Mujahid Media adalah mereka yang menjalankan peranan Al Quran iaitu sebaran, saranan, seruan, dan sentapan kepada umum dalam membentuk gelombang yang menguntungkan Islam.
Demi tujuan juga agenda yang besar tersebutlah diadakan Kursus ? baru-baru ini. Alhamdulillah, penat lelah bagaikan satu nikmat bilamana melihat respons kehadiran para peserta dan keghairahan mereka menelaah patah-patah ilmu yang dibentangkan dalam dunia Jihad Media melalui akses gambar dan video pada Bengkel Asas Fotografi yang dianjurkan oleh Kumpulan Aktivis Media Indipenden di Dewan Yayasan Amal Cawangan Terengganu.
Ia menggambarkan suatu perkembangan yang amat positif khususnya untuk PAS Negeri Terengganu dengan percambahan baru juru kamera yang berbakat dan sedia dibentuk serta dibina untuk sebuah perjuangan pada paksi media agar dilihat bahawa abnaul harakah dapat menguasai kesemua medan termasuk medan maya dalam ghoyah menegakkan syiar Islam.
Kursus tersebut merupakan yang julung-julung kalinya diadakan di Negeri Darul Iman ini dengan kehadiran melebihi sasaran jangkaan. Target utamanya ialah untuk melahirkan Mujahid Media yang berharaki.
Jihad melalui media ini bukan berarti menidakkan jihad dalam arti qital. Tetapi perlu diketahui kebanyakan sebelum terjadi perang dimedan, terlebih dahulu dengan perang melalui media untuk mempengaruhi pemikiran umat
Mujahid Media yang istiqamah dan tulus, tidak kalah mulianya dibandingkan mujahid di medan perang. Terpikul di pundak masing-masing sama-sama penting tugasan dan diperlukan oleh umat. Mujahid di medan perang menyerang satu, dua, atau puluhan musuh bahkan ribuan pasukan musuh.
Sedangkan Mujahid Media menyebarkan informasi yang diakses oleh ribuan atau jutaan umat manusia. Manfaat yang mereka sebarkan sangat luas.
Tidak diragukan, banyak sekali manusia-manusia durjana yang menginginkan rosaknya perjuangan ini.
Seperti media-media sekular yang dikawal oleh tangan ghaib Yahudi-Zionis terus berusaha memadamkan kemaraan Agama. Seperti yang disebut dalam kitabulLah, “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah menetapkan untuk menyempurnakan cahaya-Nya, meskipun orang-orang kafir membenci hal itu."
Justeru, kewajipan Mujahid Media adalah perlu membentuk satu ketumbukan yang memiliki kekuatan wehdatul fikr dalam usaha murni melaksanakan jihad pada paksi media dengan sekuat kemampuan.
Semoga Allah meredhai dan membuka jalan petunjuk kepada kita untuk merealisasikan amanah besar ini.