Pages

Tuesday, 28 February 2012

Kenapa Dipertikaikan Keinginan Untuk Berkahwin Muda?


Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan jika kita berkahwin di usia lebih muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.
Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetangah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin-kahwin muda tu, tandanya memang dah ‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam Islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.


Sebenarnya perkahwinan muda adalah digalakkan kerana merupakan satu alternatif terbaik untuk mengurangkan gejala sosial pada waktu ini. Statistik juga menunjukkan peningkatan kes pembuangan bayi antara tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Ini menunjukkan bahawa masalah sosial semakin berleluasa. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan perkahwinan muda. Tetapi, pasangan yang ingin berkahwin muda haruslah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran yang berkemungkinan akan dialami.
 Untuk berkahwin muda, seseorang harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan. Tunjukkan kematangan dalam setiap pekerjaan yang lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
Sebagai seorang Islam, lakukan banyak amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri. InsyaAllah, dengan memantapkan ilmu anda bersedia untuk menjadi ketua keluarga yang sempurna. Pastikan perkahwinan yang bakal didirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim. InsyaAllah.
Usah risau, Allah pasti akan menjanjikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan perintah dengan penuh ikhlas. Kalau berkahwin muda ni, boleh hindarkan diri dari maksiat dan melakukan dosa-dosa.

2 comments:

Explore IPTEK said...

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Subhanallah, Syukron jazakallah khoiron katsiron, banyak ilmu yang saya dapatkan disini, khususnya yang aku baca saat ini tentang kahwin, salam ukhuwah wahai sauadaraku. o iya follow sukses

rahman said...

assalamu'alaikum.
boleh ana tahu siapa yang dalam gambar sepasang pengantin muda diatas?
jazakallah.

rahmanite@gmail.com

" BI RUH...BI DAM "