Anda suka baca kisah cinta? Romeo and Juliet misalnya atau kisah cinta Shah
Jahan dan isterinya Mumtaz. Shah Jahan begitu menyintai isterinya hingga
beliau berjanji membina mahligai indah sebagai bukti kasih mereka.
Akhirnya terbinalah istana Taj Mahal( yg diambil sempena nama isterinya),
menjadi salah satu monumen paling ramai dikunjungi manusia. Hari ini ada
pasangan yg baru berkawin melawat Taj Mahal sebagai simbol penyatuan
cinta mereka. (bilalah saya nak dapat ke sana agaknya....)
Sebenarnya ada lagi kisah cinta paling hebat di dunia ini iaitu kisah cinta baginda
Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w dan isterinya Khadijah r.h.a. Semua orang
tahu, Khadijah r.h.a meminang Rasulullah s.a.w kerana terpesona dengan
akhlaknya. Bayangkan bagaimana tingginya akhlak nabi hingga mampu
'mencairkan' hati seorang wanita ahli perniagaan, dari keturunan bangsawan lagi
hartawan sedang nabi hanyalah seorang anak muda yang miskin, yatim piatu dan
keseorangan. Di zaman ini, mana mungkin ahli perniagaan ternama lagi berusia
jatuh cinta pada pemuda biasa yang tak punya apa-apa. Kalaupun ada, orang
mungkin berkata, dia gila atau terkena 'ubat guna-guna'.