Minggu cuti persekolahan memang menjadi satu tarikh yang dinantikan buat sesiapa yang ingin melangsungkan hari bahagia.Sudah dijangka lebih 5 orang sahabat aku berkahwin semasa cuti ini.Persoalan biasa buat diri ini-Bila Lagi??
Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batin.
Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan jumlah umat Islam di muka bumi.
Paling penting saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita di alam kubur nanti.
" Dan Kahwinilah orang-orang bujang ( Lelaki dan Perempuan ) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui " ( An Nuur 32 )
" Dan Kahwinilah orang-orang bujang ( Lelaki dan Perempuan ) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui " ( An Nuur 32 )
Hari ini sahabat aku Abdullah Mujahid Sa'ari Alhafiz dan pasangannya Syamimi Binti Samsuddin yang juga merupakan krew Kumpulan Aktivis Media Independen Terengganu (K.A.M.I) dan Krew IT Negeri Terengganu telah menyempurnakan sebahagian daripada sunnah Nabi.
Berkahwinlah atas dasar pemahaman agama dimana dengan pertimbangan untuk lebih menjaga hati dan menjauhi zina seterusnya bagi merasakan nikmatnya keluarga Sakinah,Mawaddah dan Warohmah.
"Wahai Golongan pemuda! Barangsiapa yang mampu diantara kamu untuk berkahwin,maka hendaklah dia berkahwin.Sebab yang demikian itu akan menjaga pemandangan dan memelihara kemaluan"
Bahagialah anak muda yang menyempurnakan agamanya.Kahwinlah anak muda kerana nikah itu nikmat Sekali.Sungguh aku cemburu kerana masih tidak dapat untuk menyempurnakan sunnah yang besar itu...Tapi aku percaya kadang-kadang cemburu itu boleh memotivasikan diri..Tahniah sahabat..Selamat menempuh alam baru dan semoga dapat menjalani kehidupan berkeluarga dengan penuh kasih sayang ,sabar dan saling hormat menghormati..Barakallahu Lakuma Wabaraka 'Alaikuma Wajam'a Bainakuma Fil Khoir
No comments:
Post a Comment