Pages

Monday, 28 July 2014

Salam Lebaran....



Sebulan berpuasa di bumi Yaman,bumi yang diliputi tanah berdebu..Suasana Ramadhan tidak seperti diMalaysia..Disini bernyawanya Ramadhan..Rakyatnya yang begitu mesra dan menjaga agama..Tidak loket untuk menderma dan berbuat kebajikan..Disini bebas dari perawan yg tidak berpakaian..Mata cukup terpelihara..Pada malam 10 akhirnya,masjid-masjid begitu meriah umpama solat jumaat diMalaysia..

Teringat aku akan Ramadhan tahun lepas bersama dengan sahabat-sahabat media pejuang kebenaran sewaktu Pilihanraya Kecil di kawasan Besut,Terengganu.. Malamnya mereka tidak tidur merangka dan merancang untuk memenangkan Parti Islam..Siangnya pula mereka bekerja dengan perancangan yang disusun pada malamnya..Mereka tinggalkan keluarga dikampung untuk bersama dengan perjuangan...Ada diantara mereka yang sanggup cuti kerja dan ada juga yang ulang-alik dari kampung ke Besut semata-mata untuk membantu gerak kerja memenangkan Islam..Moga dagangan kalian dinilai disisi Allah Taala..Beraya kita pastikan terkuburnya penzalim kuasa..

Saat terdengar takbir raya disini,hati rasa bagai jantung dikaki...Teringat bagaimana saat mengucup tangan bonda..Memeluk jasad ayahnda..Berjabat tangan bersama adik beradik...Sungguh! Saat ini aku rindukan mereka..Rindu mendengar amanat dan kata2 dari mereka..Mereka adalah kenangan yang membuat aku merasa pernah ada.

Maaf kerana coretan ini tak dapat memenuhi permintaan sahabat-sahabat untuk memahat kisah dan  budaya arab Yaman menyambut lebaran kerana aku diuji Tuhan pada malam raya... DihantarNya aku ke alam lain dan dikejutkan semula aku pada malam raya kedua..Tidak perlulah aku luahkan disini pengalaman yang aku lalui pada malam itu,cukup sekadar jiwa ini peduli dengan peringatan demi peringatan oleh Sang pencipta..


Jazakallah buat teman2 yg sentiasa menemani aku disisi..Bertahan mata menjaga aku..Syukur dikurniakan teman yang hirau tentang aku..Syukur juga kerana dihantar teman-teman arab yang berhati mulia,yang sentiasa mengambil berat tentang aku..Moga kalian dimuliakan Allah..

Dikesempatan yang ada,ingin sekali aku memohon ampun dan maaf segala salah dan dosa kepada semua aktivis2,pejuang2 kebenaran dan kepada semua umat Islam khususnya keluarga dan sahabat2 di Malaysia..Maaf atas kata-kata atau tulisan yang merobek jiwa,menikam hati dan menghiris rasa...Selamat bersujud diatas zat yang mulia.. 
Taqobbalallahu Minna Wa Minkum..
Salam Lebaran..Minal 'Aidin Wal Faaizin..
(Gambar diambil pada 28 Ramadhan di Masjid Presiden Yemen)

Sana'a,Yaman
2 Syawal

Wednesday, 23 July 2014

Mengiringi As-Syahid


Dihantar tuhan untuk bersama dengan ratusan ribu rakyat Yemen yang keluar mengiringi jenazah As-Syahid Hamid Al-Kusyaibi yg mati ditembak syiah dgn 70 das tembakan di tubuh...


Moge As-Syahid bergandengan bersama "Huriyyah" di Jannah...

Sejarah hidup dia diakhiri dgn pengakhiran yg mulia..

Dan bagaimana pule dgn pengakhiran kita? Moge ini menjadi saksi penghantaran aku untuk dia..


Sana',Yemen
27 Ramadhan

Monday, 21 July 2014

Berbondong-bondong manusia..

Disini berbaki 5 hari lagi Ramadhan..Masjid makin penuh melebihi solat jumaat...Berlumba-lumba manusia mencari malam yg lebih mulia dari seribu bulan..


Sana'a,Yaman
25 Ramadhan

Sunday, 20 July 2014

Gazza Menangis...


Berakhirnya tugas 'pelapor' di medan..Kamera menjadi saksi kesyahidan tuanya..Hasil kerjanya terbalas dengan dihadiahkan Syuhadah..Teruskan perjalanan yang abadi..Sungguh! Detik ini mereka memerlukan doa dari kita..Moge permintaan kita didengar dilangit....

"Ya Tuhan..Hancur leburkanlah kesatuan mereka...Patah Balikkanlah kejahatan mereka keatas batang tengkuk mereka sensiri..."

Sunday, 13 July 2014

Rakyat Yaman Keluar Ke Jalanraya


Oleh : Syed Hussein Solahuddin
Beribu-ribu rakyat Yaman keluar ke jalanraya semalam, Jumaat 11 Julai di ibu kota Negara itu, Sana’a, menunjukkan kekuatan berdemonstrasi membantah tindakan kumpulan militant syiah ‘Houthi’ dan menzahirkan solidariti terhadap umat Islam di Gaza.
Pada 8 Julai pemberontak Houthi telah menawan dan merampas kuasa di Amran, sebuah bandar yang terletak kira-kira 50km ke utara Sana’a ibu Negara Yaman.
Puak Houthi dilaporkan menculik dan membunuh Hamid al-Qushaibi, seorang komander tentera yang terkenal di sana.
Houthi, sekumpulan pemberontak Syiah, sering mencabar kuasa kerajaan pusat dan telah berperang enam peperangan terhadap Sana’a antara 2004 dan 2010, tetapi telah mengambil bahagian dalam rundingan damai awal tahun ini.
IMG-20140711-WA0081 (2)Menurut seorang tentera Yaman, Ridhwan al-Ghasmi, tindakan terakhir yang berlaku di Amran adalah perkara dikesali kepada semua rakyat Yaman amnya dan tentera Yaman khasnya.
“apabila kumpulan sesat yang dipanggil “Houthion” (Syiah Husi) menyerang Amran dan membunuh ramai askar dan komander,
“ia adalah satu pengkhianatan dan hilang taat setia kepada Negara,”ujarnya ketika ditemui.
Beliau menyifatkan, peperangan dengan Houthi bukan perang ‘mazhab’ tetapi perang dengan pengkhianat yang menjadi alat yang digunakan oleh musuh-musuh untuk kemusnahan Yaman.

" BI RUH...BI DAM "