Oleh : Syed Hussein Solahuddin
Beribu-ribu rakyat Yaman keluar ke jalanraya semalam, Jumaat 11 Julai di ibu kota Negara itu, Sana’a, menunjukkan kekuatan berdemonstrasi membantah tindakan kumpulan militant syiah ‘Houthi’ dan menzahirkan solidariti terhadap umat Islam di Gaza.
Pada 8 Julai pemberontak Houthi telah menawan dan merampas kuasa di Amran, sebuah bandar yang terletak kira-kira 50km ke utara Sana’a ibu Negara Yaman.
Puak Houthi dilaporkan menculik dan membunuh Hamid al-Qushaibi, seorang komander tentera yang terkenal di sana.
Houthi, sekumpulan pemberontak Syiah, sering mencabar kuasa kerajaan pusat dan telah berperang enam peperangan terhadap Sana’a antara 2004 dan 2010, tetapi telah mengambil bahagian dalam rundingan damai awal tahun ini.
Menurut seorang tentera Yaman, Ridhwan al-Ghasmi, tindakan terakhir yang berlaku di Amran adalah perkara dikesali kepada semua rakyat Yaman amnya dan tentera Yaman khasnya.
“apabila kumpulan sesat yang dipanggil “Houthion” (Syiah Husi) menyerang Amran dan membunuh ramai askar dan komander,
“ia adalah satu pengkhianatan dan hilang taat setia kepada Negara,”ujarnya ketika ditemui.
No comments:
Post a Comment