Pages

Monday, 27 January 2014

Kajang dan PKR


Dalam suasana rakyat tertekan dn terhimpit dengan beban peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kita dihidangkan dengan sandiwara pertelagahan dalaman PKR Selangor yang didalangi kepimpinan tertinggi PKR hasil daripada sifat rakus dan tamak untuk menguasai kekayaan negeri Selangor.
Kita masih belum lupa bagaimana seorang yang begitu tergila2an jawatan PM telah melafazkan ikrar untuk bersara drp politik sekiranya PR tidak berjaya memenangi PRU ke 13 namun kini jawatan MB Selangor pula yang diintainya.. Haiwn politik jenis apakah ini? Bagi saya haiwan ini sebangsa dengan Al Baradei di Mesir yang menjadi talibarut CIA.



Hari ni aku tulis gini sebab aku sudah terlalu muak dengan haiwan yang bernama Anwar Ibrahim dan juak2 yang dah hilang hala tuju perjuangan.
Apabila musim pemilihan atas nama demokrasi mereka (kepimpinan PENGKHIANAT KEPERCAYAAN RAKYAT) ini akan bertelagh sesama sendiri seolah2 berdepan dengan musuh utama. Akhlak mereka dikesampingkan. Caci maki menjadi juadah yang meniti di bibir setiap hari. Cantas mencantas berleluasa dikalangan yg berkuasa dalam parti mereka. Sedang kita adalah pemerhati rapat dalam Pakatan tetapi sekadar  menerima apa yang terhidang di hadapan mata tanpa mampu berbuat sesuatu.
Inilah waktu terbaik sebenarnya (PRK Kajang) untuk menghantar signal enough is enough kepada PKR yang semakin besar kepala agar mereka kembali waras dengan situasi semasa yang sedang menghimpit rakyat seluruh negara.
Semalam sebelah pagi , KP DPPM  telahpun mengeluarkan kenyataan berupa nasihat sesama rakan PR kepada pihak2 yang bertelagah di Selangor supaya kembali bersatu namun sebelah petang kita dikejutkan dengan berita perletakan jawatan Adun Kajang yang diketahui adalah penyokong kem Azmin Ali.
Sandiwara apakah ini kalau bukan kerana nafsu serakah untuk menguasai kekayaan rezab tunai Selangor yang mencecah RM 3 billion??
Saya istiharkan bahawa haram bagi saya untuk mengeluarkan walau satu sen untuk prk kajang yang direncana oleh pihak2 terbabit bukan kerana jihad Fisabilillah.

No comments:

" BI RUH...BI DAM "