Pages

Sunday, 17 April 2016

Demi Islam, Untuk Ummah!


Aku mengenali kehidupan bukan hanya dengan kebahagiaan, tetapi kehidupan ini aku kenali dengan bertimbunnya masalah-masalah umat ini..

Ya! Semua manusia diuji..Dan aku pasti semuanya bangkit bertarung dengan ujian yang dilalui demi mengejar kebahagiaan. Iaitu Sebuah Kebahagiaan yang hakiki...

Alhamdulillah..Baru-baru ini, beberapa orang anggota Yemen Care Diberi kesempatan oleh Tuhan untuk menyelami nasib mangsa perang Yaman yang berada di sekitar Ibu negara..


Sebuah negara yang kini sedang berdarah yang padanya mempunyai insan yang hati-hatinya lembut sebagaimana yang telah disabdakan Nabi.

Hati mana yang tidak berat untuk meninggalkan kediaman serta kampung halaman..Hati mana yang tidak tergugah melihatkan anak-anak merungut keletihan dan kelaparan..?

Demi menyelamatkan  keluarga dari kecelakaan yang melanda, Mereka tekad lalu keluar meninggalkan segalanya mencari perlindungan di negara Umat Islam..

Aku difahamkan sejak berlakunya perang Mac 2015, Hampir 2.5 juta rakyatnya keluar melarikan diri mencari perlindungan.

Tuhan maha hebat dalam Mengatur segala sesuatu yang kecil mahupun perkara-perkara yang besar. Kami dipertemukan dengan 8 keluarga Yang bagi aku kehidupannya sangatlah dhaif dan disana masih ada lagi kurang lebih 120 keluarga yang setiap hari kebergantungan hidup mereka hanya pada Tuhan.

Hasil daripada sumbangan dan sokongan kalian, Dapatlah kami sampaikan sedikit infaq buat mengukir kembali senyuman pada wajah untuk mereka lalui kehidupan di hari mendatang.

Apabila ditanya,ternyata mereka begitu sedih dan kecewa dengan apa yang sedang melanda negeri jolokan hikmah itu..Sejak perang setahun yang lalu, kira-kira 32000 orang kanak-kanak diancam kebuluran dan beratus yang lain telah mati akibat ketiadaan makanan..

Kerana kuasa mereka menderita..Kuasa telah mengaburi minda dan mengotori jiwa sehingga Lupa diri dan lupa siapa Penguasa Sebenar..Jika terus dibiarkan, Yaman akan terus hancur lebur sepertimana Syiria..

Mereka tabah dalam redha kasih Ilahi..Tapi sedarkah kita saudaraku yang dikasihi? Kita pun sedang diuji sebenarnya. Diberi mata hati, Tapi masih tak punya hati, Masih tak wujud ehsani untuk sedikit membantu mereka yang dizalimi..

Siapa sangka dahulunya Islam dibawa masuk ke Malaysia oleh pedagang-pedagang yang datang dari Yaman dan kini Rakyat dan Negara mereka sedang diuji Tuhan.

Adakah kita akan sama-sama merentasi landasan  kesusahan ini agar kebaikan kembali subur dibumi yang telah hancur ? In Sha Allah Kami daripada Yemen Care akan terus cuba menyebar luaskan kisah dan berita penderitaan mereka dan bagi kami misi ini harus diteruskan kerana ketika ini mereka amat memerlukan Pertolongan dari Umat Islam.


Semoga lebih ramai yang peduli tentang penderitaan anak-anak Yaman ini. Aku seru pada kalian dan pada diriku, bangkitkanlah jiwa kita..Demi mereka yang sedang menderita dan demi Islam Untuk Ummah!

No comments:

" BI RUH...BI DAM "