Pages

Wednesday 11 March 2015

Bekas Presiden Sedang Menyiapkan Laluan Kepada Anaknya

Menteri-Menteri Luar Arab menolak rampasan kuasa yang telah dilakukakn oleh syiah Houthi di Yaman dan mengulangi sokongan mereka terhadap kesahihan Presiden Yaman Abd Rabbuh Mansour Hadi.
Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat mereka di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah pada hari Isnin, para menteri Arab berkata mereka komited kepada perpaduan dan kebebasan Yaman dan menolak sebarang campur tangan dalam hal-ehwalnya.

Mereka menekankan sokongan untuk kesahihan perlembagaan Hadi dan usaha beliau untuk memajukan rundingan antara pihak-pihak Yaman untuk menyelesaikan konflik di negara Arab itu.
Sementara itu, bekas Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh telah memberitahu Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi, yang telah melarikan diri dari ibu negara Sana’a ke bandar selatan Aden, untuk meninggalkan negara ini dan mencari perlindungan di negara asing.
hadi
Semalam, Ali Abdullah Saleh telah menuduh penggantinya itu memusnahkan negara Yaman, apabila Abd Rabbuh Mansour Hadi dilaporkan mendakwa beliau sebagai Presiden Yaman di bandar selatan itu, selepas melarikan diri daripada tahanan rumah.
“Rakyat tidak mampu untuk makan atau minum, kamu telah menyekat keperluan mereka, , digantung gaji mereka, menyebabkan kehidupan mereka terhenti, pelaburan terhenti dan pelancongan juga,” kata Ali Abdullah Saleh pada sidang akhbar di ibu negara, Sanaa.
Syiah Houthis, yang diyakini mendapat sokongan Iran kini pemerintah ‘de facto’ negara, mengambil alih kerajaan Yaman bulan lepas dalam rampasan kuasa dan mengumumkan pentadbiran mereka sendiri.
Al Jazeera melaporkan dari Aden, Abd Rabbu Mansor Hadi menghadapi perjuangan yang berat sukar untuk meyakinkan warga Yaman bahawa dia masih bertanggungjawab.
Ali Abdullah Saleh pula mempunyai niat sangat jelas, bertujuan untuk kembali kukuh semula dalam senario politik.
Beliau yang didakwa oleh PBB menjadi dalang kepada pemberotakan Houthi dan rampasan kuasa serta huru hara di Yaman, telah disekat oleh agensi dunia.
Ali mungkin tidak mahu lagi menjadi Presiden, tetapi beliau mempunyai seorang anak dan dilihat sedang meletakkan anaknya pada posisi tersebut.
Beberapa ribu orang di Sana’a dlihat sedang menggesa anaknya itu, Ahmed Abdullah Saleh untuk bertanding jawatan presiden dalam pilihan raya akan datang di Yaman.
Abd Rabbuh Mansour Hadi dipilih sebagai Presiden Yaman pada tahun 2012 selepas pemberontakan popular yang memaksa Saleh meletak jawatan. Sebelum pilihan raya, Hadi telah berkhidmat di bawah Saleh sebagai Naib Presiden selama lebih daripada 16 tahun.

No comments:

" BI RUH...BI DAM "