Pages

Monday 14 March 2016

Yaman Akan Hancur Lebur Seperti Syria dan Barat Yang Bertanggunggjawab

Perang di Yaman akan berterusan dan Yaman akan menjadi neara ‘hancur lebur’ seperti yang berlaku ke atas Syria.

Britain dan Amerika Syarikat adalah dua punca utama masalah di Yaman.
Secara ringkasnya, apa yang berlaku di negara ‘hikmah itu’ ialah, satu gabungan negara-negara Arab yang kaya telah bergabung tenaga mengebom dan menghancurkan serta menjadikan sebuah negara yang paling miskin dalam kebuluran.

yamanIa adalah dengan bantuan dua kuasa terkaya dan paling berkuasa di dunia, AS dan UK.
Yaman sudah lama ‘diperkotak-katikkan’, bahkan sejak sedekad lalu, Yaman adalah medan pertempuran utama bagi perang AS ke atas keganasan.


Serangan ‘drone’ dan pencerobohan AS, kerap dikemukakan sebagai kisah kejayaan AS dalam media barat.




Hakikatnya sangat buruk, ia telah menyebabkan satu negara menjadi huru-hara, dan Yaman yang keluar sebagai menghiasi tajuk-tajuk ‘muka hadapan’, bukan satu pujian sebagaimana berita revolusi yang masing-masing mengangkat ‘ibu jari’.

Media Barat kini tidak menjadikan Yaman sebagai fokus mereka, bukan sebagaimana Syria, kerana mereka telah gagal membendung keganasan yang kini terus subur, menjadi sebuah peperangan.

sengketa yamanJurang media antara Syria dan Yaman telah diketengahkan kepada dunia pa bulan lepas, apabila hospital yang diuruskan oleh NGO Doktor Tanpa Sempadan (MSF) di Utara Syria dilanda bom, gempar seluruh media di Barat.

Namun tidak ada siapa yang ‘memekik’ dalam madia di Barat, apabila tidak kurang daripada tiga buah hospital yang diuruskan oleh NGO yang sama di Yaman telah musnah dilanda serangan udara dalam beberapa bulan yang lalu.

Bahkan, salah satu yang pemusnahan tersebut telah diakui oleh gabungan yang diketuai Arab Saudi, namun terlalu sedikit liputan daripada mereka di Barat.
Konflik Yaman kini telah tersebar ke seluruh pelusuk, dan ‘mendung kesedihan’ telah berarak ke seluruh langit Yaman.

perang yaman2Hari ini, orang awam paling teruk menderita dalam pertempuran yang ‘mengoyak’ bumi Yaman, dengan mangsa perang semakin meningkat melebihi 8100 orang.

Lebih 60 peratus daripada mereka yang terkorban adalah akibat daripada serangan udara pakatan yang dipimpin oleh Arab.


Dan Dua puluh daripada dua puluh dua wilayah Yaman sedang dilanda kelaparan dan bersedia di ambang kebuluran dahsyat. – sumber The Telegraph




No comments:

" BI RUH...BI DAM "