Pages

Wednesday, 27 November 2013

Petugas IT dan Ahli KAMI menjadi Raja Sehari

Minggu cuti persekolahan memang menjadi satu tarikh yang dinantikan buat sesiapa yang ingin melangsungkan hari bahagia.Sudah dijangka lebih 5 orang sahabat aku berkahwin semasa cuti ini.Persoalan biasa buat diri ini-Bila Lagi?? 

Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batin.
Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan jumlah umat Islam di muka bumi.
Paling penting saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita di alam kubur nanti.

" Dan Kahwinilah orang-orang bujang ( Lelaki dan Perempuan ) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui " ( An Nuur 32 )

Thursday, 7 November 2013

Kombinasi Dua Idealogue Menuju Naib Presiden




Bahang muktamar PAS ke 59 sedang membuka tirainya. Sudah menjadi amalan kepada gerakan Islam untuk mengangkat kepimpinan baharu bagi mengemudi gerakan Islam khususnya PAS di Malaysia.

Ustaz Abu Bakar Chik dan Tuan Ibrahim Tuan Man antara dua sosok yang diperhatikan mampu menjadi tulang belakang organ PAS. Sinonimnya, kedua mereka tergolong di dalam kelompok berlatarbelakangkan pengajian Islam.

" BI RUH...BI DAM "