib yang begitu lama berlangsung..
Benteng Maarib akan mereka pertahankan kerana Maarib bukan sahaja menjadi perisai kepada Hadralmaut bahkan menjadi perisai kepada Yaman,sebuah bumi hikmah dan Iman.
No comments:
Post a Comment