Baca Dulu : Saya Couple , Saya OK
Kadang2, kita tertipu dengan alasan2 dan hujah 'ahli couple' , contohnya seperti tajuk di atas. Mereka berhujah bahawa mereka ok, tidak terbabas, tidak terlanjur, tidak ada anasir2 yang merosakkan dan mereka mengakui yang mereka memang ok.
Lantaran itu, adakah kita patut menerima dan membiarkan mereka terus aktif sebagai 'ahli couple' ?
Persoalan ini sensitif, tetapi dalam masa yang sama, ia merupakan satu persoalan basic dalam kehidupan. Awas, bila kita bercakap soal ini, jangan sesekali berniat mahu menunding jari atau menghalakan muncung senapang kita kepada sesiapa. Niatlah untuk mencari kejernihan dalam masyarakat. Niatlah untuk melihat masyarakat yang lebih baik dan bersih hasil daripada usaha kita ini.
Kerana itu, soal ini perlu diperhalusi. Golongan berpengalaman, jangan kedekut ilmu walaupun telah beribu kali dikongsi. Golongan muda baru belajar, jangan malu untuk terus bertanya dan mengambil tahu. Ini bukan soal seronok2 semata2, tetapi ia soal agama. Jangan jadi orang yang malu bertanya, malu belajar, tetapi tidak malu mempraktik dan mencuba.
Kembali kepada persoalan di atas, adakah pernyataan 'saya couple, saya OK ' itu boleh diterima?