Pages

Friday, 31 July 2015

Misi Kemanusiaan Yaman

MARANG – Pengerusi Yemeni Care Ustaz Saifullah Hasbu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas sumbangan yang telah diberikan.

Tu 
Beliau berkata, Misi Kemanusiaan ke Yaman lewat dua hari daripada 2hb Ogos, sebagaimana dijadualkan kepada 4hb Ogos.
Perubahan tersebut katanya, disebabkan jadual penerbangan dan laluan masuk ke negara tersebut.
“Kita lewat dua hari sebab kena ubah penerbangan, kita akan masuk ke Yaman melalui Oman kerana laoangan terbang utama di Sanaa masih belum dibuka,
“Lapangan terbang Aden yang telah dibuka masih menerima jumlah penerbangan yang terhad,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan, menziarahi Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, di kediamannya dekat masjid Rsuila di sini pada Khamis 30 Ogos.
IMG-20150730-WA0174Sehubungan itu, Saifullah berkata, hasil sumbangan yang telah diberikan semua rakyat Malaysia, akan diserahkan kepada warga Yaman dalam bentuk barangan makanan asasi dan keperluan harian.
“Kita semua maklum, 13 juta iaitu separuh daripada penduduk Yaman amat perlukan makanan selain dari perubatan,
“Jadi kita akan tukarkan sumbangan wang ringgit yang diamanahkan kepada kami kepada makanan untuk diagihkan kepada mereka yang sangat memerlukannya,
“InsyaAllah, 2 orang wakil dari Yemeni Care berserta seorang wartawan dari NGO Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu akan ke sana pada 4 Ogos ini bagi menyampaikan sendiri bantuan yang telah disumbangkan oleh tuan-tuan dan puan-puan sekalian,”jelasnya.
Mengulas tentang kunjungan ziarah bertemu Tuan Guru Abdul Hadi beliau berkata, ia bertujuan mendaptkan pandangan dan saranan tokoh antarabangsa itu.
Saya juga mewakili seluruh ahli jawatankuasa Yemeni Care mengucapkan terima kasih kepada Naib Ketua Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang, kerana sudi menerima kunjungan rasmi dari Yemeni Care,
Kunjungan kami adalah bertujuan ingin meminta pandangan dan saranan daripada Tuan Guru atas misi kemanusiaan yang telah kami lancarkan bermula Ramadhan baru-baru ini,”kata beliau.
Menurut Saiful, Ahli Parlimen Marang itu menyatakan sokongan terhadap kerja-kerja membantu saudara seIslam dibumi ‘hikmah’ itu dan menyarankan saranan supaya mengikuti saluran-saluran yang betul agar bantuan tersebut dapat sampai kepada sasaran yang dikehendaki.

Thursday, 11 June 2015

Gembira mereka,Bahagia Kami

Gembira mereka,bahagia kami
Oleh:Solahuddin Al-Idrus

Peduli Rohingya.
Mendengar kata tersebut,Pikiran langsung menangkap tentang bagaimana keperitan yang mereka hadapi selama 3 bulan di perairan dalam lautan Andaman sebelum diselamatkan oleh nelayan Aceh. Entah ada santapan atau tidak,belum lagi bayangkan kepadatan dikapal itu..Bukan satu kerja yang mudah..Terus terdetik dihati kecil untuk ke sana meyedarkan masyarakat tentang penderitaan umat Hanyut itu...

Tujuan perjalanan kali ini adalah untuk menyantuni buruan Rohingya di negara tetangga,Acheh dan menyampaikan sumbangan yang disalurkan masyarakat Malaysia..
Perjalanan ini disertai oleh ngo KAMI, ILMAM, PAPISMA dan Ameerah dengan petugas mengikut profesion masing-masing. Aku diberi peluang oleh Ngo KAMI untuk membuat liputan disana.

Kira-kira setengah jam perjalanan melintasi udara Malaysia-Indonesia dari KLIA 2 menaiki pesawat Air Asia AK395 dan seterusnya mendarat di Medan. Kami disambut Oleh Pelajar Malaysia yang berada disana. Dari situ menaiki Toyata Kijang dan Toyata Avanza menuju Ke sebuah pondok Usang di bandar Langsa,Aceh yang memakan masa kurang lebih 5 jam dan bermalam disana merehatkan tubuh yang kepenatan...

Pagi itu seusai di briefing dan dibahagikan ikatan kumpulan oleh kepala Rombongan, Aku di posisikan bersama team "pengubat" dan team Ameerah membuat penyuluhan ke Bireun Bayeun,di sebelahan Aceh Timur. Sekitar 500 orang "buruan" disana..

Dipisahkan mereka,antara Bangladesh dan Rohingya bimbang semisalnya mereka bisa keributan sesama mereka. Difahamkan disana adalah penempatan Pelarian yang berisiko maut. Akibat tiga bulan hanyut dilautan, kebanyakan mereka mengalami komplikasi dalaman penyebaran penyakit batuk kering (Tuberculosis)

"Mereka batuk-batuk, masalah usus dan saluran pernafasan. Keperluan lainya seperti makanan utama beras sehingga kini sudah dipenuhi. Sumber air bersih dan infra lain juga sudah disediakan oleh ngo sebahagian besarnya mahasiswa dari Malaysia,”
Jelas bembeng sambil kedua-dua tangannya meraup muka yang berpeluh.



"Riang dan senang"..Itulah reaksi pantulan wajah buruan itu dan menjadi makin ghairah apabila melihat makanan bawaan kami. Ada yang bergolek..Ada yang keteriakan berebut sesama mereka..Bila dapat,belari berkejaran memuaskan nafsu. Huh...Hangat kondisi itu...Sukar dikawal. Mungkin mereka kelaparan atau itu mungkin tabiat dan menjadi Satu benda yang biasa bagi mereka.Kami sekadar penyampai sumbangan kalian,tidak lebih dan tidak kurang...

Ada juga yang bertandang bermanja..Mahu didukung..Mahu dipujuk..Mahu dipeluk dan kepingin dimandikan..Satu penyaksian pendahagaan kasih sayang..Kerenah mereka kami layan.Gembira mereka,bahagia kami.
Kami hanyalah watak yang membuat mereka pernah merasa ada...Semoga dengan sedikit layanan dapat melupakan kecelakaan yang dialami mereka..

Monday, 27 April 2015

Evakuasi Terakhir Pelajar Yaman

Para pelajar Malaysia di Yaman menucapkan terima kasih kepada pihak Wisma Putra dan kedutaan Malaysia di Yaman yang mengatur pemindahan pelajar(evakuasi) dari negara bergolak itu.
Menurut Pemangku Pengarah Eavkuasi Ops Baliqis 3, Mohd Isham Shuhadam, evakuasi terakhir para pelajar Yaman akan berlangsung pada hari ini, Isnin 27 April, 2015.
“evakuasi terakhir ini dijangka akan berlangsung pada hari Isnin 27 April……..ia merupakan evakuasi terakhir (pelajar Yaman) kira-kira 30 orang pelajar akan dipindahkan,
“saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama menjayakan evakuasi ini (khususnya) kepada kerajaan Malaysia, Wisma Putra (Kementerian Luar) dan pihak kedutaan (Malaysia di Yaman) terutamanya Enck Azmi (duta) yang masih berhubung dengan kami,”ujarnya kepada wakil KAMI, Solahuddin al-Idrusi.
Katanya, selepas pemindahan terakhir kira-kira dua minggu lalu, keadaan Yaman telah menjadi lebih terus dan berlaku pengeboman di seluruh Sana’a.
“keadaan di Sana’a (Yaman) membimbangkan dan berterusan, selepas pemindahan pelajar kali terakhir pada tiga minggu lalu,
“kita mendengar pengeboman yang sangat dahsyat meliputi seluruh Sana’a,”jelasnya.
Oleh itu, beliau memohon semua pihak mendoakan keselamatan perjalanan mereka.

Perang Merebak Ke Seluruh Yaman

Pesawat perang daripada Pakatan yang dipimpin Arab Saudi terus menyerang dan membedil beberapa sasaran pemberontak Syiah di beberapa wilayah Yaman, termasuk ibu negara Sanaa,
perang yamanPegawai keselamatan berkata, pertempuran darat juga merebak di seluruh negara, sementara serangan udara pada Ahad bermula selepas tengah malam.
Sasaran serangan pakatan Saudi itu adalah pangkalan tentera dikenal pasti menjadi tempat simpanan senjata di pinggir Sanaa, serta satu kawasan berhampiran istana presiden, di mana senjata telah dipindahkan.
Terdapat sekurang-kurangnya lima serangan udara ke atas kedudukan militan Houthi dekat perkarangan istana presiden pada waktu subuh, manakala kapal-kapal perang asing mengebom kedudukan pemberontak berhampiran pelabuhan perdagangan utama di bandar selatan Aden.
“Letupan itu begitu kuat mereka menggegarkan rumah, sehingga mengejutkan kami dan anak-anak kami. Kehidupan telah menjadi benar-benar tidak menentu di bandar ini,” kata Jamal, seorang penduduk Sanaa memberitahu agensi berita Reuters.
perang yaman2Serangan udara juga disasarkan ke atas pemberontak di Aden manakala pertempuran jalanan antara Houthi dan pasukan yang setia kepada Presiden Abd Rabbu Mansour Hadi berterusan.
Serangan udara disokong militia tempatan dalam pertempuran berhampiran lapangan terbang antarabangsa di bandar Aden itu.
Sementara itu, ketua tentera laut Iran berkata pada Ahad bahawa ia akan meletakkan kapal-kapal perangnya di Teluk Aden untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.
Pendirian Iran itu boleh merangsang kebimbangan AS terhadap Tehran yang disyakki cuba untuk membekalkan senjata canggih kepada Houthi.
Pada hari Ahad juha, pasukan pro Abdullah Saleh Ali bertempur dengan militan kabilah di wilayah Marib pusat, di mana serangan udara pakatan Saudi juga memukul sasaran di situ.
perang yaman1Para pegawai berkata, jet pejuang juga mengebom kedudukan pemberontak syiah Houthi di Shabwa dan wilayah Lahj.
Di wilayah selatan Dalea, pejuang pro Presiden Hadi berkata mereka telah berjuang beberapa jam untuk merampas kembali beberapa daerah luar bandar dari Houthi dengan bantuan serangan udara.
Dilaporkan, pertempuran itu meragut nyawa 25 militan Houthi dan enam pejuang pro kerajaan.
Serangan udara lain melanda benteng Houthi di wilayah Saada sepanjang sempadan utara Yaman dengan Arab Saudi, dan tentera darat Arab Saudi juga membedil bandar Haradh di wilayah Hajja, kata seorang penduduk.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada hari Jumaat bahawa perang itu menyebabkan kematian berdarah orang awam dan membunuh lebih 550 daripada mereka pada bulan yang lalu, termasuk lebih daripada 115 kanak-kanak.

Friday, 24 April 2015

Lebih 115 Kanak-Kanak Terbunuh Sejak Konflik Meningkat Di Yaman

Menurut agensi PBB bagi kebajikan kanak-kanak, sekurang-kurangnya 115 kanak-kanak telah terbunuh dan 172 cedera di Yaman sejak konflik di negara itu bermula bulan lalu.
Jurucakap UNICEF berkata pada hari Jumaat sekurang-kurangnya 64 kanak-kanak yang telah meninggal dunia antara 26 Mac dan 20 April telah terbunuh kerana serangan udara.
1297677568932_ORIGINAL“Kami percaya bahawa ini adalah angka yang konservatif,” kata pegawai PBB Christophe Boulierac.
Manakala 26 kanak-kanak lagi telah terbunuh akibat bom yang tidak meletup dan jerangkap samar, 19 orang akibat tembakan, tiga oleh serangan dan tiga lagi disebabkan kejadian yang tidak disahkan berkaitan dengan konflik,” kata agensi itu.
Arab Saudi dan sekutunya melancarkan serangan udara pada akhir Mac apabila Iran yang menyokong pemberontak Houthi meluaskan serangan ke seluruh negara.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Khamis berkata jumlah kematian keseluruhan di Yaman telah melebihi 1000 orang, dan agensi hak asasi manusia PBB berkata pada hari Jumaat sekurang-kurangnya 551 orang-orang yang mati adalah orang awam.
UNICEF, sementara itu, berkata sejak 26 Mac, sekurang-kurangnya 140 kanak-kanak telah direkrut menjadi tentera oleh kumpulan bersenjata.
Wakil agensi itu di Yaman Julien Harneis berkata awal bulan ini bahawa terdapat bilangan sehingga satu pertiga daripada pejuang di negara ini adalah kanak-kanak.
469575352“Beratus-ratus ribu kanak-kanak di Yaman … terus hidup dalam keadaan yang paling berbahaya, ramai bangun takut di tengah-tengah malam mendengar bunyi pengeboman dan tembakan,” kata Harneis dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Krisis kemanusiaan
Konflik yang meningkat telah mendorong bencana kemanusiaan di negara yang sudah mengalami kekurangan keperluan asas sebelum pertempuran meletus.
Program Makanan Dunia PBB memberi amaran pada hari Jumaat, 12 juta rakyat negara ini tidak tahu dari mana hidangan mereka seterusnya datanng
Peningkatan 13 peratus kekurangan makanan berlaku sejak konflik memuncak pada akhir Mac.
Agensi itu berkata ia menghantar makanan kepada lebih daripada 100,000 orang yang berlindung di sekitar bandar pelabuhan selatan Aden.
“Tetapi kita sedang berjuang untuk menyampaikan bantuan kerana faktor keselamtan yang semakin merosot,” kata satu kenyataan WFP, sambil menambah bahawa kekurangan bahan api yang ‘mengerikan’ juga menghalang pergerakan.
Agensi makanan dunia itu juga berkata, ia berharap untuk menyediakan bantuan makanan kecemasan kepada 2.5 juta orang dari Mei hingga Julai.
" BI RUH...BI DAM "