Pages

Wednesday 2 January 2013

Gegar 'R' Diambang 2013 Mendapat Sambutan Walaupun

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/R%20Tahun%20Baru.jpgKUALA TERENGGANU - Sekreteriat “R”  Terengganu (Tuntutan Kembalikan Royalti Terengganu) telah meneruskan siri Jelajah menerangkan misi “R”Terengganu dan kepentingannya kepada masa depan Rakyat Negeri Terengganu dengan mengadakan sesi penerangan pada malam sambutan Tahun Baru 2013.

"Program bermula dengan berkumpul di Dataran Shahbandar pada jam 8.30 malam dengan menyantuni setiap pengunjung yang berada di situ sambil memperdengarkan lagu Tuntutan Royalti,

"Walaupun hujan turun dengan lebatnya pada malam tersebut, hampir 400 orang telah turun bersoladiriti menyokong tuntutan rakyat,"



Sehubungan itu, ahli seketeriat dengan sokongan pengunjung yang hadir telah berkonvoi pelbagai jenis kenderaan ke Kompleks Hentian Bas MBKT dan mengadakan perhimpunan aman di sana.

Konvoi telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak keselamatan yan membantu melicinkan lalu lintas bagi memudahkan laluan peserta konvoi. 

Ucapan pembakar semangat oleh wakil-wakil mahasiswa, Timbalan Pengerusi 2 Seketeriat R Sdr.Hj.Amzad, dan Ucapan penutup oleh Pengerusi Seketeriat, Cikgu Fauzi Abu Samah yang dipengerusikan sendiri oleh Setiausaha kerjanya telah mengisi perhimpunan pada malam itu. 

"Antara pengisian pada malam tersebut ialah Deklamasi Puisi Ratapan Rakyat Terengganu oleh wakil mahasiswa, persembahan Band oleh Kumpulan Band Seketeriat, edaran risalah penerangan, mengumpul tandatangan rakyat menyokong tuntutan, dan akhir sekali ialah bacaan Doa memohon bantuan daripada Allah SWT.

"Program berakhir dengan sekali lagi konvoi dari Stesen Bas MBKT ke Pantai Batu Burok bagi menyebarkan mesej tuntutan Royalti,"

No comments:

" BI RUH...BI DAM "