Pages

Thursday 7 November 2013

Kombinasi Dua Idealogue Menuju Naib Presiden




Bahang muktamar PAS ke 59 sedang membuka tirainya. Sudah menjadi amalan kepada gerakan Islam untuk mengangkat kepimpinan baharu bagi mengemudi gerakan Islam khususnya PAS di Malaysia.

Ustaz Abu Bakar Chik dan Tuan Ibrahim Tuan Man antara dua sosok yang diperhatikan mampu menjadi tulang belakang organ PAS. Sinonimnya, kedua mereka tergolong di dalam kelompok berlatarbelakangkan pengajian Islam.



Ustaz Abu Bakar yang mempunyai pengalaman luas sebagai strategis dan `decision maker` gerakan Islam antarabangsa apatah lagi sebelum ini pengalaman cemerlang memimpin Dewan Pemuda PAS Malaysia selama 10 tahun dan Asian Federation of Muslim Youth yang merangkumi gerakan belia Muslim di peringkat Asia dilihat mampu mempersada PAS di peringkat Antarabangsa dan merakyatkan PAS seperti PASTI dan Unit Amal yang menjadi cetusan beliau. Ini telah terbukti!

Idea terhadap pembangunan acuan tarbiyyah yang menjadi nadi PAS giat dipertingkatkan semasa beliau menjadi Timbalan Lujnah Tarbiyyah PAS Pusat, dan pengamatan memimpin perlawanan politik di dalam beberapa isu menyebabkan Ustaz Abu Bakar ditahan dibawah ISA sebanyak dua kali.

Begitu juga dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, setiap bait kata yang menjadi penghujahannya di pentas ceramah begitu memukau yang membolehkan beliau memposisikan diri dalam arus semasa generasi Y yang cenderung kepada politik hujah dan fakta.

Apatah lagi pengalaman Tuan Ibrahim sebagai Ketua Penerangan PAS sangat memberi keberkesanan dalam menjelaskan pendirian parti dalam perlbagai isu yang menghimpit.

Sokongan dari akar umbi kini atas pencalonan untuk Muktamar telah menampilkan semua kombinasi Tuan Ibrahim Tuan Man-Abu Bakar Chik sebagai satu tawaran yang tepat dalam mengisi dan menggalas amanah sebagai Naib Presiden PAS untuk penggal akan datang.

Apapun, keberadaan di pentas politik tidak melihat kepada usia. Dalam gerakan Islam, hanya kematian sebagai satu ukuran pengakhiran kerahan tenaga dalam berbakti kepada Gerakan Islam khususnya PAS di Malaysia.

No comments:

" BI RUH...BI DAM "