Ada yang tanya kenapa berbasikal sehingga mengambil masa 7 hari untuk sampai di Kuala Lumpur. Dikatakan seperti kerja bodoh dan buang masa.Jika anda yang sedang membaca ini juga berpendapat sedemikian, maka anda sendiri adalah bodoh dan xberfikiran positif. Aku bukan mengejar gelaran Datuk untuk memecah rekod Malaysia atau Mencari publisiti murahan..Anda silap! Mari kita sama-sama berfikir d luar kotak,jangan di bawah tempurung bersama katak kerana katak hari ni tidak lagi berada dibawah tempurung..mugkin katak duduk diatas sofa.!
Tidak lain dan tidak bukan,Ini adalah semata-mata untuk Jatuhkan Rejim Zalim Yang masih bertapak di Malaysia..Anak-anak muda hari ini, khususnya orang-orang Terengganu mesti celik dan mesti sedar, jangan ditipu lagi oleh Umno-BN khususnya dalam kes royalti minyak yang masih lagi belum diserahkan.Umno tidak boleh lagi diharapkan mentadbir Terengganu kerana menghabiskan wang sesuka hati tanpa memberi manfaat sedikit pun kepada rakyat !
Aku memulakan kayuhan pada tanggal 5/1/2013 Dari masjid Rusila dan dilepaskan oleh Ust Khalil Abdul Hadi AJK pemuda Pas Pusat menuju ke Dungun bersama dengan group C4R Kelantan yg diketuai oleh Jeming Hasan..
Walaupun dilanda pelbagai kritikan dan tomahan ,tapi aku nekad untuk berkayuh..Usaha kita,tulang empat kerat kita ,
titik peluh kita , pendirian kita ..
Kenapa perlu jatuh dgn mulut orang lain ?
Biarlah mereka berbicara,krn di akhirat nanti mulut2 akan berkunci ,Dan anggota tubuh menjadi saksi ..Aku jadikan itu semua sebagai cabaran dan anggap ia sebagai satu mehnah dalam perjuangan...
Agak terkilan dengan pihak yg lebih mementingkan warna..orang-orang ini blh dikatagorikan sbagai pejuang warna sejati..Bagi saya apa yang lebih penting ialah fokus kepada isu Royalti bukan warna..Jangan kita biarkan musuh bagi selimut untuk kita tidur..
Alhamdulillah berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 250km..tahniah diucapkan kepada adik2 dri klntan yg begitu bersemangat dan bertenaga sehingga berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 700km iaitu dari kelantan hingga kl..tahniah..moga ape yang diperjuangkan,akan diperoleh..demi rakyat dan untuk rakyat!
Terima Kasih Kepada semua pihak Yang sentiasa memberi sokongan dan semangt sehingga dapat menghabiskan kayuhan...
Ingatlah wahai pemimpin Zalim....Pilihan Raya semakin dekat.Orang2 Muda akan buat perubahan..Selagi Harta kami dirompak,kami tidak akan berdiam diri..Kami akan buat apa sahaja untuk tuntut hak kami..!
No comments:
Post a Comment