Pages

Sunday, 1 December 2013

Air Mata SABASUN



Isu SABASUN antara  isu yang paling hangat diperkatakan selain daripada isu Ustaz Kazim..Hari ini air mata SABASUN menyembah Bumi.Aku tidak berniat malah langsung tidak berminat sebenarnya nk ulas tentang Ustaz Kazim ni..Aku lebih berminat dengan isu yang melibatkan hal-hal rakyat..Bukan setakat Ust Kazim,Kalau ada lepas ni orang-orang alim yang nk masuk umno sekalipun aku peduli apa..Bukan Parti Tok nenek aku..


SABASUN adalah singkatan bagi Sabar dan Bersungguh-Sungguh.Ia adalah milik Bumiputra dan Rakyat tempatan Negeri penyu Bertelur yg telah diusaha dan dibesarkan sehingga dapat menyaingi Hypermarket berdekatan seperti Giant dan Mydin.

Wednesday, 27 November 2013

Petugas IT dan Ahli KAMI menjadi Raja Sehari

Minggu cuti persekolahan memang menjadi satu tarikh yang dinantikan buat sesiapa yang ingin melangsungkan hari bahagia.Sudah dijangka lebih 5 orang sahabat aku berkahwin semasa cuti ini.Persoalan biasa buat diri ini-Bila Lagi?? 

Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batin.
Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan jumlah umat Islam di muka bumi.
Paling penting saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita di alam kubur nanti.

" Dan Kahwinilah orang-orang bujang ( Lelaki dan Perempuan ) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui " ( An Nuur 32 )

Thursday, 7 November 2013

Kombinasi Dua Idealogue Menuju Naib Presiden




Bahang muktamar PAS ke 59 sedang membuka tirainya. Sudah menjadi amalan kepada gerakan Islam untuk mengangkat kepimpinan baharu bagi mengemudi gerakan Islam khususnya PAS di Malaysia.

Ustaz Abu Bakar Chik dan Tuan Ibrahim Tuan Man antara dua sosok yang diperhatikan mampu menjadi tulang belakang organ PAS. Sinonimnya, kedua mereka tergolong di dalam kelompok berlatarbelakangkan pengajian Islam.

Friday, 25 January 2013

konvoi R Trg ke Parlimen Hulu Trg

Konvoi R ke parlimen hulu terengganu telah berjaya disertai seramai lebih kurang 100 buah motor dan 20 biji kereta.saya mengucapkan berbanyak banyak terima kasih diatas sambutan dan komitmen yang diberikan oleh penyokong-penyokong seketariat mengembalikan royalti terenganu.Kami akan terus menghasut rakyat dan masuk ke seluruh pelusuk kawasan di trg bagi myampaikan risalah...kami akan terus tuntut hak rakyat daripada perompak dan untuk makluman minggu depan skali lagi kami akan berkonvoi ke parlimen besut iaitu bermula pada pagi jumaat.Pepatah trg ada menyebut "Daun pisang kering kalau tidak senjoh dok akan cabut..kita mesti senjoh sokmo-sokmo".Jadi saya menyeru kepada semua rakyat besut dan setiu supaya dapat bersolidariti bersama-sama kami..

Sunday, 13 January 2013

Kenapa berbasikal ke KLCC?



Ada yang tanya kenapa berbasikal sehingga mengambil masa 7 hari untuk sampai di Kuala Lumpur. Dikatakan seperti kerja bodoh dan buang  masa.Jika anda yang sedang membaca ini juga berpendapat sedemikian, maka anda sendiri adalah bodoh dan xberfikiran positif. Aku bukan mengejar gelaran Datuk untuk memecah rekod Malaysia atau Mencari publisiti murahan..Anda silap! Mari kita sama-sama berfikir d luar kotak,jangan di bawah tempurung bersama katak kerana katak hari ni tidak lagi berada dibawah tempurung..mugkin katak duduk diatas sofa.!   
Tidak lain dan tidak bukan,Ini adalah semata-mata untuk Jatuhkan Rejim Zalim Yang masih bertapak di Malaysia..Anak-anak muda hari ini, khususnya orang-orang Terengganu mesti celik dan mesti sedar, jangan ditipu lagi oleh Umno-BN khususnya dalam kes royalti minyak yang masih lagi belum diserahkan.Umno tidak boleh lagi diharapkan mentadbir Terengganu kerana menghabiskan wang sesuka hati tanpa memberi manfaat sedikit pun kepada rakyat !                                                              

Aku memulakan kayuhan pada tanggal 5/1/2013 Dari masjid Rusila dan dilepaskan oleh Ust Khalil Abdul Hadi AJK pemuda Pas Pusat menuju ke Dungun bersama dengan group C4R Kelantan yg diketuai oleh Jeming Hasan.. 

Walaupun dilanda pelbagai kritikan dan tomahan ,tapi aku nekad untuk berkayuh..Usaha kita,tulang empat kerat kita ,
titik peluh kita , pendirian kita ..
Kenapa perlu jatuh dgn mulut orang lain ?

 Biarlah mereka berbicara,krn di akhirat nanti mulut2 akan berkunci ,Dan anggota tubuh menjadi saksi ..Aku jadikan itu semua sebagai cabaran dan anggap ia sebagai satu mehnah dalam perjuangan...     

Agak terkilan dengan pihak yg lebih mementingkan warna..orang-orang ini blh dikatagorikan sbagai pejuang warna sejati..Bagi saya apa yang lebih penting ialah fokus kepada isu Royalti bukan warna..Jangan kita biarkan musuh bagi selimut untuk kita tidur..                         
Alhamdulillah berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 250km..tahniah diucapkan kepada adik2 dri klntan yg begitu bersemangat dan bertenaga sehingga berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 700km iaitu dari kelantan hingga kl..tahniah..moga ape yang diperjuangkan,akan diperoleh..demi rakyat dan untuk rakyat!

Terima Kasih Kepada semua pihak Yang sentiasa memberi sokongan dan semangt sehingga dapat menghabiskan kayuhan...

Ingatlah wahai pemimpin Zalim....Pilihan Raya semakin dekat.Orang2 Muda akan buat perubahan..Selagi Harta kami dirompak,kami tidak akan berdiam diri..Kami akan buat apa sahaja untuk tuntut hak kami..!

Thursday, 3 January 2013

‘R’ Terengganu Akan Sertai Konvoi Berbasikal ‘R’ Kelantan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/R%20berbasikal.jpgAdalah dimaklumkan seramai 13 orang aktivis ‘R’ Kelantan akan tiba di Pantai Peranginan Batu Buruk tepat pada jam 12.00 tengah hari esok 4hb Januari, 2013, untuk  besantai seketika bersama anak-anak muda sambil mengedar risalah penerangan.

Selepas itu, kumpulan tersebut dan akan bergerak dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ladang Kuala Terengganu.

Seterusnya kira-kira jam 2.00 petang, mereka akan meneruskan ‘konvoi’ berbasikal ke Masjid Rusila, Marang, Terengganu Darul Iman untuk berhenti rehat dan bermalam.

Sebelah malamnya, pada jam 9.00 malam, Konvoi ‘R’ Kelantan akan diraikan dalam satu majlis makan malam oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan diiringin oleh Exco Dewan pemuda PAS Malaysia Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.

Wednesday, 2 January 2013

Mad Said dan Yayasan Terengganu

Inilah pengkhianatan dan kezaliman yg dilakukan oleh Menteri Besar Terenganu Dato' Sri Ahmad Said terhadap pelajar Yayasan Terengganu..Menghukum tanpa bukti..dan inilah hakikat negara malaysia,.Negara yang masih dijajah oleh undang-undang Umno.
Bile mane mahasiswa bersama pembakang,ia adlah satu ksalahan yg besar dan haram jika myertai prgram yg dianjurkan oleh pembangkang,lalu diambil tindakan menyekat pinjaman dan sijil..knpa tidak disekat pinjaman mahasiswa yg myertai prgram dianjurkan pihak krajaan sperti himpunan satu juta belia..?? ia jelas berunsurkan politik.Inilah yang berlaku bilamana Menteri Besar lebih menjaga kebajikan Binatang daripada Rakyatnya sendiri..
April 2012 Kami disabitkan kesalahan meyertai Himpunan Bersih Di Kuala Lumpur dan disebabkan itu Pinjaman dan sijil pembelajaran kami disekat walhal tiada bukti kukuh yang mengatakan kami terlibat dalam perhimpunan tersebut..Sehingga kini,sudah hampir enam bulan berlalu,pihak Yayasan Terengganu dan kerajaan gagal mengemukakan bukti..Jangan jadikan Mahasiswa dan anak muda hari ini seperti robot!  Jangan cabar kami..
Menteri Besar Terengganu harus bertanggungjawab dan Tunjukkan SEGERA bukti yg mengatakan kami terlibat dgn perhimpunan yg disifatkan haram itu..! Jangan sekali-kali menjadikan kami seperti lembu yg di cucuk hidung! Jangan hanya pandai mengugut kerana kami tidak takut dengan sebarang ugutan! Ingtlah,walaupun kita seorng menteri besar suatu hari nanti kite tidak akan terlepas dari dibicarakan dihadapan mahkamah Allah Taala.
Sampai ke saat ini pinjaman aku disekat dan sijil entah kemane!

Gegar 'R' Diambang 2013 Mendapat Sambutan Walaupun

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/R%20Tahun%20Baru.jpgKUALA TERENGGANU - Sekreteriat “R”  Terengganu (Tuntutan Kembalikan Royalti Terengganu) telah meneruskan siri Jelajah menerangkan misi “R”Terengganu dan kepentingannya kepada masa depan Rakyat Negeri Terengganu dengan mengadakan sesi penerangan pada malam sambutan Tahun Baru 2013.

"Program bermula dengan berkumpul di Dataran Shahbandar pada jam 8.30 malam dengan menyantuni setiap pengunjung yang berada di situ sambil memperdengarkan lagu Tuntutan Royalti,

"Walaupun hujan turun dengan lebatnya pada malam tersebut, hampir 400 orang telah turun bersoladiriti menyokong tuntutan rakyat,"



" BI RUH...BI DAM "