Pages

Friday 27 March 2015

Warga Malaysia di Yaman Selamat


 OLEH: Solahuddin Al-Idrus  


SANA’A, Yaman – Saudi telah melancarkan melancarkan operasi ketenteraan ke negara jirannya termasuk serangan udara terhadap pemberontak syiah Houthi sejak Rabu malam.
Duta Besar Saudi di Washington Adel bin Ahmed Al-Jubeir berkata operasi itu adalah sebahagian daripada gabungan 10 negara anggota.
IMG-20150327-WA0045“Arab Saudi telah melancarkan operasi tentera di Yaman, sebagai sebahagian daripada sebuah gabungan terdiri daripada 10 buah negara.
“sebagai tindak balas kepada suatu permintaan langsung dari kerajaan yang sah Yaman,”katanya pada sidang akhbar di kedutaannya.
Serangan udara bermula pada 07:00 waktu Timur (GMT2300), menurut al-Jubeir bertujuan untuk melindungi penduduk Yaman dan kerajaan yang sah daripada pengambilalihan oleh Houthi.
Operasi itu adalah berikutan permintaan oleh Presiden Yaman Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Sehubungan itu, Pemangku Presiden Persatuan pelajar Malaysia di Yaman( PERMAYA), Imaduddin Jamaluddin [Gambar kanan]  berkata, sekitar lima buah pesawat milik pengkalan tentera yang ditawan oleh Houthi berjaya dimusnahkan.
Kejadian berlaku kira-Kira jam 1 pagi itu telah mengorbankan sejumlah pemimpin tentera Houthi.
Namun, beliau meminta agar ibu bapa pelajar Malaysia yang berada di Yaman tidak perlu bimbang kerana ia berlaku jauh daripada penempatan rakyat Malaysia.
IMG-20150326-WA0102 (3)“pangkalan tentera yang ditawan Houthi diserang dan dilaporkan lima pesawat tentera Yaman telah musnah, ibu bapa pelajar Malaysia tidak perlu bimbang,
“kejadian yang berlaku jauh dari kawasan pelajar-pelajar tinggal,”ujarnya ketika ditemui.
Sementara itu, rakyat Malaysia yang tinggal di negara tersebut dilaporkan selamat terutamanya di bandar Sana’a dan Aden ketika serangan berlaku.
Timbalan Dita Besar Malaysia ke Yaman, Mohammed Azmi Abdullah  [Gambar kiri]berkata serangan udara Saudi semalam, hanya menyasarkan kepentingan strategik Houthi di kedua-dua bandar .
Namun begitu, beliau menyeru semua rakyat Malaysia dinegara terlibat konflik itu agar mendaftarkan diri kepada pihak kedutaan.
“bagi rakyat Malaysia di Yaman, kuhususnya pelajar yang belum berdaftar diminta untuk segera mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia,
“atau mana-mana Cawangan PERMAYA terdekat agar pihak Kedutaan boleh memantau keselamatan dan kebajikan mereka,”ujarnya ketika dihubungi

No comments:

" BI RUH...BI DAM "