Pages

Sunday, 20 April 2014

Pesan Walid




Islam tak akan menang selagi kebenaran disembunyikn...Islam tak akan berdaulat selagi kezaliman dibiarkn...
Islam tak akan dimuliakan hanya dgn  berselawat & brzikir dgn mengejar setiap fadhail amal semata...
Islam itu jihad...jihad dgn harta & jiwaraga...Jihad bukan mngejar kemewahan & populariti
Rasulullah saw sendiri memimpin  perang sbnyk 27 kali & perang yg dipimpin para sahabat sbanyk 50 kali...Inilh jihad...inilah Islam & inilh yg kita perlu WARISI....

#Terkesima dan bangge bile aku bace pesanan sedemikian dr Ayoh aku...Ayuhlah teman2 kita jadi pejuang atau pendakwah atau dgn nama apa skalipun yg bebas dari ikatan makhluk..Usah kita terjerumus dikalangan pejuang mahupun pendakwah yang dicucuk hidung..Bersuaralah hingga terkeluar dimulut bukan terksekat di halqum..Jadilah kita pendakwah mahupun pejuang yang lantang juangkan yg haq,yakni kebenaran..Jangan biarkan sesekali dakwah kalian Tersekat disebalik dinding kaca....Moga Kalian benar2 mewarisi perjuangan Nabi dan Sahabat2,BUKAN dengan hanya Ber YAHANANA....

Wednesday, 9 April 2014

Di Pinjam TUHAN Untuk Berada Di Sini

7 April 2014...Mula berdaftar di Kolej YAL..Iaitu sebuah Institut untuk belajar mendalami Bahasa Arab.Bahasa yang bakal aku pelajari..
Ini adelah pilihan aku..YA...Pilihan aku...

Pada mulanya aku RASA agak TOLOL..Diterang berkali-kali masih tidak faham kerana apa yang dituturkan pihak kolej semuanya menggunakan Bahasa Arab..Kelu..Resah..Terkesima..Semua rasa yg aku rasa...
Seharusnya wajar diberi maki saja...Tetapi tidak bagi mereka kerana Orang2 Yaman PEMURAH dengan ILMU dan tidak loket seperti arab2 negara lain..

Aku diletakkan sekelas bersama Nasrul,Imran dan Ali.Hanya 4 orang satu kelas..Ya..itulah kelebihan di YAL...Antara kami berempat,Rasanya akulah yang paling ketinggalan SEBAB asal usul ku dulu2 adalah dari sekolah SEKULAR dan BUKAN lah seperti mereka2...

Tapi semua tu tidak akan sesekali memotong semangat aku..Kita lihat dihujung nanti..Segalanya aku serahkan kepada TUHAN.Semoga kali ni Tuhan BERPIHAK pada aku.
Aku percaya setiap SEMANGAT yang di iringi dengan USAHA pasti akan BERJAYA..Bi Iznillah...

Kini ....
Aku kembali sebagai budak sekolah..Dari aktivis menjadi pencari Ilmu...DOAKAN aku Geng!

9 April 2014
Sana'a,Yaman

Sunday, 6 April 2014

Mursyidul Am Pas Mengajak Orang Ramai Agar Berdoa Buat Kesihatan PRESIDEN PAS





Alhamdulillah keluarga diMalysia dberi ksempatan untuk menziarahi Tok Guru Mursyidul Am di Pulau Melaka pada Sabtu 5/4/2014...Tok Guru kelihatan agak uzur tapi Walid sempat bercakap & bertanya beberapa perkara...Beliau juga brtanya tentang pulangnya ke Rahmatullah Tuan Guru Hj Awang Abu Bakar kelmarin...

Tok guru juga sempat bertanye khabar Tuan Guru Presiden & mengajak kita sama2 berdoa untuk kesihatan Presiden...Jutaan terima kasih Tok Guru kerana mereka sekeluarga dapat menumpang sepatah dua ilmu dari Tuan Guru selama ini. Semoga Allah SWT sentiasa memayungi rahmat keatas Tok Guru seisi keluarga...

Sungguh cemburu aku tengok gambr2 yg dikongsikan dalam wassup...Sungguh! Masih teringat kali terakhir aku berjumpa Tuan Guru mursyidul am kira2 setahun lepas...Beliau kelihatan sangat uzur tapi bersemangat apabila diajukan beberapa soalan tentang politik tanah air..
" BI RUH...BI DAM "