Pages

Sunday, 1 December 2013

Air Mata SABASUN



Isu SABASUN antara  isu yang paling hangat diperkatakan selain daripada isu Ustaz Kazim..Hari ini air mata SABASUN menyembah Bumi.Aku tidak berniat malah langsung tidak berminat sebenarnya nk ulas tentang Ustaz Kazim ni..Aku lebih berminat dengan isu yang melibatkan hal-hal rakyat..Bukan setakat Ust Kazim,Kalau ada lepas ni orang-orang alim yang nk masuk umno sekalipun aku peduli apa..Bukan Parti Tok nenek aku..


SABASUN adalah singkatan bagi Sabar dan Bersungguh-Sungguh.Ia adalah milik Bumiputra dan Rakyat tempatan Negeri penyu Bertelur yg telah diusaha dan dibesarkan sehingga dapat menyaingi Hypermarket berdekatan seperti Giant dan Mydin.


Hypermarket SABASUN (Harge Muroh Sokmo) sinonim dengan kehidupan aku..Dari kecil lagi aku dibawa oleh keluarga ke SABASUN utuk mencari barangan dapur sambil mendengar alunan zikir dan nasyid yang dipasang dan tidak melampau jika aku katakan yang aku dibesarkan dengan “barang-barang” di SABASUN.Rupanya disebalik kemeriahan SABASUN ada tangisan yang rakyat tidak nampak.Apakah merempat dibumi sendiri lebih afdal dimata perompak berkolar putih??

Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) telah mendedahkan wajah sebenar sang kapitalis zalim yang telah meperkosa perniagaan usahawan anak melayu di tanah air sendiri.Kerajaan sepatutnya menyokong bukannya menjadi compretitor berebut tanah dengan rakyat.Sebenarnya SABASUN banyak menyediakan peluang pekerjaan dan kesemua pekerjanya yang berjumlah hampir 400 orang ialah anak jati negeri Terengganu.Kerajaan sepatutnya melihat secara keseluruhan bukannya dengan cara pentingkan diri dan berebut dengan rakyat.

MBKT Sendawa kekenyangan disuap puak Kapitalis.Selagi kepentingan tidak diusik selagi itu dia akan menyepi diri dan mangsanya ialah rakyat marhaen yg berkecamuk melawan kapitalis zalim ini.Kita tidak akan sedar selagi mana tanah sendiri tidak berdarah.Ayuh anak Terengganu..! Jangan tunggu matahari mati..Jangan Biarkan Che Salmi menangis kesorangan..Jangan biarkan dermawan tabung Palestin ini kesorangan dan jangan biarkan air mata beliau jatuh sujud kepada MBKT.Ayuh anak Terengganu..Lupakan fahaman politik.Sokonglah perniagaan anak tempatan.Jangan hampakan 100% pekerja melayu SABASUN hilang sumber pendapatan.

1 comment:

Anonymous said...

Pihak kerajaan hari ini bukan saja beri tekanan yg kejam pada Sabasun bah kan pada peniaga peniaga melayu di Trg spt peniaga Pasar payang,Pasar Borong(infrastrutur yg tidak baik, terpaksa bersaing dgn nirwanapasaraya import dr luar) pasaraya DM Pemborong di K. Berang kena bersaing berhadapan dan di sebelah iaitu psraya xiri serta T Mall yg bakal beroperasi sedikit masa lagi dan ada beberapa lagi situasi sebegitu berlaku di Trg. Kenapa pihak kera jagaan rakyat kita mahu mampuh kan peniaga rakyat trg. Macam sengaja je. Anak beruk hutan di susu kan anak jati di beri racun agar cepat mampus. Apakah dasar kerajaan ini? utk pengetahuan semua, di Trg lah paling ramai peniaga melayu. Dari sekecil kecil dan sebesar besar perniagaan dari Kemaman hingga ke Besut boleh di katakan95% adalah terdiri dari peniaga melayu. Kenapa? Kenapa kera jagaan kita menyusahkan kita yg di beri kerusi, gaji , pakai makan? Ada juga peniaga lain yg sukar utk mendapatkan lesen dr mbkt terutama nya peniaga gerai/warung makanan. Banyak rungutan dr peniaga kecil tak dapat lesen dr mbkt. Kan bagus jika pihak mbkt menyenangkan dan mempermudahkan peniaga peniaga mendapatkan lesen berniaga.dapat masuk hasil ke kerajaan. Tapi kalau peniaga asing/ luar senang sangat bagi lesen pd mereka. Apa nak jadi dgn kera jagaan kite ning. Mungkin kera dgn kera di hutan senang di suau kan.

" BI RUH...BI DAM "