Pages

Saturday, 13 February 2016

Sepak Terajang Yemen Care

Oleh : Solahuddin Al-Idrus:

Saban Hari kami melangkah ke hadapan untuk menyebar luaskan dan memperkatakan serta memberi pencerahan tentang apa yang sedang berlaku di bumi jolokan iman,Yaman....

Saban masa kami mengembeleng buah fikiran bagaimana cara dan kaedah untuk menolong memudahkan urusan mereka yang sedang terkepit serta terhimpit oleh percaturan dunia sana..

Walau di datangkan kepada kami halangan dan kerenah, kutukan dan cakap-cakap org, tetap kami teruskan meredah duri yang    tertosok...Demi membahagiakan anak-anak Yaman..

Tahun lepas, Yemen Care telah berjaya menyampaikan Sumbangan kalian Rakyat Malaysia buat Masyarkat tetindas yang berada di Yaman...Alhamdulillah...

Pada tahun 2016 ini, dengan misi yang berbeza kami meneruskan hasrat dan impian agar dapat membantu mereka membina sebuah hospital lapangan di wilayah Ma'arib dimana seperti yang sedia maklum Ma'arib merupakan benteng terakhir kepada negara Yaman...Jatuh Ma'arib maka jatuhlah keseluruhan Yaman...

Kini hanya ada satu ruang yang kecil sahaja dijadikan sebagai hospital sementara kerana yang sedia ade telah telah rosak teruk akibat peperangan yang berlaku..Ruangan yang kecil dan terpaksa menampung bilangan pesakit yang sangat besar dengan ketiadaan petugas serta alatan yg terhad...



Bayangkan teman...Kekalutan perang menyebabkan kecederaan yang berat dengan kekurangan perawat dan ketiadaan alat untuk merawat disertakan pula dengan ruang yang terhad...Bayangkan kepedihan mereka teman..

Dari situlah dengan apa yang telah Kami  lihat,dengar dan rasa, kami  terpanggil sekali lagi untuk membantu melengkapkan keperluan mereka disana...

Penerangan demi penerangan telah kami buat disekitar Terengganu dan Kuala Lumpur...Dan akan diteruskan lagi usaha ini ke serata negeri untuk memberitahu dan menyedarkan Masyarakat di Malaysia tentang kecelakaan yang sedang Saudara kita di Yaman alami..

Begitulah hasil dari kerja tangan-tangan manusia yang penuh kejelekkan, busuk, serta sarat dengan kerakusan.

Demi kuasa dan kebencian yang memuncak kepada keharmonian Islam, anak-anak syurga yang menjadi mangsa, masyarakat awam yang menjadi korban.

Relakah kita sewenangnya mengaku beriman sedangkan setiap saat saudara seakidah kita dizalimi tanpa secubit pun wujud rasa kebersamaan dan resah di hati kita?

Terima kasih kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu yang menghulurkan silaturrahim serta bantuan, bersama-sama kami mencari dana untuk membangunkan hospital tersebut.

Kami terus merayu kepada semua yang prihatin walaupun pada masa yang sama, malapetaka peperangan juga berlaku di tanah Syam, namun bumi hikmah Yaman juga perlukan prihatin tuan dan puan

Kecil bagi kita, melangit nilainya buat mereka. Moga sinar gembira mereka kembali menyingsing.

**Sumbangan saudara-saudari boleh di salurkant terus melalui akaun YEMENI CARE No.8602269245 (Islamic CIMB Bank)

No comments:

" BI RUH...BI DAM "