Sejurus memasuki perkarangan lapangan terbang Sana'a,aku disambut dengan teman-teman Al-Qasam..Al-Qasam iaitu nama rumah yang aku tumpang berteduh kasih.Sekilas terimbas kenangan-kenangan di kotak memori. Teman-teman sejalanan di rumah ini yang kini masing-masing telah pulang akibat perang saudara baru-baru ni.Mereka pulang berjuang di medan sendiri..Sekarang, generasi baru yang menghuninya.Generasi yang mungkin mampu mengharungi sebuah pengembaraan ilmi.Doakan agar aku dan mereka dapat menempa kenajahan hakiki.
Yaman kini dikatakan terus bergolak dengan silih berganti penukaran presidenya mencipta konflik yang berterusan sehingga bertukar Ibu Negara..Sangat rencam isu ini menyebabkan Seluruh mata bertumpukan di Yaman.Sebahagian dari agenda barat untuk memecah belahkan umat Islam juga untuk menyekat Parti Islah dibawah Dr Abdul Majid Zindani dan mengekang kebangkitan Islam.Inilah realiti yang sedang berlaku di Yaman,bahkan diseluruh tempat..
Ya! Aktiviti hidup berlangsung seperti biasa walau hampir satu bulan tiada kerajaan...Setiap pagi anak-anak kecil melangkah kaki ke sekolah begitu jugak dengan anak-anak muda..Berpagian ke tempat kerja masing2 baik di sektor kerajaan mahupun swasta...Kapal terbang,terbang seperti biasa mengikut aliran keluar masuk begitu juga perbankan..Duit sentiasa keluar masuk dengan perniagaan berjalan bahkan lebih rancak tidak seperti sediakala..
Bayangan yang mengatakan apabila tiada kerajaan maka berlaku huru hara dan tidak boleh hidup tanpa kerajaan itu mendangkal segalanya..Ramai dikalangan kita di malaysia yang bertuhankan kerajaan..Kerajaan lah yang selama ini bagi makan dan minum...Segalanya dihadiahkan dari kerajaan sehingga buta dari melihat Tuhan..
Bak kata rakyatnya,kami semua adalah ketua..Kami semua adalah presiden Yaman..Dari pembawa teksi sehingga la pensyarah,mereka mengisytiharkan diri mereka lah presiden dan tidak perlukan lagi sebuah kerajaan kerana mereka aman tanpa pemerintah yakni kerajaan...Mungkin tiada lagi negara seperti Yaman dimana walaupun tanpa kerajaan berminggu-minggu tetapi rakyatnya hidup aman damai.
Itulah hikmah Bumi Yaman! Hikmah yang tiada pada negara lain..Seperti mana yang Nabi pernah Sabda,
"Datang pada kamu orang yaman,Mereka mempunyai hati yang sangat lembut,Iman itu ada diYaman dan Hikmah itu ada pada Yaman.."
Sana'a,Yaman