Pages

Tuesday, 12 April 2011

PEREMPUAN & LELAKI : BAGAI MINYAK DENGAN API

Orang dulu-dulu selalu cakap, lelaki dan perempuan ni, macam kucing dengan ikan tawar. Pantang berjumpa, pasti akan disambarnya. Beberapa tahun yang lepas, dalam satu forum di Darul Quran, satu perumpamaan lain punya disebut oleh ahli panel pada malam itu, iaitu Ustaz Rujhan. Katanya, perempuan dan lelaki, bagai minyak dengan api.

Comfirm menyambar!

Cuba renungkan. Banyak pesanan2 daripada orang2 terdahulu yang sebenarnya mengandungi pengajaran dan tauladan yang begitu berharga, dan segala pengajaran tersebut tidak mungkin diperolehi tanpa pemerhatian yang mendalam.

Hubungan lelaki dan perempuan misalnya.

Dibahas secara panjang lebar, dengan dibawa segala kitab dan dikeluarkan segala nas yang ada, akhirnya yang mahu bercouple tetap bercouple, bahkan sebahagiannya sanggup membalas balik dengan beberapa hujah rapuh bagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita tidak marah dengan orang yang buat salah dan mengakui kesalahan mereka. Tetapi kadang2 kita boleh hilang sabar dengan orang yang tahu diri sendiri buat salah, tetapi masih berusaha mencari dalil semata2 untuk menghalalkan kesalahan mereka.

Kata2 pesanan dari orang tua, yang dialas dengan syariat seperti inilah yang perlu kita jaga dan pertahankan. Di sebaliknya, terdapat sejuta kebaikan untuk kesejahteraan dalam masyarakat.


KINI

Hari ini, kata2 tersebut tidak 'hidup' dalam diri anak muda dan remaja kita. Berpunca dari pelbagai faktor , akhirnya hubungan antara lelaki dan wanita dalam hidup mereka telah menjadi kebiasaan yang tidak diketahui lagi salah dan silapnya.

Pada mereka, berkawan tidak salah. Asalkan jangan sampai melakukan perkara yang bukan2.

Di titik ini, kadang2 kita berselisih. 

Ada yang terlalu open, segalanya boleh. Atas nama kawan, pergaulan yang haram menjadi harus. Ada pula yang terlalu melarang, semuanya tak boleh. Sehingga untuk study group pun dikecam habis2an.

Kita mahukan yang pertengahan antara keduanya, kerana sabda Nabi s.a.w : " sebaik2 perkara itu adalah yang ditengahnya "

Tetapi pertengahan yang bagaimana untuk kita praktikkan dalam bab ini?


MINYAK DENGAN API

Perumpamaan ini begitu kuat di ingatan saya, kerana hakikat kebenarannya begitu ketara. Jangan cuba2 dekat antara si teruna dengan dara, kerana api apabila didekatkan dengan minyak , comfirm akan menyambar. Di sebalik kata2 ini, sebenarnya terkandung langkah pencegahan yang disarankan oleh agama.

Syariat datang untuk mencegah, lantaran ia adalah cara terbaik untuk menjaga kemaslahatan ummah.

Jangan pula ada yang berhujah balas, dengan katanya ; kata2 itu seperti terlalu prejudis kepada anak muda. Sedangkan di sekeliling mereka ramai kawan2 yang bergaul tanpa menitik beratkan sangat batas pergaulan, tetapi tidak pun berlaku perkara2 yang terlarang. Mungkin pada mereka , yang 'terlarang' cuma zina. Selainnya, tidak.


PERTENGAHAN

Dalam agama , kita perlu ingat, bahawa hanya ada dua perkara sahaja yang perlu dipilih. Iaitu halal atau haram. Di akhirat juga begitu, syurga atau neraka. Benar atau bathil. Dan kesemua ini dijelaskan sejelas2nya oleh agama. Apa yang boleh, dinyatakan dengan jelas. Apa yang tidak boleh, dinyatakan dengan jelas.

Cuma, apa yang dikatakan tidak boleh ( haram ) , diulas oleh para ulamak dan fuqaha', berdasarkan maqasidnya ( tujuannya ) yang tertentu. Maka di sana, kita menemui beberapa keringanan yang dibolehkan, secara praktikalnya. Namun keringanan itu terkawal, yakni dengan qarinah2 tertentu.

Contoh : Al-Quran mengharamkan pandangan seorang lelaki kepada wanita yang bukan mahramnya.

Namun di sana, terdapat beberapa keadaan di mana pandangan seorang lelaki kepada wanita yang bukan mahramnya, tidak menjadi haram, bahkan hukumnya harus. Di dalam kitab fiqh disebut tentang 7 keadaan yang diperbolehkan seorang lelaki memandang wanita yang bukan mahramnya. Antaranya untuk bermuamalat, belajar, merawat dan sebagainya.

Sampai ke zaman kita, para ulamak melihat perlunya difahami nas2 tersebut secara lebih praktikal yang bersesuaian dengan waqi' semasa, ditambah pula dengan kemunculan pelbagai teknologi baru, perubahan zaman dan sebagainya. Maka di sana ada suatu fiqh yang dinamakan dengan Fiqh Mu'asarah ( fiqh semasa ) yang antaranya dipelopori oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Kita melihat, pendapat2 beliau banyak memberi keringanan berdasarkan keadaan semasa. Maka pendapat2 ini boleh kita ambil dan pegang, sebagai satu langkah untuk meletakkan pendirian bersifat pertengahan yang sedang kita bincangkan.

Ini kerana, anak2 muda zaman sekarang memang sukar menerima pendapat2 'orang agama' yang asyik menghukum ' 'ini haram, itu haram '' dan sebagainya.

Tetapi perlu ingat, pendapat pertengahan itu langsung tidak boleh menghalalkan apa yang haram atau mengharamkan apa yang halal, lantaran ia merupakan nas yang qat'ie dalam Al-Quran dan Sunnah. Cumanya, pendapat2 tersebut lebih cenderung untuk membuka ruang dan dalam masa yang sama tetap mengawal dengan batas2 tertentu.


Kesimpulan

Hakikatnya, perhubungan antara lelaki dan perempuan, jika tidak dijaga, jika dilanggar batas2 agama, pasti dan pasti akan terjatuh ke kancah zina mahupun mukaddimah zina. Ibarat orang yang memakai kain dan terjun ke dalam air, tetapi mengharapkan kainnya tidak basah. Comfirm akan basah!

Yang anehnya cuma dua golongan :

1- pakai kain dan terjun dalam air, kemudian apabila kainnya basah, dia menjerit " eh kain aku basah! "
( seperti perumpaan yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz )

2- pakai kain dan terjun dalam air, tetapi diberitahu kepada orang2 sekelilingnya " tak apa, kain ni tak basah "

Sekian.
" BI RUH...BI DAM "