Terasa berdosa dan keIslamanku terusik, serta Keimananku tergugat sekiranya aku berpaling dari membantu mereka. Semua itu menggerakkan keinginanku untuk turut merasakan penderitaan mereka yang berada di wilayah Ma’rib, Yaman.
Tidak sedikit dikalangan pemuda di Ma’rib yang bertongkat, yang kehilangan kakinya, yang menggelupur kesakitan, mengerang menahan kepedihan kerana tiada penawar dan bekalan ubat-ubatan, bahkan hospital juga diletupkan.
Gambar-gambar yang dirakam dan dipamerkan dalam catatan ini, walaupun tanpa suara tetapi akan terus hidup dan menceritakan tentang ribuan anak-muda Ma’rib yang menggadaikan nyawa dan darah mereka demi Islam.
Roh kesakitan dan derita mereka telah meresap ke dalam rongga dada dan hatiku yang merasa kebanggaan ayah dan bonda mereka, sekiranya kedua mereka bernasib baik, masih bernafas dalam perjuangan ini.
Penderitaan lahiriah penduduk Ma’rib, dizahirkan dengan jeritan suara dari bayi-bayi mereka, disebalik runtuhan masjid yang berselerak dan dibalik batu bata madrasah tempat mereka belajar. Namun semangat Islam ini kian membuak dan aku kira sesiapapun mereka yang masih memiliki nurani, walaupun secuit keimanan, akan turut sama merasai kesedihan atas nasib negeri muslim di Ma’rib.
Kebanyakan muslim biasa mengira, bahawa mereka merasai cukup dengan melaksanakan rukun Islam dalam kehidupan ini. Sehingga mereka merasa lengkap sekiranya ereka yang telah menunaikan ibadat Haji serta merasa bahawa Islam mereka telah sempurna dan mereka merasa bahawa diri mereka telah menggenggam segulung ‘sijil’ untuk masuk syurga.
Adakah sedemikian mudahkah Syurga?
Mari kita bertanya pada keluarga besar penghuni syurga yang mana Rasulullah bersabda “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, kelak kalian akan masuk syurga,”. Ya………Merekalah adalah keluarga Yasir dan tanyalah kepada ayahanda Yasir, bagaimana perasaan saat melihat putranya diikat di tiang, kemudian kepala dan tubuhnya dibakar.
Mengapa pula sahabat Bilal bin Rabah harus diseret ditengah padang pasir dengan kaki dan tangannya diikat pada kaki kuda perang ditengah teriknya mentari? Kalau syurga itu mudah dan murah, mengapa mereka harus mengalami tragedi menyanyat hati seperti itu?
Ma’rib adelah benteng terakhir negara Yaman. Walaupun penduduknya paling sikit, tetapi mereka paling paling kuat dikalangan mereka yang kuat. Penduduk di Ma’rib umpama Hamas di Gaza, Palestin, kata mereka dan Ma;rib adalah negeri para syuhada.
Dalam tubuhku kini, terdapat jiwa-jiwa bangsa Maarib. Bangsa yang paling sopan menyambut dan melayani para tetamu dan bangsa yang tak pernah mengenal dendam walau dihimpit dan dizalimi bertahun lamanya.
Disana ada segalanya tentang tarbiyah, tempat mereka bereksperimen, berhasil mengubah lumpur menjadi bom, mengubah batu menjadi peluru!
Setiap hari dan sepanjang malam, muzik mereka adalah rentetan peluru dan ledakan mortar serta nyanyian mereka adalah nasyid pembangkit semangat jihad mempertahankan agama dan tanah air.
Aku sempat menyaksikan keadaan kelam kabut di hospital medan, rumah sakit sementara yang dibina warga Ma’rib yang kekurangan, eralatan dan ubat-ubatan. Ruanng yang terlalu kecil dihospital itu tidak dapat menampung jumlah mangsa yang tercedara kerana hospital besar Ma’rib sebelumnya, telah diletupkan dalam perang durjana itu.
Walaupun negeri mereka kaya dengan sumber-sumber semulajadi, tetapi hak-hak mereka diketepikan. Segala bantuan yang datang dari luar disekat.
Dalam benteng keteguhan iman, ada tangis yang berpanjangan. Disana ada negeri Islam yang berkubang dengan darah syuhada, mayat-mayat mula dikeluarkan dari timbunan runtuhan bangunan yang dimusnahkan.
Sedarkan jiwa mu teman untuk membela mereka. Bantulah mereka. Tolonglah mereka!