Pages

Thursday, 3 January 2013

‘R’ Terengganu Akan Sertai Konvoi Berbasikal ‘R’ Kelantan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/R%20berbasikal.jpgAdalah dimaklumkan seramai 13 orang aktivis ‘R’ Kelantan akan tiba di Pantai Peranginan Batu Buruk tepat pada jam 12.00 tengah hari esok 4hb Januari, 2013, untuk  besantai seketika bersama anak-anak muda sambil mengedar risalah penerangan.

Selepas itu, kumpulan tersebut dan akan bergerak dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ladang Kuala Terengganu.

Seterusnya kira-kira jam 2.00 petang, mereka akan meneruskan ‘konvoi’ berbasikal ke Masjid Rusila, Marang, Terengganu Darul Iman untuk berhenti rehat dan bermalam.

Sebelah malamnya, pada jam 9.00 malam, Konvoi ‘R’ Kelantan akan diraikan dalam satu majlis makan malam oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan diiringin oleh Exco Dewan pemuda PAS Malaysia Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.
Pada Sabtu kira-kira jam 9.00 pagi,  kumpulan pengayuh dari Seketariat ‘R’ Terengganu akan menyertai  Konvoi Kayuhan ‘R’ dari Kelantan untuk menruskan perjalan ke Bandar Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Perlepasan konvoi tersebut akan disempurnakan oleh Penasihat MAMPAT, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Tengku Ahmad Shah, Pengerusi Amanah Terengganu di perkarangan Masjid Rusila pada jam 10.00 pagi.

Untuk makluman semua, Raja Datuk Kamarul Bahrin akan mengadakan satu Sidang Media  sebaik majlis Perlapasan selesai. 

Justeru pihak Sekretariat ‘R’ Terengganu menjemput semua wakil-wakil media dan aktivis media untuk membuat liputan.

Sekian, Dimaklumkan.

Syed Solah Syed Hassan
Setiausaha Kerja Sekretariat ‘R’ Terengganu.

No comments:

" BI RUH...BI DAM "